A Fresh Start


"be sincere. Allah knows what's in the heart"


Alhamdulillah, seorang Amira telah berjaya mencari kekuatan. Seorang Amira tidak lagi kalah pada air mata dan tidak cuba untuk melawan takdir.

Aku semakin yakin dengan apa yang terjadi kepadaku. Yakin percaya ini adalah yang terbaik, petunjuk dariNya. Kerana aku semakin bahagia dan lapang dada, tanpa perlu tangisi atau meratapi segala ketentuan.

Kata janji manusia jarang sekali ditunaikan. Bahkan tiada yang mustahil tiap kata janji manusia itu hanya dusta semata mata. Janji yang pasti, hanya janji Allah.

Aku ikhlas pada segalanya. Di mana, tiada lagi penghalang untuk aku berubah menjadi insan yang diredhaiNya. InsyaAllah, dipermudahkan dan dikekalkan niat ini.

Aku mahu rehatkan hati dari terusan mencintai manusiawi. Dan ingin memperkuatkan cintaku pada Tuhan, kemudian aku akan menghargai tiap insan yang menyayangi ku sepenuh jiwa, dengan penuh keikhlasan.

Aku bukanlah yang terbaik. Malah penuh dengan segala kecacatan dan dosa lampau. Ye, aku seorang pendosa yang cuba untuk berubah, menjadi yang terbaik, yang diredhaiNya. Walau banyak tergelincir dari landasan, aku akan terusan kembali mengejar impian.

InsyaAllah, dengan izin Allah.


Bersedih lalu Menangis


"he who has nothing has Allah. and he who has Allah has everything"



Perkongsiaan pertanyaan saya pada seorang sahabat:

'Apa nak buat kalau kita bersedih dan macam mana nak elakkan daripada menangis?'

Dan jawapannya:

Manusia adalah makhluk yang Hebat, yang Istimewa, yang Unik, yang Sempurna dan yang lebih segala galanya, yang diciptakan oleh Sang Khaliq iaitulah Allah Azza wa Jalla.. dan hebatnya manusia ni semasa penciptaan dia, menurut ulama', Allah telah membekalkan beberapa perkara kepada manusia sebagai suatu wasilah atau jalan dalam memahami hakikat dirinya, mengapa ia ada dan wujud di alam ini. Maksudnya daripada TIADA kepada ADA. Dahulu kita TIADA, sekarang ini kita ADA, dan nanti kembali KEPADA ASAL IAITU TIADA, dan Allah bangkitkan semula kita di AKHIRAT kelak iaitulah akan HIDUP dalam istilah akan ADA kembali.. 

Baik.. apa yang Allah bekalkan pada kita??
Iaitulah RUH, AQAL dan PERASAAN..

Khusunya PERASAAN. Perasaan ini macam macam ada, perasaan suka, gembira, sedih, benci, kasih, marah dll..

Amira tnya kenapa kita sedih dan macam mana nak hilangkan sedih itu.. secara analoginya, bila sedih mesti akan menangis.. itu insan normal..

Pertama, kita msti tahu punca atau sebab mengapa kita sedih. Adakah disebabkan hal hal keduniaan umumnya, atau disebabkan dosa dosa kita yang masih membelenggu atau macam macam lagi..

Air mata amatlah mahal, tidak sepatutnya ia disia siakan dengan menumpahkan ia kepada hal hal yang tidak sepatutnya, putus cinta umpamanya, ni misalan sahaja.. tak dapat benda itu ini yg kadang kadang bersifat duniawi semata...

Jarang dan amatlah jarang umtuk air mata ini menangis kerana tak khusyuk dalam solat, kerana banyak mengabaikan perintah Agama, kerana kurangnya masa untuk telaah ilmu Syariat Allah berbanding ilmu keduniaan, kurangnya berfikir masalah ummat yg semakin merinding sekarang ini, kurangnya rasa cinta dan sanggup berkorban untuk RASULULLAH berbanding sanggup berkorban untuk manusia yang dikasihi selain Rasulullah, kurangnya melapangkan masa untuk memahami Agama Allah berbanding banyaknya waktu untuk urusan dunia yag tak pernah berpenghujung dan lain lain lagi..
Allahu..

Tapi, menangis itu bukanlah semata mata menunjukkan lemahnya seseorang itu, tidak sama sekali.. Allah jamin orang yang menangis kerana takut akan dosa dosanya yang lalu, Allah haramkan api neraka daripada menyentuhnya, dan Saidina Umar al Khattab, tiap tiap malam menangis menyesali diri kerana takutnya cuai dan leka dengan kuasa yang ada sehingga ada rakyatnya yang jahil Agama, rakyatnya yang kebuluran, rakyatnya yang merempat dan lain lain.. Allahu..

Memang setiap insan itu jatuh bangunnya kita tak tahu.. banyak mana dia menangis, banyak mana kesabarannya, banyak mana kekuatan yang harus dia bina untuk mendaki sehingga tegak di puncaknya kembali.. Allahuakbar.. hanya Allah yang tahu..

Tapi, setiap sesuatu itu pasti akan disusuli tindakan jika sebab sebab yang demikian sangat sangat menyentuh hati kita..

#KitaUmmatAkhirZaman
#UmmatYgLeka
#KitaMestiKembali
#MestiSedar
#MestiBangkit

Kasihani diri dan mak ayah kita...


Wallahua'lam.. tiap tiap orang ada kekuatan dan disamping itu banyak lemahnya sebenarnya.. hanya Allah tempat kita merujuk dan kembali..


Pushing Me Down


"walk patiently through this troubled world and you'll find a great treasure"


Bismillah..

So here we go. Another day, another story, another feelings. Unwanted feelings trying to conquer my life. Pushing me down, let me felt useless, worthless.

Sejak akhir akhir, banyak bermain dengan perasaan. Kekuatan untuk menahan air mata sangat goyah. Kadang tidak tertahan jadi ditelan sahaja. Terasa seperti mahu pergi dari semua orang. Ingin bersendirian. Tapi hakikat nyata, diri ini sangat memerlukan akan seseorang. Mujur ada yang ikhlas bantu aku bangkit semula.

Tapi sampai bila mahu bergantung pada orang. Sedangkan kita tahu, orang datang dan pergi. Pasti hati hancur pabila tiada tempat untuk kita mengadu. Perasaan yang kita pendam seorang diri. Akhirnya melepaskan segalanya pada Allah. Itu ketenangan,

Banyak yang berlaku, luar dari jangkaan. Ada yang manis, kita akan senyum. Ada yang pahit, kita telankan kepahitan, ukirkan senyuman. Cuba ikhlaskan setiap kejadian. Mengambil hikmah dan pengajaran. Ada waktu hati terluka, tapi bersangka baik mungkin bukan dengan sengaja.

Kerana itu, tika ini diri sendiri menjadi penguat. Diri sendiri yang banyak lontarkan kata kata semangat. Memberikan motivasi untuk jadi yang terbaik walaupun hakikat sebenarnya diri ini hanya la insan yang paling lemah. Cuba untuk bangkit dari kegagalan. Tidak mahu terusan tersungkur kerana bila sekali tersungkur, bukan mudah mencari kekuatan untuk bangun semula.

Maaf pada mereka yang hatinya telah aku lukai. Kerana hati aku juga telah tersakiti.