Jangan risau

Terasa macam baru semalam je masuk kerja? Cliche. Hari pertama masuk kerja, mestilah rasa nerbes semacam. Jam sembilan pagi dah terpacak kat depan lfs padahal masuk jam 9:30. Nampak tak semangatnya? Tapi datang awal tiga hari pertama masa training je la. Sekarang ni datang kerja em.. kadang terlewat lima minit la apa la. Eh tapi bukan naik lemak okay. Pergi kerja menggunakan kaki dan bukan memandu kenderaan bertayar empat atau menunggang kenderaan bertayar dua. Tiap hari bakar lemak padahal nak tambah berat badan. Dah kenapa.

Orang baru mestilah nak sesuaikan dengan suasana baru. Banyak perkara yang tak tahu jadi perlu la tanya. Kalau kau diam membisu ke rasa malu ke nak tanya, mereput je la kau. Takde siapa yang ringan mulut nak bagitahu nak ajar itu ini kalau usaha kau nak tanya tu takde. Nama pun bekerja, di tempat orang pula tu. Dan bekerja bukan seorang, tapi dengan ramai orang. Attitude, adab sopan semua kena jaga. Bukan nak ajar jadi hipokrit tapi jadi diri sendiri sudah la. Takkan la diri kau tu memang setulennya perangai kurang ajar? Mungkin.

Pada mulanya memang semuanya terasa janggal, kadang diam je. Tapi insyaAllah bila kau dah lama bekerja, ramah dengan orang, dan tak bersifat pentingkan diri sendiri, kau akan rasa keseronokan bekerja dengan partner kerja kau tu. Alhamdulillah, sekarang ni nak pergi kerja pun rasa seronok je sebab tak sabar nak gelak tawa, gurau senda dengan diorang. Ini ikhlas dan sudah mula sayang akan mereka. Terima kasih la pada dua orang sir, empat orang leader, dan staff staff lain yang banyak mengajar dan sudi berkongsi ilmu. Alhamdulillah.

Selain rasa keseronokan, kadang ada juga terselit rasa penat dan malas nak pergi kerja! Apakan daya itu semua lumrah. Tapi kalau kau niatkan kat hati, kau ikhlaskan hati kau untuk bekerja, insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan harian kau. Ini betul dan bukan rekaan. Rutin kau tiap hari akan rasa bersemangat je nak lakukannya sebab kau ikhlas dan terima ketentuanNya. Ini pengalaman pertama bekerja dengan ramai orang. Ada juga pahitnya keadaan tapi kita kena kuat dan biasakan. Dalam kehidupan ni tak semuanya manis kan? Walau apa pun, solat jangan tinggal sebab itu kekuatan iman kita. Kalau kita ditindas, kita kena yakin dan berani pertahankan diri. Jangan  risau.

Allah kan ada (:

Berpaling

Sudah lapan belas tahun satu hari berada di dunia ini, masih berpijak di dunia yang nyata, Alhamdulillah. Harapan untuk umur yang baru agar menjadi seorang insan yang sering menghargai, dan sentiasa ikhlas membantu, juga tidak mudah berikan hati pada sesiapa. Ingin cemerlang dalam pelajaran, dan berikan keputusan yang terbaik buat keluarga. Selain itu, ingin juga berhijrah untuk menjadi seorang muslimah di sisi Allah. Semuanya tu insyaAllah, minta dipemudahkan dan diperkuatkan hati juga diri untuk harungi segala liku tajam dan ombak deras yang mungkin akan melanda.

Terharu buat sahabat dan rakan yang mengingati ulangtahun kelahiran. Hargai usaha mereka untuk beri ucapan ikhlas. Sahabat yang banyak membantu, dan sentiasa ada bila sangat memerlukan. Saat ini, masih juga menanti ucapan darinya. Tapi aku tahu penantian itu tiada gunanya. Aku sedar, aku memang bukan lagi keutamaannya. Sukar untuk percaya. Tapi itulah hakikat sebenar. Fatin Amira, tolong bangun dari mimpi.

Mungkin ini jawapannya. Cinta itu tidak semestinya dimiliki. Sayang itu kadang tidak disayangi semula. Soal hati dan rasa cinta aku perlu letak ketepi. Bantu aku kuatkan hati. Tidak mahu tunjuk pada dunia betapa kecewanya aku pada percintaan yang masih aku pertahankan. Enggan tunjuk kesedihanku. Enggan pertontonkan kelemahanku. Biar aku kekal jadi seorang insan yang sentiasa menjadi tempat luahan kekecewaan orang. Aku ingin membantu mereka dari segi rasa dan perasaan. Nasihati dari apa yang telah aku pelajari. Kadang cinta mengajar kita mengalah untuk mengekalkan perhubungan. Dan kadang cinta mengajar kita untuk berpaling tadah dari pasangan kerana hati tidak kuat pada yang satu.

