Endure Patiently


"endure patiently, with a beautiful patience"


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berkesempatan meluah rasa sebelum 2016 meninggalkan kita. Dan ini post yang terakhir buat tahun ini.

Tiap tahun, berbagai perkara aku hadap, pelbagai perasa aku hadam. Jatuh bangunnya, sedih tangisnya. Semua itu walau pahit, tapi banyak mengajar aku untuk lihat dari sudut yang baik. Berkali Allah tunjuk, tapi kadang seolah tidak mahu menerima. Berkali lagi ulang kesilapan yang sama, dan akhirnya kita yang sakit sendiri. Tidak la menyesal. Tapi aku tahu itu pengajaran untuk dijadikan teladan. Jangan menyakiti, atau nanti kita sendiri yang disakiti.

Selalu kita dengar, tiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Iya, tidak dinafikan. Boleh jadi sesuatu perkara yang kita hajatkan itu tidak tercapai dalam masa terdekat, Mungkin kerana Allah tahu kita belum bersedia. Dan boleh jadi limpahan rezeki buat kita akan dikurniakanNya pada masa mendatang dan bukan sekarang. Mungkin kerana Allah ingin kita rasa susah peritnya mencari rezeki. Dan pabila hadirnya kesenangan, kita akan dapat nikmati manisnya kesabaran, dan hargai tiap usaha yang telah kita berikan.

Aku hargai pada tiap insan yang sering ada disamping. Termasuk yang jauh di mata tapi sanggup berikan masa. Ada yang kata, aku ini banyak rahsia. Terkadang menangis secara tiba, dan bila ditanya, aku senyum sahaja. Kadang terus hanyut dalam pelukan, dan nangis sepuasnya. Bila ditanya kenapa, aku diam sahaja. Mungkin benar kata mereka. Hati aku mudah rapuh. Tapi cepat kembali pulih. Walau diri aku sendiri, aku juga tidak mengerti.

Masuk tahun baru, dan azam juga baru. Alhamdulillah, apa yang aku hajatkan buat tahun ini, sedikit sebanyak semuanya tercapai. Tahun mendatang ini, mungkin cuba ubah diri aku untuk jadi yang lebih baik dan teruskan beristiqomah. Umur pun sudah masuk puluhan. Perancangan untuk ke fasa yang lagi serius juga ada, dan sentiasa diselitkan dalam doa.

Semoga impian kita semua akan tercapai. Usaha dan doa yang berterusan. Yakin percaya padaNya. Andai terjatuh, akan terus berdiri teguh. Andai rasa hampa, cepat lah berkongsi rasa denganNya. Disamping minta kekuatan dan ketabahan.

Ujian sebanyak apa yang bakal dilanda kita nanti, moga kita dapat hadapinya dengan penuh kesabaran. Biar iman terusan bertambah, agar selamat dari terusan mengumpul dosa. Takwa biar tinggi, kerana itu yang membezakan kita. Ketakwaan kita pada Ilahi.

Dengan nama Allah, aku bersyukur atas segala ketentuan dan takdirMu. Dengan izin Allah, moga aku dapat capai pada segala perkara yang aku hajatkan.

InshaAllah, Amin ya Rabb.


Ada Masa


"keep the faith"



Di dunya ini.

Ada masa berbahgia, ada masa berduka. Tapi untuk apa terusan berduka, jikalau hidup kita di dunya bukanlah buat selamanya. Damaikan hati, nikmati manisnya kehidupan.

Aku pasrah, lalu aku berserah. Aku minta, dan Pencipta berikan jawapan. Aku mahu bersedih nangis, tapi Sang Pengasih hilangkan rasa itu. Aku fikir yang tidak tidak, dan Allah tukar pada cerahnya masa depan.

Buat aku tertanya, kadang timbul kerisauan. Tapi hati kuat berkata, percaya dan bersabar la kamu. Yakinkan pada hati, ini yang terbaik. Kadang cinta tidak perlu diluah pada pemilik yang layak. Seeloknya kita kirimkan cinta pada Pencipta kita.

Aku perlu kekuatan, ya Rabb beri aku keteguhan. Aku rapuh sedikit, Dia munculkan dorongan. Jujur aku kata, tiap motivasi yang aku baca, segalanya berkait dengan keraguan hati. Bukan kebetulan, tapi itu suratan takdir. Kerana segalanya, adalah ketentuan dariNya.

Hebatnya doa. Senjata di kala kita perlukan pertolongan mahupun sebab berjawapan. Kau harus yakin pada kuasa doa. Minta apa saja. Doa yang ikhlas, pasti didengariNya.

Jika rindu, jangan bagitahu tuan punya hati. Tapi bagitahu la pada Pencipta hati. Sedekahkan al-Fatihah buat pemilik hati. InshaAllah, terkesan la ia.

Aku bahagia. Syukur padaMu.

Segalanya


"look for something positive in each day, even if some days you have to look a little harder"


Jam satu pagi.

Selesai beberapa urusan. Tangisan terusan ditahan.

Bila kau rasa kau tak cukup kuat nak hadap segala ranjau kehidupan dunya, waktu itu pada hakikat nyata, kau amat perlukan seseorang untuk bantu kau buang segala rasa. Tapi siapa diri kau mahu menagih simpati manusiawi.

Apa yang kau mahu waktu itu, untuk terusan sujud padaNya. Ingin meluah semua rasa, ingin menangis sepuasnya. Hati perasa bercampur. Berkocak tiada hentinya. Cari rahmatNya. Minta ketenangan dariNya. Telan, hadam setiap rasa.

Didik hati, yakinkan hati, percaya pada janjiNya. Allah tidak akan hadirkan sesuatu lebih dari kemampuan kita. Kenapa perlu mengalah sedangkan kita belum melangkah. Seolah kita mempersoalkan ujianNya walhal, itu ujian untuk mengajar kita. Ajar apa itu sabar, apa itu manisnya kesabaran. Apa itu kekuatan, apa rasanya dibantu Tuhan untuk terusan teguh.

Kadang kau tak perlu raih simpati, kerana ada yang telah tahu, dapat rasa apa yang kita rasa dalam diam. Kadang dia tidak perlu bertanya kenapa kau rapuh. Tapi dia terusan peluk dan ucapkan kata, yang sabar. Kadang kau perlu berimaginasi sendiri untuk sedapkan hati jiwa agar tidak terusan hanyut dalam kesedihan. Kadang kita yang perlu pujuk rajuk sendiri. Kerana tiada siapa yang peduli.

Tapi kita juga perlu ingat, dalam kepayahan ada kesenangan. Dalam kesukaran, pasti akan terhasilnya kejayaan. Kerana itu, jalan menuju kejayaan jangan diperlewatkan. Cuba, dan terusan cuba. Kemudian, pasti kau akan terbiasa.

Segalanya, pesanan buat diri sendiri. Jangan jatuh. Dan jangan kau rapuh lagi.

Tawakkal Alallah.