ENGAGEMENT


'' If you have to think about whether you love someone or not, then the answer is no. When you love someone you just know ''


ENGAGEMENT KAK HIDAYAH AND ABANG HAMBALI

LOKASI : FELDA TENGGAROH 2, MERSING, JOHOR
TARIKH : 11 NOVEMBER 2012

Assalamualaikum..

Perkataan 'tunang' atau 'bertunang' berasal daripada perkataan arab iaitu Khutba atau Khitbah yang bermaksud suatu perjanjian untuk memasuki ke alam perkahwinan yang biasanya dipanggil 'Pertunangan'. Pertunangan juga boleh dirujuk sebagai upacara peminangan seorang lelaki yang berkehendakkan seorang wanita untuk dijadikan isteri dengan mengadakan majlis pertunangan. Dengan erti kata lain yang lebih ringkas, pertunangan adalah merupakan perjanjian untuk mendirikan rumah tangga.

- weddingimpian.com -

Bismillah...

Entry kali ni, kurang rajin nak taip panjang panjang. Memang selalu tak taip panjang pun kan.. haha. So aku cuma post gambar yang tak berapa nak banyak. Lepastu adalah aku cerita sikit sikit... Ala kadar je


sembilan hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan yang dibalas sebelas

Perjalanan ke rumah pihak perempuan mengambil masa lebih kurang tiga jam. Enam buah kereta yang menyusul ke sana. 



Berhenti sekejap kat Masjid Tenggaroh. Solat Zohor. Menyiapkan diri.



Pihak lelaki dah dapat 'green light' dari pihak perempuan so dah boleh gerak pergi ke rumah pihak perempuan.


 Ehem. Bukan kepoh. Haha (saja nak menunjuk :b) Tapi kenapa aku nampak macam kurus gila ni. Wahhh (':


 Abang Bali. Si Abang saudara yang hendak bertunang. Ehh bukan Abang Bali. Tapi ABANG AM :b

Lihat si Abang Am. Senyumannya itu seperti menunjukkan bahawa dia tengah... nerbesss ! hahahaha


 Dari kiri, Abang Am, Kak Awin, Kak Siti, Kak Ayin

Abang Am, dah jadi tunang orang. Kak Awin bakal jadi tunang orang bulan dua belas ni, insya'Allah (': Kak Siti dengan Kak Ayin masih belum berpunya. Nak kenal kenal? Boleh. Mehh sini DM atau mention aku kat Twitter. Hakhakk



Bersiap sedia untuk berarak. Kay masa ni aku kat dalam kereta lagi. Acah acah ketua bawak tepak sirih memang lambat sebab kena jalan dulu kat depan sekali kan.. Nak bagi supress gitu. Hahahaha gurau senda je =='



 Pakcik pakcik sedang berbincang.. Aku taktau lah apa yang mereka bicarakan. Kurang dengar senanyaa..




Mak Nyai yang sarungkan cincin kat jari manis Kak Ida. Mak Nyai tu maksudnya nenek, opah, bla bla. Well kami ini kan keturunan Jawa ! hahaha



Ini pula mak saudara aku, Mak Midah. Iaitu bakal mak mertua kepada Kak Idah (:



Selepas acara menyarungkan cincin dah selesai... Pakcik pakcik ni sambung berbincang...... Lepastu last sekali baca doa makan sebab kami semua dah lapar yang amat ! Haha



Nampak tak ni muka masing masing... Muka kebosanan dan kelaparan mulai terselah...



Inilah juadahnya. Antaranya Ayam Masak Merah dengan Ikan Keli Masak Tempoyak. aummmm dedapnyaaaaa



Makan sampai ke dapur.. Seronok bila makan ramai ramai macam ni (:



Kak Idah dan Abang Am. Ecehhh abang nak segan segan pulak dia... Ahahahaha


 Dari kiri, Cik Lin, Kak Awin, Mak Ngah

Senanyaaa Cik Lin tu my beloved mom :* Nampak muda tak? Ibu suka sangat cakap dia nampak muda. Padahal umur dah.... hahahaha ! Tapi kan aku tak suka jalan sebelah mak aku. Nanti ramai tanya aku ni siapa. Lepastu diorang cakap aku ni nampak macam adik mak aku T_T



Pulang ke kulai semula dengan membawa hantaran daripada pihak perempuan pulak. Sebelas kay sebelas ! Ada satu hantaran tu ada cekolat manyak sangat sangat.. Tapi aku dapat bawak hantaran buah buahan je.. tskkk


 wakil pihak lelaki



 Senyuman kegembiran seorang bapa kepada si anak yang bertunang (':



Alhamdulillah.. Semuanya selesai sudah (':


Semoga ikatan pertunangan akak dengan abang akan berkekalan sehinggalah ke alam perkahwinan, Insya'Allah (': Tak sabar nak tunggu akak dengan abang kahwin :b


Sekian, Wassalam