Sayapnya

Berhari yang lalu, terkejut rasa pabila whatsapp dibuka dan apa yang aku lihat, profile dia bertukar kepada profile gambar contact name dia. Saat itu aku tahu apa yang dilakukan dia. Terus hilang selera makan, makanan lauk yang aku beli semua aku buang. Tahu sedang sangat kelaparan, tapi bila satu perasaan tu hadir, segalanya letak ketepi tidak peduli. Menangis aku lagi dalam bilik air semata taknak orang lain tahu. Tidak terkata aku. Terdiam kerana aku tahu itu balasan.

Berhari berlalu. Menanti dia sentiasa. Tiap kali berjalan balik ke asrama, aku lihat ke arah luar sekolah. Ada dia kah di situ. Aku berlalu pergi, sayu di hati. Konon bilang aku terima dan aku kuat. Tapi tidak pernah sekalipun itu menjadi fakta buat diri aku. Tiap hari aku whatsapp dia. Segala aduan, segala kejadian, segala kerinduan. Walau aku tahu mesej itu tidak akan pernah dihantar, tapi aku tetap teruskan juga. Berikut harinya, aku sedar mesej itu tidak kesampaian. Lara aku mengapa begini jadinya. Morning wish tanpa balasan. I love you tanpa I love you too. Faham tidak rasanya..

Sudut hati, aku takut dia mulai selesa tanpa aku. Mungkin benar tanpa aku dia selesa dan tiada rasa apa. Fikiran negatif lagi. Siapa yang aku ada untuk hilangkan tanggapan itu. Hanya dia. Menghitung monthsary seterusnya. Sebak aku. Aku mahu itu hari bahagia. Walau aku tahu dia pasti tiada..

Saban hari melakar cinta sendirian. Bermain cinta dalam khayalan. Merasai cinta melalui bayangan. Menulis sendiri buku cinta kami. Sudah lama merpati tidak menyinggap di pohon cengal. Bahkan sayapnya juga tidak kelihatan. Pohon itu rindu. Aku juga rindu.

No comments: