THANK YOU ALLAH


'' Alhamdulillah for everything, as He indeed knows best '' 



FLASHBACK..

Bismillah...

19 Disember 2012. Tarikh bersejarah. Hari yang sangat bermakna. Hari yang paling mendebarkan. Debarnya tidak henti henti. Tidak henti henti memikirkan apa keputusan pmr yang bakal aku dapat. Ya Allah debarnya... Rasa takut.. Rasa sedih.. Macam macam rasa yang aku rasa.

Imbas Kembali...

Jam dua belas tengah hari lebih.. Mula lah rasa kecut perut. Air mata bertakung. Sedih. Sebak. Hiba.. Memang masa tu dalam hati cakap, tawakal je lah. Redha. Ikhlas (:


. . . . . .

Saat apabila cikgu memanggil nama nama pelajar yang dapat perfect score.. *dalam hati* ''Ya Allah.. kenapa ramai sangat yang dapat perfect score.. Masih cukup ke kuota untuk aku, peluang untuk aku dapat perfect score..'' Saat apabila cikgu memanggil pelajar cemerlang untuk kelas 3B.. *cakap kat anis* ''Anis.. nanti dah naik pentas cepat cepat turun tau.. jangan tinggalkan aku.. berulang kali. '' anis.. aku nak 8A untuk ibu aku je anis. untuk ibu aku sorang je.. anis.. ''

Saat apabila nama aku dipanggil.. ya Allah terkejut sangat.. Bersyukur sangat. Alhamdulillah.. Tapi rasa sedih sikit sebab ibu dengan ayah takde kat dalam dewan tu.. tak dapat tengok aku naik pentas. Hermm cedihh )': Tapi takpe lah. Allah kan ada (: Terima kasih ya Allah..




'' Aku tak pernah bermimpi untuk dapat 8A.. Benarlah janji Allah. Sesiapa yang berusaha dan bertawakal kepada Nya maka kejayaan pasti tercapai. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah (': ''



Lepas turun dari pentas je, Anis cakap ibu aku call. Ibu call guna phone dia. Arghh masa ibu tanya aku dapat berapa...... tiba tiba air mata ni mengalir.. ya Allah rasanyaa... lega sangat dapat cakap 8A. Dapat buat hati ibu lega.. Memang inilah yang ibu bapa nak sangat dari anak anak mereka. Keputusan yang cemerlang, berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat (':




Alhamdulillah atas kurniaan Mu ya Allah..

'' Semoga dengan kejayaan yang aku perolehi ini tidak melalaikan aku dari mengingati Mu dan meningkatkan keimananku terhadap Mu ya Rabbi.. ''


Terima kasih Allah. Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Terima kasih cikgu cikgu. Terima kasih, sayang. Terima kasih abang. Terima kasih kakak. Terima kasih sahabat sahabat ku sekalian. Terima kasih semua. Terima kasih sangat. Terima kasih yang amat (:

Insya'Allah dengan kejayaan yang aku perolehi ni, aku akan terus berusaha dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk masa hadapan. iyaaa. SPM.. SPM is waiting for me (: Bring it on ! come on ! yeahhhh !! hahahhahaa

133 orang pelajar yang dapat perfect score. Alhamdulillah (':
haa nengok. ghamai gilo owang yang nak hamek gambo kitorang yang pemesss ni. hikk. kahkahh :b


Alhamdulillah. Thank you for everything Ya Rabbi (':



THE END. BYE


WORTHLESS TEARS


'' There is no value in life except what you choose to place upon it and no happiness in any place except what you bring it to yourself ''




Sedih. Sedih memikirkan beberapa perkara yang kian ligat bermain difikiran. 

Takut. Takut perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Air mata ini, dengan mudahnya ia mengalir. Sedang aku merasai kebahagiaan, ia mengalir. Sedang aku memikirkan akan seseorang, ia mengalir. Sedang aku membayangkan keputusan PMR aku yang bakal keluar, ia mengalir. Sedang aku duduk termenung seorang diri tanpa memikirkan apa apa, ia mengalir. Paling parah bila hendak tidur melelapkan mata ini, ia turut mengalir juga.. Tidak tahu kenapa dan mengapa begitu mudah untuk aku mengalirkan air mata. Adakah ini yang diperkatakan bahawa hati perempuan sangat lembut dan ia mudah tersentuh? Adakah ini punyai kaitan dengan apa yang aku lalui sekarang ini?

Percaya atau tidak, sekarang ni pun aku sedang menangis. Hentah kenapalah dengan air mata aku ni. Non stop mengalir. Nampaknya air mata aku ni dah macam tak bernilai lagi dah. Madah mengalir je. Ikut suka hati dia je tau ! Hukk cedih )':

Sedihnya sedihnya sedihnya sedih ! Rindunya rindunya rindunya rindu ! Sayangnyaaa....