Simpan Dalam

Syukur diberi peluang kedua. Merasai nikmat kembali kedakapannya. Bukan senang mahu lembutkan hati dia. Ikutkan hati jahat, mahu saja dihentikan semuanya, meninggalkan segalanya. Tapi itu bukan aku. Janji aku pada dia dulu, tidak akan meninggalkan dia kecuali dia meninggalkan aku. Janji aku, pertahankan hubungan ini. Kalau aku ikut sama naik angin, hubungan ini memang tidak akan bermakna lagi. Memang silap aku kerana memulakannya. Tapi silap aku bukan menduakan kerana aku sama sekali dan selamanya tidak akan menduakan dia. Itu janji aku. Kerana aku, cinta dia.

Aku fikir dia di sini, aku dapat luangkan masa dengannya. Bukan selalu ada masa terluang macam ni. Bukan selalu dia cuti lama. Bukan selalu.. aku nak sangat pulang ke rumah semata mata aku ingin berkongsi segalanya pada dia. Banyak kali aku cari masa yang sesuai. Tapi, masa sentiasa tidak mengizinkan. Dah menjadi kebiasaan tiap malam berduka. Banyak kali telan perasaan pun, tetap masih ingin keluarkan juga air mata. Terasa macam hati hancur. Tapi hakikatnya tidak. Kami bahagia.

Apa boleh aku buat kalau dia sedang bersama keluarga. Dia utamakan keluarga. Siapa aku untuk melarangnya. Aku diam, bagi dia ruang bersama keluarga sepuasnya. Ye, aku tahu. Bukan selalu keluarga dia dapat bersatu seperti itu. Tambahan pula, kakak dia sedang mengandung. Boleh faham apa rasanya.. tapi terkilan juga kerana aku baru tahu. Katanya sudah diberitahu, tapi hentah kenapa aku tetap baru tahu. Walau hal itu tidak penting buat aku, tapi itu sangat bermakna. Perempuan, aku faham rasanya.

Aku tolak ketepi semuanya. Jadi orang jangan pentingkan diri sendiri. Aku simpan dalam. Simpanan itu aku buang tapi masih berbaki. Aku pendam. Aku luahkan dengan air mata. Sudah terlampau banyak air mata aku laburkan. Sampai bila mahu begini. Letak buku depan mata sedekat yang mungkin masih memikirkan dia. Mengapa begini jadinya. Kata mahu belajar sungguh sungguh. Kenapa hal macam tu pun tak boleh kuatkan semangat. Semangat.. mana pergi semangat itu..

Sudah aku jangka, dia akan buat juga laporan itu walau terpaksa. Aku harap dia ikhlas. Sudah, aku tahu dia ikhlas. Dalam diamnya, ada kemanisan juga. Dia tidak menunjuk, tapi aku boleh rasa. Bersederhana, dan aku terima. Anak yang baik semestinya akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Memang tidak selalu aku dapat kuatkan hati. Tapi kebiasaannya, aku terluka dan mengubatinya secepatnya. Akhirnya aku kembali semula padanya. Sayang aku padanya dapat mengatasi segala perit yang aku rasa. Sayang aku padanya tidak terbanding.

Sekali sekala mahu juga rasa dibelai dengan kasih sayang. Memang selalu diberi. Tapi aku mahu merasai juga. Mungkin masa untuk aku tu belum. Masa aku nanti, lapan tahun lagi. Masatu aku takkan sekali kali melaburkan air mata aku lagi. Sudah puas menangis. Biar nanti aku bahagia tanpa henti. Bersama orang yang sama, selamanya.

Aku menunggu dan tetap menunggu. Kadang aku tewas, mengalah. Tapi tetap, aku bangun lagi untuk terus menunggu. Sebak memikirkan ini semua. Bersabar untuk kebahagiaan dunia akhirat. Moga ini semua berbaloi. Moga ini semua direstui. Jika bukan takdir, aku reda. Tapi selagi masih ada peluang, aku tidak akan putus berdoa. Aku, dia disatukan. Saling melengkapi hingga akhir hayat. Insya'Allah. Amin, ya Rabb..

No comments: