THANK YOU ALLAH


'' Alhamdulillah for everything, as He indeed knows best '' 



FLASHBACK..

Bismillah...

19 Disember 2012. Tarikh bersejarah. Hari yang sangat bermakna. Hari yang paling mendebarkan. Debarnya tidak henti henti. Tidak henti henti memikirkan apa keputusan pmr yang bakal aku dapat. Ya Allah debarnya... Rasa takut.. Rasa sedih.. Macam macam rasa yang aku rasa.

Imbas Kembali...

Jam dua belas tengah hari lebih.. Mula lah rasa kecut perut. Air mata bertakung. Sedih. Sebak. Hiba.. Memang masa tu dalam hati cakap, tawakal je lah. Redha. Ikhlas (:


. . . . . .

Saat apabila cikgu memanggil nama nama pelajar yang dapat perfect score.. *dalam hati* ''Ya Allah.. kenapa ramai sangat yang dapat perfect score.. Masih cukup ke kuota untuk aku, peluang untuk aku dapat perfect score..'' Saat apabila cikgu memanggil pelajar cemerlang untuk kelas 3B.. *cakap kat anis* ''Anis.. nanti dah naik pentas cepat cepat turun tau.. jangan tinggalkan aku.. berulang kali. '' anis.. aku nak 8A untuk ibu aku je anis. untuk ibu aku sorang je.. anis.. ''

Saat apabila nama aku dipanggil.. ya Allah terkejut sangat.. Bersyukur sangat. Alhamdulillah.. Tapi rasa sedih sikit sebab ibu dengan ayah takde kat dalam dewan tu.. tak dapat tengok aku naik pentas. Hermm cedihh )': Tapi takpe lah. Allah kan ada (: Terima kasih ya Allah..




'' Aku tak pernah bermimpi untuk dapat 8A.. Benarlah janji Allah. Sesiapa yang berusaha dan bertawakal kepada Nya maka kejayaan pasti tercapai. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah (': ''



Lepas turun dari pentas je, Anis cakap ibu aku call. Ibu call guna phone dia. Arghh masa ibu tanya aku dapat berapa...... tiba tiba air mata ni mengalir.. ya Allah rasanyaa... lega sangat dapat cakap 8A. Dapat buat hati ibu lega.. Memang inilah yang ibu bapa nak sangat dari anak anak mereka. Keputusan yang cemerlang, berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat (':




Alhamdulillah atas kurniaan Mu ya Allah..

'' Semoga dengan kejayaan yang aku perolehi ini tidak melalaikan aku dari mengingati Mu dan meningkatkan keimananku terhadap Mu ya Rabbi.. ''


Terima kasih Allah. Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Terima kasih cikgu cikgu. Terima kasih, sayang. Terima kasih abang. Terima kasih kakak. Terima kasih sahabat sahabat ku sekalian. Terima kasih semua. Terima kasih sangat. Terima kasih yang amat (:

Insya'Allah dengan kejayaan yang aku perolehi ni, aku akan terus berusaha dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk masa hadapan. iyaaa. SPM.. SPM is waiting for me (: Bring it on ! come on ! yeahhhh !! hahahhahaa

133 orang pelajar yang dapat perfect score. Alhamdulillah (':
haa nengok. ghamai gilo owang yang nak hamek gambo kitorang yang pemesss ni. hikk. kahkahh :b


Alhamdulillah. Thank you for everything Ya Rabbi (':



THE END. BYE


WORTHLESS TEARS


'' There is no value in life except what you choose to place upon it and no happiness in any place except what you bring it to yourself ''




Sedih. Sedih memikirkan beberapa perkara yang kian ligat bermain difikiran. 

