'' TIP & TRICK '' penjagaan bateri komputer riba


always begin and end your day with a SMILE !
^,^


a very very good afternoon ma dears ! ehh , evening da ea ? oke . GOOD EVENING hampo sume ! tee hee

penat . baru balek dari mc'donald . saje jeh buat semak kat sane . hehe . pape pon , FAK was having a very good time there with anyahnurafiqah , sunbae , siti , ajik , iman , mimi , naqib , baby and ANYOHH .

oke . stop bebel-ing . tak penteng pon . ha , bace bawah tuh . 

---------------------------------------------------------------------------------------------

TIPS UNTUK MEMANJANGKAN PENGGUNAAN BATERI KOMPUTER RIBA

1. Kurangkan kecerahan skrin (brightness)
- Kecerahan skrin boleh mempengaruhi penggunaan bateri. Semakin cerah penggunaan skrin, semakin tinggi penggunaan bateri. Oleh itu, kurangkan kecerahan skrin untuk memaksimumkan penggunaan bateri.


2. Elakkan memainkan lagu dan penggunaan disc drive
- Pada waktu yang memerlukan penggunaan bateri yang maksimum, elakkan memainkan lagu sebagai hiburan ketika melakukan kerja kerana ia memerlukan tenaga tambahan untuk speaker komputer dan menjalankan aplikasi pemain media. Elakkan juga penggunaan disc drive sama ada CD-ROM atau DVD-ROM, apatah lagi memindahkan data ke dalam CD-RW atau DVD-RW kerana ia menggunakan tenaga yang banyak.


3. Laraskan Power Option
- Power Option boleh dilaraskan untuk memberikan penjimatan tenaga yang terbaik disaat-saat yang diperlukan. Power Options boleh didapati melalui menu Control Panel.


4. Padamkan fungsi Wi-Fi
- Kebanyakan pengeluar komputer notebook menetapkan supaya fungsi Wi-Fi diaktifkan setiap kali komputer dibuka. Fungsi ini boleh dipadamkan untuk menjimatkan tenaga kerana kelengkapan Wi-Fi di dalam komputer notebook juga menggunakan tenaga yang banyak.


5. Elakkan membuka aplikasi yang tidak digunakan
- Elakkan membuka aplikasi yang tidak digunakan. Aplikasi yang tidak digunakan tetapi dibiarkan aktif akan mengurangkan ruang memori RAM yang boleh digunakan oleh sistem dan kadang kala menggunakan prosesor. Dalam keadaan ini, prosesor akan lebih banyak digunakan untuk menguruskan penggunaan RAM yang terhad dan akibatnya kuasa bateri akan cepat habis.


6. Elakkan penggunaan peralatan menggunakan USB
- Peralatan tambahan seperti speaker, kipas penyejuk, lampu kecil, pengecas bateri telefon dan sebagainya yang menggunakan USB mengambil tenaga elektrik dari komputer melalui sambungan USB. Penggunaan peralatan sedemikian perlu dielakkan sekiranya keutamaan pada satu-satu masa adalah untuk memaksimumkan penggunaan bateri. 


7. Dapatkan bateri kedua
- Sekiranya kamu perlu bergantung pada bateri komputer dalam jangka masa yang lebih panjang, pilihan yang terbaik adalah untuk mendapatkan bateri kedua sebagai gantian.


 p/s : copy from REMAJA , 15 SEPT 2010 , page 125 .

oke , enough for today .
SELAMAT BERHARI BERAYA .