Pulanglah..


Bismillah..

Aku lihat wajah ibu ayahku.. kelihatan sedih tiada kegembiraan. Si kecil itu kalini mahu pergi bersama keluarganya. Bahkan dia telefon sendiri mamanya untuk mengambilnya di sini. Kenapa engkau bertindak sebegitu.. kurang kah kasih sayang yang kami berikan.. atau engkau terpedaya dengan kata kata mereka. Atau engkau memilih untuk bersama keluarga kandung kau..

Sakit hati aku bila engkau memilih untuk mengikut mereka. Sakit hatiku melihat ibuku yang hanya tersenyum membenarkan kau di bawa pergi tapi hakikatnya hati dia menangis. Hati aku sakit. Hati aku menangis. Jangan kau lupa siapa yang besarkan dan menjaga kau sejak dari bayi lagi. Jangan kau lupakan siapa yang menghantar kau ke sekolah. Jangan kau lupakan jasa ibu ayah ku berhabisan duit untuk belikan susu, lampin pakai buang kau dulu, pakaian, mainan dan banyak lagi.. jangan kau buat ibu ayahku bersedih.. pulanglah secepat mungkin.. buat ibu ayah ku gembira. Buat hatiku tertawa melihat gelagatmu.. aku tidak dapat bahagiakan ibu ayah ku seperti engkau.. kau kesayangan mereka bukan aku. Aku rela menerima hakikat itu asalkan kedua orang tua ku bahagia. Pulanglah adikku..

Stars


Bismillah..

Post yang ke 14 buat tahun 2013. Biasanya tiap tahun mesti post akan ada lebih dari 20. Tapi tahun ni 20 pun tak sampai. Apa nak jadi? Kesian blog ni dah hilang serinya.. apa jadi kat background ni pun tak tahu la. Kesiannya awak bebylogg.. mesti si empunya blog ni pemalas kan.. haha ):

Seharian aku baca semua post kat dalam blog ni. Ketawa ada, malu ada, terkejut ada, sedih ada, nangis pun ada.. tak sangka itu semua hasil dari penulisan aku. Semua itu luahan dari hati. Suka mahupun duka. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan..

Teringat dulu katanya mahu bersama dengan semuanya dan tidak mahu berpecah belah atau berpuak puak. Tapi lihatlah sekarang.. kawan semua sudah bertukar. Tapi ada juga kawan lama yang masih berhubung dengan kawan lama. Masih lagi rapat. Alhamdulillah. Tapi aku? Aku seolah tidak berani mendekatinya kerana dia sudah menjadi sahabat kepada rakan yang lain.. bukan aku tamak mahukan dia seorang. Bukan. Aku tidak kisah dia berkawan dengan sesiapa. Tapi bagi aku, bila aku mendekatinya, ia kelihatan seperti aku merampas dia dari mereka dan seperti ada mata mata yang melihat dengan perasaan yang tidak puas hati. Ye aku benci perasaan itu. Aku benci orang orang yang suka menilai orang dari segi luaran. Aku benci mata mata yang memandang dengan sinis. Aku benci orang orang yang suka mengata orang dari belakang. Ye dulu aku juga begitu. Tapi aku sedar, aku sering kali meletakkan diri aku ditempatnya. Sakit rasanya. Seperti hilang semangat. Jadi aku hentikan. Aku tidak mahu membenci lagi. Memang sakit menahan benci. Tapi hanya sementara. Bagi aku yang lepas, lepaslah. Kawan bukan hanya kalian sahaja. Aku juga ada sahabat sahabat yang baru. Tidak perlu aku menunjuk nunjuk sahabat sahabat aku kepada semua atau secara berlebihan. Cukup sekadar aku hargainya dan menghormatinya. Kalini biar aku jujur berkawan dengan mereka. Berkawan dengan ikhlas bukan untuk menilai atau menindas. Yang sudah pergi atau melupakan itu mungkin salah aku. Kerana tidak menghargai mereka.

Aku tidak mahu katakan ini karma. Kerana aku juga punyai sahabat yang selalu buat aku ketawa dan gembira. Mungkin tidak seramai kamu. Tapi biar sikit. Supaya mudah untuk menjaga hati. Ada segelintir sahabat lama yang aku hilangkan dari pandangan. Maaf sebab aku block kalian.. ini kerana aku tidak mahu menyakitkan hati aku lagi. Aku tidak mahu menangis kerana teringatkan kenangan lalu.. cukuplah untuk aku menderitakan diri sendiri. Kalini biarlah aku bahagiakan diri sendiri, serta bahagiakan insan insan sekeliling yang masih ambil peduli dan hargai aku..

Terima kasih ke atas segala memori yang kita cipta. Terima kasih atas segala pemberian ilmu dan barangan. Minta maaf atas semua kesakitan yang aku berikan. Minta maaf atas semua perselisihan faham dan pergaduhan. Maaf atas segala kejahatan yang aku lakukan. Maaf sebab aku sering tinggalkan kau dulu. Kini kau bukan lagi sahabat dunia akhirat. Engkau hanya sahabat, yang banyak memberi nasihat dan buat hati aku seringkali menangis pabila aku melihatmu.. jujur aku katakan, aku sangat rindukanmu..

Jaga diri.