Takut. Takut perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Air mata ini, dengan mudahnya ia mengalir. Sedang aku merasai kebahagiaan, ia mengalir. Sedang aku memikirkan akan seseorang, ia mengalir. Sedang aku membayangkan keputusan PMR aku yang bakal keluar, ia mengalir. Sedang aku duduk termenung seorang diri tanpa memikirkan apa apa, ia mengalir. Paling parah bila hendak tidur melelapkan mata ini, ia turut mengalir juga.. Tidak tahu kenapa dan mengapa begitu mudah untuk aku mengalirkan air mata. Adakah ini yang diperkatakan bahawa hati perempuan sangat lembut dan ia mudah tersentuh? Adakah ini punyai kaitan dengan apa yang aku lalui sekarang ini?

Percaya atau tidak, sekarang ni pun aku sedang menangis. Hentah kenapalah dengan air mata aku ni. Non stop mengalir. Nampaknya air mata aku ni dah macam tak bernilai lagi dah. Madah mengalir je. Ikut suka hati dia je tau ! Hukk cedih )':

Sedihnya sedihnya sedihnya sedih ! Rindunya rindunya rindunya rindu ! Sayangnyaaa....



ENGAGEMENT


'' If you have to think about whether you love someone or not, then the answer is no. When you love someone you just know ''


ENGAGEMENT KAK HIDAYAH AND ABANG HAMBALI

LOKASI : FELDA TENGGAROH 2, MERSING, JOHOR
TARIKH : 11 NOVEMBER 2012

Assalamualaikum..

Perkataan 'tunang' atau 'bertunang' berasal daripada perkataan arab iaitu Khutba atau Khitbah yang bermaksud suatu perjanjian untuk memasuki ke alam perkahwinan yang biasanya dipanggil 'Pertunangan'. Pertunangan juga boleh dirujuk sebagai upacara peminangan seorang lelaki yang berkehendakkan seorang wanita untuk dijadikan isteri dengan mengadakan majlis pertunangan. Dengan erti kata lain yang lebih ringkas, pertunangan adalah merupakan perjanjian untuk mendirikan rumah tangga.

- weddingimpian.com -

Bismillah...

Entry kali ni, kurang rajin nak taip panjang panjang. Memang selalu tak taip panjang pun kan.. haha. So aku cuma post gambar yang tak berapa nak banyak. Lepastu adalah aku cerita sikit sikit... Ala kadar je


sembilan hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan yang dibalas sebelas

Perjalanan ke rumah pihak perempuan mengambil masa lebih kurang tiga jam. Enam buah kereta yang menyusul ke sana. 



Berhenti sekejap kat Masjid Tenggaroh. Solat Zohor. Menyiapkan diri.



Pihak lelaki dah dapat 'green light' dari pihak perempuan so dah boleh gerak pergi ke rumah pihak perempuan.


 Ehem. Bukan kepoh. Haha (saja nak menunjuk :b) Tapi kenapa aku nampak macam kurus gila ni. Wahhh (':


 Abang Bali. Si Abang saudara yang hendak bertunang. Ehh bukan Abang Bali. Tapi ABANG AM :b

Lihat si Abang Am. Senyumannya itu seperti menunjukkan bahawa dia tengah... nerbesss ! hahahaha


 Dari kiri, Abang Am, Kak Awin, Kak Siti, Kak Ayin

Abang Am, dah jadi tunang orang. Kak Awin bakal jadi tunang orang bulan dua belas ni, insya'Allah (': Kak Siti dengan Kak Ayin masih belum berpunya. Nak kenal kenal? Boleh. Mehh sini DM atau mention aku kat Twitter. Hakhakk



Bersiap sedia untuk berarak. Kay masa ni aku kat dalam kereta lagi. Acah acah ketua bawak tepak sirih memang lambat sebab kena jalan dulu kat depan sekali kan.. Nak bagi supress gitu. Hahahaha gurau senda je =='



 Pakcik pakcik sedang berbincang.. Aku taktau lah apa yang mereka bicarakan. Kurang dengar senanyaa..




Mak Nyai yang sarungkan cincin kat jari manis Kak Ida. Mak Nyai tu maksudnya nenek, opah, bla bla. Well kami ini kan keturunan Jawa ! hahaha



Ini pula mak saudara aku, Mak Midah. Iaitu bakal mak mertua kepada Kak Idah (:



Selepas acara menyarungkan cincin dah selesai... Pakcik pakcik ni sambung berbincang...... Lepastu last sekali baca doa makan sebab kami semua dah lapar yang amat ! Haha



Nampak tak ni muka masing masing... Muka kebosanan dan kelaparan mulai terselah...



Inilah juadahnya. Antaranya Ayam Masak Merah dengan Ikan Keli Masak Tempoyak. aummmm dedapnyaaaaa



Makan sampai ke dapur.. Seronok bila makan ramai ramai macam ni (:



Kak Idah dan Abang Am. Ecehhh abang nak segan segan pulak dia... Ahahahaha


 Dari kiri, Cik Lin, Kak Awin, Mak Ngah

Senanyaaa Cik Lin tu my beloved mom :* Nampak muda tak? Ibu suka sangat cakap dia nampak muda. Padahal umur dah.... hahahaha ! Tapi kan aku tak suka jalan sebelah mak aku. Nanti ramai tanya aku ni siapa. Lepastu diorang cakap aku ni nampak macam adik mak aku T_T



Pulang ke kulai semula dengan membawa hantaran daripada pihak perempuan pulak. Sebelas kay sebelas ! Ada satu hantaran tu ada cekolat manyak sangat sangat.. Tapi aku dapat bawak hantaran buah buahan je.. tskkk


 wakil pihak lelaki



 Senyuman kegembiran seorang bapa kepada si anak yang bertunang (':



Alhamdulillah.. Semuanya selesai sudah (':


Semoga ikatan pertunangan akak dengan abang akan berkekalan sehinggalah ke alam perkahwinan, Insya'Allah (': Tak sabar nak tunggu akak dengan abang kahwin :b


Sekian, Wassalam

LIFE IS SIMPLE. ITS JUST NOT EASY


''Nobody can go back and start a new beginning but anyone can start today and make a new ending''

auchhhh. dear paparazzi, go away arr. please :b

PAST IS PAST

I've learned that things changed. People changed. And i think i'm also changed. Some people say i've changed a lot. Is that true? Yes. I think so. But it doesn't mean i've forget the past. No. And never. Thank God coz i'm still can carried out my life, can handle my life and still alive. Can't believe that i've move on. Feel proud actually. Hikss..

Sometimes we need to stop analyzing the past.. Stop planning the future.. Stop trying to figure out precisely how we feel.. Stop deciding with our mind what we want our heart to feel.. And sometimes.. we just have to go with 'whatever happens.. happens..'


I Love This. ELEVEN HINTS FOR LIFE

1)  It hurts to love someone and not be loved in return. But what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person know how you feel.

2)  A sad thing in life is when we meet someone who means a lot to us, only to find out in the end that it was never meant to be and we just have to let it go.


3)  The best kind of friend is the kind we can sit on a porch swing with never say a word and then walk away feeling like it was the best conversation we've ever had.


4)  It's true that we don't know what we've got until we lost it. But it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives. 


5)  It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone. But it takes a lifetime to forget someone.


6)  Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth, even that fades away. Go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright.


7)  Dream what we want to dream. Go where we want to go. Be what we want to be. Because you only have one life and one chance to do all the things you want to do. 

8)  Always put ourself in the other's shoes. If we feel that it hurts us, it probably hurts the person too.


9)  A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck a life. A timely word may level stress. But a loving word may heal and bless.


10)  The happiest of people don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything that comes along their way.


11)  Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with a tear. When we were born, we were crying and everyone around us was smiling. Live our life so that when we die, we're the one who are smiling and everyone around us is crying.



People. Often in our life we forget the things we should remember. But at the same time, we remember the things that we should forget. Right? And i... hate it... much

I miss my boyfriend. Bye.


LIFE TOO SHORT TOO BLEND IN


''Life is too short to take things for granted. Be thankful you're still breathing because someone out there just took their last breath''

gambar sekolah rendah. 2009 

THINGS ARE BETTER IF WE COVERED

'' Ya Allah, peliharalah hatiku. Jangan biar ia dikotori lagi ''

Hanya dengan balasan komen  ''maaf. comel? merepek sebenarnya. jangan sangkakan kecomelan digambar sama dengan kecomelan luar daripada gambar. fikirkan (: '' telah menimbulkan satu isu dimana ramai orang befikiran negatif. Mungkin. Hanya dengan balasan komen seperti itu diriku ini digelar perempuan 'kerek'. Sejauh mana tahap kesabaran dan ketabahan aku hanya Tuhan sahaja yang tahu.


'' Siapalah kita untuk menilai hati manusia. Kan hati itu misteri, rahsia yang hanya Penciptanya mengetahui ''

Mengapa harus bertindak sedemikian sedangkan aku cuma hendak memberitahu bahawa janganlah enkau mudah menilai seseorang itu daripada gambar itu kerana belum tentu fizikalnya begitu. Hanya ingin menguji si dia tetapi sahabat sahabatnya yang lain seolah olah ingin menghentam aku.


'' Kadang aku kuat, kadang aku lemah. Ya Allah, peliharalah hatiku ini ''

Diri ini bukan sebarang manusia yang mudah dipermainkan. Perempuan ini bukan perempuan sebarangan yang mudah bergaul mesra dengan lelaki yang tidak dia kenal. Perempuan ini telah banyak makan asam dan garam. Telah banyak perkara pahit yang telah dilaluinya. Bersikap yang kononnya dikatakan 'kerek' ini adalah sebagai langkah berjaga jaga. Diri ini terlalu takut dan masih lemah terhadap lelaki. Diri ini pernah hanyut pada ketika dahulu dan hakikatnya, dia masih trauma lagi. Janganlah kalian mengutuk, menghentam aku sedemikian rupa.

Terpaksa memberanikan diri, menguatkan diri membalas komen tersebut. Membalas kerana ingin membuktikan kepada kalian bahawa insan ini tidak lemah. Insan ini tidak pengecut. Tetapi sebenarnya insan ini sangat takut. Ya, dia seorang yang penakut. Takut kepada laki laki yang sering membawa dia ke arah jalan yang songsang. 


'' Astagfirullah... Ye aku tahu, tidak semua lelaki seperti itu ''

Seperti yang aku cakap, ia sebagai langkah berjaga jaga. Jangan ingat diri anda sudah 'hot', boleh buat mengikut sesuka hati sahaja. Jangan ingat diri anda sudah hot, ramai yang akan tunduk kepada anda. Jangan ingat diri anda sudah hot, perempuan yang anda tegur itu akan merasa bangga dan mulai tergila gilakan anda. Maaf kalau ayat aku sudah mula menimbulkan kepanasan di hati. Tidak bermaksud begitu. Mohon jangan tersalah faham lagi. 


'' Jual mahal sayang. Lagi mahal, lagi berharga. Lagi dihargai, lagi dijaga rapi ''

Jangan ingat orang 'like' itu bermaksud orang itu suka pada anda. Maaf. Di sini ada sedikit penipuan. Jujur aku cakap, aku suka melihat gambar gambar engkau di facebook. Aku sering kali membuka profil facebook engkau. Aku seperti suka akan keperibadianmu itu. Tapi ia tidak bermaksud bahawa hati ini telah mulai menimbulkan bait bait cinta kepada insan itu. Tidak (: Hanya ingin menghulurkan tangan tanda ingin memulakan suatu ikatan persahabatan sahaja. Sebab itu aku ingin menguji si dia. Ya, mungkin aku ni terlalu cerewet. Terlalu memilih rakan. Sifat cerewet dan terlalu memilih rakanlah yang sedang aku amalkan sekarang. Maaf jika tiada yang suka. Boleh pergi undurkan diri


'' Ya Allah, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk ''

Banyak lagi isi di hati yang ingin ku luahkan. Tapi, biarlah ia menjadi rahsia yang hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Aku tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Adakah betul mereka katakan bahawa semua itu gurauan? Atau adakah mereka nekad ingin menghentam aku lagi. Aku bukan tandingan mereka dan mereka bukan lawan aku. Aku tidak kuat ingin melawan laki laki seperti mereka. Sudah semestinya aku pasti akan kalah.


