Rasa

Bismillah..

Apa rasa bila orang yang kita sayang, dan sayangkan kita tu sudah tidak lagi menyayangi kita seperti dulu. Atau, sudah tidak mencintai kita lagi. Sebelum ini, segala kekurangan dan ketiadaan kita boleh terima dengan hati yang terbuka dan kefahaman mengapa. Tapi sekarang mengenai soal hati. Mengapa hati. Ada apa pada hati? Keikhlasan, kejujuran. Sejak dari itu, perasaan dan keyakinan sebanyak seratus sudah bertukar menjadi kosong semula. Berikan keyakinan dan semangat itu semula. Dalam diam, hati retak seribu.

Apa rasa bila kita sudah lama tidak pulang ke rumah, dan akhirnya diberi kesempatan pulang. Bukan sehari dua, tapi seminggu. Untuk apa pulang? Cukup untuk luangkan masa bersama keluarga, yang tersayang dan merehatkan segalanya. Dengan harapan, ada yang menyambut kepulangan kita. Tapi, menghampakan. Sebabnya apa, aku faham. Kemudian kita mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Tapi mengecewekan. Terlupa, ada yang lagi penting dari aku yang harus diutamakan. Siapa aku? Seseorang yang tidak pasti lagi milik siapa untuk masa yang mendatang.

Apa rasa bila bersendirian. Banyak perkara dan masa lampau diimbas kembali. Pelbagai angan dan anggapan difikirkan. Sedih menjadi pelengkap rasa. Air mata sebagai peneman. Fikirkan kekurangan. Kesalahan sebagai pendosa. Perhatian dari yang peduli. Tahu aku bersendirian, tapi mengapa tidak sudi menemani aku. Mengapa pertikaikan? Lupa, aku sudah biasa.

Apa rasa bila lihat orang lain hidup serba sempurna.  Walau susah mana, ada orang disebelah genggam tangan erat. Punya rupa lalu dikelilingi mereka yang peduli. Bertuahnya jelitawan. Dulu kawan letak ketepi dan kini sentiasa di hati. Siapa kekasih siapa kawan. Siapa penting siapa bermakna. Siapa yang dicari dan siapa yang dilupakan. Tepuk dada, tanya mengapa berubah. Sudah jauh dari yang asal. Kini aku tahu, hidup untuk menbalas jasa. Kesenangan hidup buat masa hadapan. Nikmati hidup tanpa bebanan dan kesakitan. Saat ini, tiada apa yang lagi penting dari itu semua. Katanya