Cuma ingat, jangan salah anggap dan jangan serkap jarang, tuduh dia curang kalau kau tak pasti kesahihannya. Kalau kau meragui, selami hati dia. Kalau kau betul cinta, kau perlu percaya dia. Dan bila kau berpaling dan berputus asa, itulah pengakhirannya. Kau penat dan enggan pertahankan. Ingin mengubati dan kau pilih cara mudah, kau jaga hati kau dan pergi mencari cinta lain. Dan bila kau gagal dalam percintaan lagi, gagal dan gagal, kau harus kenal pasti kenapa. Saat itu, tolong berhenti. Rehatkan hati. Jangan terus sakiti hati sendiri. Berhenti mencari dan biar ia datang sendiri.

Cukup.

Merasai

Assalamualaikum, 2015.

Apa yang diharapkan pada tahun baru ini. Boleh ke kalau tahun ini menjadi tahun 2014 semula? Ingin menghalang dari perkara duka berlaku. Tidak mahu ada hati yang terluka. Tapi boleh ke itu semua terjadi? Apa yang telah ditetapkan oleh Nya, setekad apa pun kau nak ubah, tetap takkan boleh mengubahnya. Sebab apa yang telah ditakdirkan, itulah yang akan terjadi. Bukan ke setiap apa yang kita hadapi itu punya hikmah disebaliknya?

Lihat dia semakin terluka. Kadang terasa geram pada dia sebab terlalu bersabar menahan sakit. Tapi sedar tak wahai diri. Setiap apa rasa yang kau lemparkan kat dia itu bersamaan dengan rasa yang kau lemparkan kat diri kau. Siapa kau? Aku. Geram kat dia kenapa masih mengejar pada orang yang tak sudi. Dan aku, sedang kejar pada orang yang tidak sudi juga ke? Tepuk dada, tanya apa yang hati mahukan. Tapi ingat, kadang kalau ikut kata hati boleh bawa mati. Kalau kau mati, jangan salahkan aku. Sebab apa? Sebab aku dah pesan. Tapi kata dia, 'life and death, both in God's hand' . Semuanya Tuhan dah tentukan. Niat baik nak mencegah. Tapi dia taknak kalah. Biasalah, orang hatinya terluka memang begitu. Rokok itu pengubat duka mahupun terluka. Kau rasa?

I'm done, i'm so done. Cuba tanya hati aku, berapa banyak kali aku cakap macam tu kat diri sendiri. Bila rasa yakin, kuat, mula la bina semangat kental nak terus tunggu, cuba bersabar dan terus menyayangi walau dalam diam. Tapi bila nampak dia terus usaha untuk orang lain, i'm done. I'm done la sangat. Sebab nanti kan, bila lama lama, bila makin hilang sakitnya, nanti mesti bina balik semangat nak teruskan sayang tu. Langkah yang bijak ke tu? Hati dipijak pijak dan kau relakan? Aku taktahu la ni kebodohan ke pengorbanan. Ini ke orang cakap kalau dah sayang sangat? Kau nak buat movie cinta sejati ke? Terbaik Dari Hati boleh? Kalau Terbaik Dari Langit cerita pasal ufo tapi takde alien, so Terbaik Dari Hati tapi takde laki? Oh.

'Merasai perasaanku, dan sudi berada di sisiku. Alhamdulillah' itu dikira kontroversi tak? Perkara baik buat apa mahu disimpan. Tapi hakikatnya itu hanya sebentuk cincin permata milik ibunda. Bukan nikah, tapi tunang. Kenapa? Sebab aku suka begitu. Seolah diri ini memang telah dimiliki. Ye, Allah memang pemilikku yang paling utama. Allah Maha Besar. Selalu berkata, tunjuk pada dunia, bersayang sayang. Siapa sayang yang dimaksudkan tu? Sayang aku, Nur Fatin Amira Kasran binti Abdullah. Ye, aku menyayangi diriku. Aku bercinta dengan diri sendiri. Aku masih ingat katanya, 'sayang diri sendiri dulu, baru sayangkan orang lain'. Jadi itu tidak dikira sebagai satu penipuan kan? Kadang suka menunjuk seperti diri ini milik orang. Kadang rasa seronok, rasa selamat sebab rasa seperti aku masih dapat simpankan hati untuk seseorang yang telah ditentukanNya. Atau sebenarnya kau memang simpan hati kau untuk dia? Penafian kau dah tak berguna. Tapi jangan sampai penantian kau jadi sia sia.

Sedikit luahan. Saki baki, tunggu nanti.