'' Sebelum berterima kasih kepada orang, berterima kasih dulu kepada Allah kerana kebaikan itu diberikan oleh Allah kepada kita melalui orang tersebut ''

Di sini, aku ikhlas ingin memohon kemaafan kepada kalian ke atas sikapku yang 'kerek', sikapku yang seperti berlagak, sikapku yang mungkin agak menyakitkan hati, sikapku yang mungkin tidak matang atau segala jenis sikap yang kalian tidak gemar. Mohon maaf dipinta. Diri ini tidak sempurna. Diri ini sedang berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik lagi kerana khuatir akan perkara lampau yang sangat pahit....... Terima kasih (:


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Smile is one of the easiest sunnah. Smile is one of da'wah

comel macam girl generation kan? terima kasih




A WARM SMILE IS THE UNIVERSAL LANGUAGE OF KINDNESS


''A smile is the light in your window that tells others that there is a caring, sharing person inside''


A SMILE

A smile costs nothing, but gives much. 

It enriches those who receive, without making poorer those who give. 

It takes a moment, but the memory of it sometimes lasts forever.

None is so rich or mighty that he can get along without it, and none is so poor, but that he can be made rich by it.
A smile creates happiness in the home, fosters good will in business, and is the countersign of friendship.
It brings rest to the weary, cheer to the discouraged, sunshine to the sad, and it is nature’s best antidote for trouble.
Yet it cannot be bought, begged, borrowed, or stolen, for it is something that is of no value to anyone, until it is given away.
Some people are too tired to give us a smile...
Give them one of yours, as none needs a smile so much as he who has no more to give (:

“Sometimes your joy is the source of your smile, but sometimes your smile can be the source of your joy.” 

― Thich Nhat Hanh



A BROKEN HEART IS LIKE A BROKEN MIRROR


''There are times when i gather my strength and guts into a pile just to put on a fake smile and laughter on my face''

paling kiri tu paling comel :b

IF LOVE FAILS, FRIENDSHIP SHOULD REMAIN

Hi. This is my story and I would like to share with others. I hope in some way it will help others not to make the mistakes I made throughout my life. 

Well, I'm only fifteen years old now but I have gone through and experienced many problems in life. From falling in love, to getting rejected, to being hurt all my life. Love did not play an easy part on me. Maybe i'm not so lucky when getting in love. 

It was really hard to stand up again after a break up with a lover. Break up with a lover can be match like we lost our parent? ohhhh idiot.

Okay. Kehilangan ibu bapa tidak akan pernah sekali kali dapat ditandingi dengan kehilangan sang kekasih hati. Even kekasih kita baik tahap dewa pun, kita masih tidak akan dapat menandingi ibu bapa kita. Bukan nak berlagak baik ke apa, tapi bila difikirkan balik terasa macam bodoh pulak bila menitiskan air mata untuk kekasih yang tiada kaitan atau hubungan rasmi dengan aku. Kayy mungkin aku yang over feeling sangat sampai nak menangis melalak ala ala gembeng bagai. Jiwang karat betul ==

Sebenarnya malas dah nak ingat kisah lama yang dah berhabuk setebal lima inci tu. Tak terasa nak bersihkan dengan bulu ayam pun. Memang kalau boleh nak biarkan berhabuk atau buang kat recycle bin then klik 'empty the recycle bin'. Tapi malangnya tak boleh. Tak tahu kenapa susah sangat nak angkat ingatan tu kat dalam ingatan ni bawak pindah pi kat dalam tong susah. Degil punya ingatan ! Grrrr

