Plan


"Tell yourself that you're a strong woman. Because a strong woman is one who is able to smile this morning like she wasn't crying last night"




Jauh ke dalam, hati ini menangis. Pandang belakang, fikir angan. Perancangan, habis spm, sambung belajar, graduate, kerja dan berkahwin. Alangkah indahnya andai perancangan itu menjadi ketentuan. Hidup tidaklah semudah angan angan. Apatah lagi berangan itu rupanya penyakit jiwa.

Sedarlah. Sudah tahu hidup tidak semudah disangka. Jalan kehidupan sudah tertulis. Habis spm, kerja sementara tunggu tempat sambung belajar. Tunggu dan tunggu. Ada satu masa di mana semua rakan sekerja berhenti kerana sudah dapat tawaran sambung belajar. Seandainya hati ini lemah dayanya, diikut juga untuk berhenti sama, pasti kehidupanku lagi menyedihkan. Bulan demi bulan, mana tawarannya? Tanyalah pada hatiku berapa banyak kali hati ini rapuh. Iye, aku bukan anak orang kaya yang sewenangnya daftar diri pada institusi berprestij tinggi.

Masih kekal di sini. Rezeki pelbagai. Dari bawah dinaiki ke atas. Sudah di atas, aku diberi peluang melangkah ke atas lagi. Alhamdulillah, kini sedang  melangkah lagi ke atas. Dulu aku cuma pekerja biasa. Tapi aku kekal perkukuhkan hati diri. Setidaknya usaha aku tidak terbazir. Tangisan ku ada senyumnya juga.

Hentah mengapa semakin lama hasrat untuk menyambung pelajaran itu semakin pudar. Apa kerana kebenarannya aku tidak pernah ikhlas dan kerana itu bukan ditakdirkan aku berada di pengajian? Rupanya perancangan aku sedang bertukar.

Masih ada lagi isi hati yang kian meragu. Semua mahukan yang terbaik. Kadang cemburu lihat teman bersama rakan baru. Semua sibuk belajar untuk exam. Keluar dengan housemate, terlibat dengan pelbagai aktiviti, rindu rumah rindu keluarga. Bermacam. Dan aku? Cuma senyum dalam keperitan.

Restu ibu ayah itu yang utama. Tapi tidak mahu mengalah. Kejayaan aku itu harapan kedua kekasihku ibu ayah. Doakan.