Jangan risau

Terasa macam baru semalam je masuk kerja? Cliche. Hari pertama masuk kerja, mestilah rasa nerbes semacam. Jam sembilan pagi dah terpacak kat depan lfs padahal masuk jam 9:30. Nampak tak semangatnya? Tapi datang awal tiga hari pertama masa training je la. Sekarang ni datang kerja em.. kadang terlewat lima minit la apa la. Eh tapi bukan naik lemak okay. Pergi kerja menggunakan kaki dan bukan memandu kenderaan bertayar empat atau menunggang kenderaan bertayar dua. Tiap hari bakar lemak padahal nak tambah berat badan. Dah kenapa.

Orang baru mestilah nak sesuaikan dengan suasana baru. Banyak perkara yang tak tahu jadi perlu la tanya. Kalau kau diam membisu ke rasa malu ke nak tanya, mereput je la kau. Takde siapa yang ringan mulut nak bagitahu nak ajar itu ini kalau usaha kau nak tanya tu takde. Nama pun bekerja, di tempat orang pula tu. Dan bekerja bukan seorang, tapi dengan ramai orang. Attitude, adab sopan semua kena jaga. Bukan nak ajar jadi hipokrit tapi jadi diri sendiri sudah la. Takkan la diri kau tu memang setulennya perangai kurang ajar? Mungkin.

Pada mulanya memang semuanya terasa janggal, kadang diam je. Tapi insyaAllah bila kau dah lama bekerja, ramah dengan orang, dan tak bersifat pentingkan diri sendiri, kau akan rasa keseronokan bekerja dengan partner kerja kau tu. Alhamdulillah, sekarang ni nak pergi kerja pun rasa seronok je sebab tak sabar nak gelak tawa, gurau senda dengan diorang. Ini ikhlas dan sudah mula sayang akan mereka. Terima kasih la pada dua orang sir, empat orang leader, dan staff staff lain yang banyak mengajar dan sudi berkongsi ilmu. Alhamdulillah.

Selain rasa keseronokan, kadang ada juga terselit rasa penat dan malas nak pergi kerja! Apakan daya itu semua lumrah. Tapi kalau kau niatkan kat hati, kau ikhlaskan hati kau untuk bekerja, insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan harian kau. Ini betul dan bukan rekaan. Rutin kau tiap hari akan rasa bersemangat je nak lakukannya sebab kau ikhlas dan terima ketentuanNya. Ini pengalaman pertama bekerja dengan ramai orang. Ada juga pahitnya keadaan tapi kita kena kuat dan biasakan. Dalam kehidupan ni tak semuanya manis kan? Walau apa pun, solat jangan tinggal sebab itu kekuatan iman kita. Kalau kita ditindas, kita kena yakin dan berani pertahankan diri. Jangan  risau.

Allah kan ada (:

Post a Comment