But, as a human kita kenalah terima semua takdir kita yang telah ditentukan oleh Allah. Mungkin Allah nak bagi 'warning' kat aku jangan bercinta selagi masih di bawah umur sebab nanti aku madah disakiti je. Pelajaran pun terabai. Haa kan? Okay aku redha ke atas segala ketentuan-Nya (:



Just be cool. Janganlah kita bertindak di luar kawalan dengan melakukan perkara bodoh hanya disebabkan masalah putus cinta. Let bygone be bygone kay? Okay good. Seppp sikit XD ihikss. Haaa lagi satu kan, bila kita bercinta masa sekolah tak rasa macam membebankan ke? Hermm kalau dapat kekasih yang memahami tu takpe lah. Dah kira beruntung sangat (: Tapi kalau dapat kekasih jenis yang susah nak memahami tu macam mana? Jenis yang perlukan perhatian dua puluh empat jam. Jenis yang pentingkan diri sendiri. Jenis yang erghhh yang memang tak boleh nak bertolak ansur lah senang cerita. Memang aku reject baling jauh jauh kalau aku dapat kekasih yang macam tu lagi. 

Kesan putus cinta begitu mendalam sehingga boleh melumpuhkan diri menyebabkan seseorang tidak berdaya, putus asa dan tidak berupaya berdepan dengan realiti. Ia mempengaruhi diri dalam perhubungan interpersonal pada masa hadapan. Tempoh merawat dan memulih diri kesan putus cinta tidak dapat dijangkakan. Kesannya, emosi membelenggu dan menghimpit. Fikiran bercelaru, kebingungan, tidak keruan adalah reaksi-reaksi psikologikal pemikiran dan emosional menjadikan konflik intrapersonal putus cinta membebankan.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan putus cinta. Antaranya ketidaksamaan status. Kecurangan juga adalah punca lain yang membawa kepada episod putus cinta.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu....


Fuhh aduhduhh ! Orang yang tengah frust gila kena tinggal dengan kekasih hati kalau dengar lagu Bila Cinta ost Lagenda Budak Setan tu confirm confirm hati bertambah parah kan? Itulah harga yang dibayar buat sekeping hati yang telah dilukai. Tipu la kan kalau takde rasa apa apa.. Haa melainkan kalau orang tu yang memulakan istilah putus cinta. Yang tak rela tu memang parah sehingga boleh meninggalkan kesan yang mendalam akibat putus cinta. 

Kesan-kesan apabila putus cinta

  1. Dendam akan hadir dalam diri kerana dipermainkan hati, sini muncul la konsep The Punisher.
  2. Kawan yang hanya sekadar nama “kawan” akibat rasa jemu salah seorang dari mereka dan dia akan cuba elakkan diri dari “kawan” nya itu. Yang ini digelar konsep Hanya Kawan.
  3. Prestasi kerja atau pelajaran akan turun, serba tidak menentu, dan menyebabkan kegagalan. Yang ini konsep Dare To Fail.
  4. Mula terjebak dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti clubbing, minum arak, bergaul bebas. Konsep ini jelas dikenali sebagai konsep The Biggest Loser.
  5. Mula membenci lawan jantinanya, dan tidak mempercayai mereka langsung. Konsep ini adalah konsep Aku Tak Percaya Cinta, C.I.N.T.A (ala-ala Liyana Jasmay)
  6. Sentiasa berendam air mata, sedih yang teramat, terlalu perit untuk ditanggung, yang ini dikenali sebagai Syndrom Down.
  7. Ni bab berat badan, samada kurus mendadak kerana tidak lalu makan, atau naik berat badan mendadak kerana hilangkan 'tension' untuk makan. Ini dinamakan konsep On Diet.
  8. Ni dari perangai yang sempoi, tiba-tiba kuat memaki, kuat marah-marah, mengamuk tidak tentu pasal. Konsep ini pula dinamakan Period All The Time.
  9. Ni lagi, dari suka bercerita, tiba-tiba jadi pendiam, suka menyendiri, tak peduli orang. Konsep ni adalah Alone In The Dark.
  10. Part ini yang biasa, disebarkan cerita itu ini, memburukkan kekasihnya sebelum ini, dan konsep ini dinamakan konsep Sharing Is Caring.

By Jodohku Jodohmu jua

Kenali apa konsep cinta itu dahulu. Cinta tu lahir dari hati, tanpa dipaksa. Kerana Tuhan yang menghadirkannya dan mustahil kita menolak. Semasa kita putus, janganlah dipaksa untuk melupakannya kerana itu hanya akan menambah perit sahaja Biarlah Tuhan sahaja yang menarik balik rasa itu atau mungkin diganti dengan cinta yang baru. Memang sukar, kadang-kadang kita tersenyum, mengiyakan sahaja seolah-olah 'ok sudah' (: Hakikatnya, hati hanya menahan keperitan itu. Tetapi jika Tuhan mengkehendakinya, mungkin kita tetap akan ada jodoh dengan si dia. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana ianya berlaku.
Ubat kepada hati, yakni adalah Al-Quran. Perbanyakkanlah membacanya dan untuk lebih spesifik, bacalah Yassin dan Taha selain kita memohon untuk ditenangkan hati. Ujian itu datang dari-Nya. Kepada-Nya kita kembali untuk meminta yang terbaik buat kita. Itulah pilihan yang terbaik dengan memperbanyakkan amal ibadat kita. Konsep ini dinamakan konsep Jejak Kasih. Kita mencari keredhaannya, memperbaiki kesilapan yang lalu. Kerana 'couple' itu hanya banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Sekadar renungan buat kita bersama. 
InsyaAllah, You’ll Find The Way (:



Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya kerana yang penting kita tetap percaya akan kewujudannya. Jangan pula kita terlalu menghambakan diri kepada cinta kerana kelak kita pasti akan binasa.

Hanya sekadar ingin berkongsi. Tiada niat untuk menghalang anda anda semua daripada bercinta (:



A DREAM IS A WISH YOUR HEART MAKES



'' A good life is when you assume nothing, do more, smile often, 
dream big, laugh a lot and realize how blessed you are ''


senyummmm tak perlu kata apa apa XD 

A S D F G H J K L

Today is Saturday. yaaa hellooooo dear Saturday harini ada hindustan kayy. Jangan lupa tengok jam dua tengah hari nanti (: Ehh ni dah lebih jam dua dah ni. Haaa kay. Boleh tengok sekarang. Tapi lagi bagus baca post yang tak penting ni dulu sebelum tengok hindustan tuh kay? Hihii. Hermm tanpa kita semua sedari, harini dah masuk hari yang ke lima belas kita semua bercuti dok leklekk jeh kat rumah ke enjoy kat Malaysia Paris NewYork London ke kan. Err itu semua bagi pelajar sekolah yang bertuah je lah ea. Yang tak bertuah tuh mungkin kurang bernasib baik kot. So sad.... kay takpe. Boleh cuba lain kali (: Oh shekk lagi sehari hari jeh cuti then dah kena sekolah balik? Arghhh matilah aku matilahhh........


ada nampak macam muka nak mati tak  :|

Kayy nak bukak tiga hari yang lepas punya cerita. Itu lah satu satunya hari yang aku ada mood nak keluar setelah banyak pelawaan dari sahabat sahabat tersayang yang aku tolak. Hoho dah macam artis dah nak reject reject bagai. hokhokk. Alaa aku bukannya apa.. Kalau dulu yelah kot mungkin hari hari nak keluar. Ehh? takde lah hari hari == Tapi kalau sekarang ni nak keluar rumah tu rasanya alaahaai macam berat jeh kaki ni nak melangkah keluar rumah. Macam dah takde feel nak keluar hang dengan kengkawan. Yaaa so sad...

Kalau keluar pun alaa setakat balik kampung jeh kot. Setakat ni tak berpeluang lagi nak pi jalan jejauh atas sebab kesibukan ibu bapa yang terlampau tapi takde lah melampau sangat. Hurmm dalam suam suam suku jeh. Hihii. 



Bila balik kampung mesti balik dengan budak kecik tuh dengan kakak saudara yang kononnya kembar aku tuh. Hermm ada nampak macam kembar ke kitorang ni? Haha. Beza umur kitorang setahun jeh. Dia enam belas tahun, aku lima belas tahun. Lepastu dah lah rumah kitorang ni dekat jeh. Lima minit jeh dah sampai. Sekolah pun dah lah sama. Haishh memang berjodoh lah kitorang ni kan kann. 

Biasanya kalau balik kampung mesti kena bangun awal ): Lepastu kan, mesti rasa bosan gila sebab tak tahu nak buat apa. Yaaa sejujur jujurnya aku ni bukanlah seorang anak dara yang terlampau rajin. Kalau setakat tengok orang masak, rasa masakan yang dimasak, tolong basuh tolong sidai kain, basuh pinggan mangkuk periuk kuali, mandikan adik saudara, tolong belikan barang kat kedai, sapu sapu lantai sikit ke hape haaaa boleh lah. Lepastu kalau nak suruh pi merayap naik motor pun boleh (: hihii. Tapi kat kampung je lah kot aku berani bawak motor. Kalau kat area rumah aku tuh, hermm hermmmmm kejap aku fikir dulu. Err tolong bagi aku masa setahun boleh tak nak fikir? tedddd

Wei wei weii weiiii apa ni wei. Kata nak cerita pasal tiga hari yang lepas punya cerita. Ni asal tetiba bukak cerita kampung pulak ni? Yahadoiii ==


MAC DONALD - SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN

Rabu, 6 Jun 2012. Dah pakat dengan sahabat sahabat sekelas yang berkenaan nak breakfast sesama sambil bincang pasal folio seni kat mac'd. Err ikut group masing masing lah kan. Bincang pasal folio Sejarah dengan Geografi juga (: Tapi kecewa sebab Jajar tak datang ! Tak dapat datang atas sebab sebab yang tak dapat nak dielakkan. Kitorang dapat bincang sikit jeh ): Yang selebihnya madah borak borak sembang sembang kosong jeh dengan Anyah, Fath. Ehh tapi takde lah kosong. Best lah kot. Dah lama aku tak gelak cenggitu. HAHAHA

perbezaan ketinggian yang sangat ketara ==

Oh yaaa. Terserempak dengan bekas senior merangkap PA aku kat mac'd tuh. Masatu dia baru lepas pi check doktor kat hospital sebelah mac'd ni. Kesian PA aku ni demam, batuk. Ish ishh ishhh. Moga cepat sembuh yaa PA (':

Kayy lepas dah habis bincang dah habis borak tuh semua kitorang pun stay lah rumah Fath sat. Nak baring baring atas katil dia. Lepastu mulalah nak bercerita hentah pape jeh. Tapi kan aku rasa aku lah yang paling banyak bercerita sampai gelak tak ingat dunia. Kuat pulak tuh. Opsss :| 

Tengah hari mama Fath hantar kitorang pi IOI Shopping Mall. Nak nengok Senowww Waitee. Best sangat sangat ! Tak sangka yang jadi snow white tuh Bella dalam cerita Twilight. Kayy tak sabar nak tengok Twilight Part Two ): Ohh November cepatlah muncul cepat lahhhh


Kristen Stewart hidup semula dalam Twilight Saga - Breaking Dawn

Kristen Stewart hidup semula dalam Snow White and The Huntsman


THE END

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Upcoming Post : 

'' Keep Calm and Carry On ''


style lipat tudung terbaru akibat terpengaruh dengan pelajar indonesia (:




---> There is just one life to live, and there is no time to waste.






Enjor your Saturday and Sunday wisely (:
- Nur Fatin Amira Kasran