A BROKEN HEART IS LIKE A BROKEN MIRROR


''There are times when i gather my strength and guts into a pile just to put on a fake smile and laughter on my face''

paling kiri tu paling comel :b

IF LOVE FAILS, FRIENDSHIP SHOULD REMAIN

Hi. This is my story and I would like to share with others. I hope in some way it will help others not to make the mistakes I made throughout my life. 

Well, I'm only fifteen years old now but I have gone through and experienced many problems in life. From falling in love, to getting rejected, to being hurt all my life. Love did not play an easy part on me. Maybe i'm not so lucky when getting in love. 

It was really hard to stand up again after a break up with a lover. Break up with a lover can be match like we lost our parent? ohhhh idiot.

Okay. Kehilangan ibu bapa tidak akan pernah sekali kali dapat ditandingi dengan kehilangan sang kekasih hati. Even kekasih kita baik tahap dewa pun, kita masih tidak akan dapat menandingi ibu bapa kita. Bukan nak berlagak baik ke apa, tapi bila difikirkan balik terasa macam bodoh pulak bila menitiskan air mata untuk kekasih yang tiada kaitan atau hubungan rasmi dengan aku. Kayy mungkin aku yang over feeling sangat sampai nak menangis melalak ala ala gembeng bagai. Jiwang karat betul ==

Sebenarnya malas dah nak ingat kisah lama yang dah berhabuk setebal lima inci tu. Tak terasa nak bersihkan dengan bulu ayam pun. Memang kalau boleh nak biarkan berhabuk atau buang kat recycle bin then klik 'empty the recycle bin'. Tapi malangnya tak boleh. Tak tahu kenapa susah sangat nak angkat ingatan tu kat dalam ingatan ni bawak pindah pi kat dalam tong susah. Degil punya ingatan ! Grrrr

But, as a human kita kenalah terima semua takdir kita yang telah ditentukan oleh Allah. Mungkin Allah nak bagi 'warning' kat aku jangan bercinta selagi masih di bawah umur sebab nanti aku madah disakiti je. Pelajaran pun terabai. Haa kan? Okay aku redha ke atas segala ketentuan-Nya (:



Just be cool. Janganlah kita bertindak di luar kawalan dengan melakukan perkara bodoh hanya disebabkan masalah putus cinta. Let bygone be bygone kay? Okay good. Seppp sikit XD ihikss. Haaa lagi satu kan, bila kita bercinta masa sekolah tak rasa macam membebankan ke? Hermm kalau dapat kekasih yang memahami tu takpe lah. Dah kira beruntung sangat (: Tapi kalau dapat kekasih jenis yang susah nak memahami tu macam mana? Jenis yang perlukan perhatian dua puluh empat jam. Jenis yang pentingkan diri sendiri. Jenis yang erghhh yang memang tak boleh nak bertolak ansur lah senang cerita. Memang aku reject baling jauh jauh kalau aku dapat kekasih yang macam tu lagi. 

Kesan putus cinta begitu mendalam sehingga boleh melumpuhkan diri menyebabkan seseorang tidak berdaya, putus asa dan tidak berupaya berdepan dengan realiti. Ia mempengaruhi diri dalam perhubungan interpersonal pada masa hadapan. Tempoh merawat dan memulih diri kesan putus cinta tidak dapat dijangkakan. Kesannya, emosi membelenggu dan menghimpit. Fikiran bercelaru, kebingungan, tidak keruan adalah reaksi-reaksi psikologikal pemikiran dan emosional menjadikan konflik intrapersonal putus cinta membebankan.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan putus cinta. Antaranya ketidaksamaan status. Kecurangan juga adalah punca lain yang membawa kepada episod putus cinta.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu....


Fuhh aduhduhh ! Orang yang tengah frust gila kena tinggal dengan kekasih hati kalau dengar lagu Bila Cinta ost Lagenda Budak Setan tu confirm confirm hati bertambah parah kan? Itulah harga yang dibayar buat sekeping hati yang telah dilukai. Tipu la kan kalau takde rasa apa apa.. Haa melainkan kalau orang tu yang memulakan istilah putus cinta. Yang tak rela tu memang parah sehingga boleh meninggalkan kesan yang mendalam akibat putus cinta. 

Kesan-kesan apabila putus cinta

  1. Dendam akan hadir dalam diri kerana dipermainkan hati, sini muncul la konsep The Punisher.
  2. Kawan yang hanya sekadar nama “kawan” akibat rasa jemu salah seorang dari mereka dan dia akan cuba elakkan diri dari “kawan” nya itu. Yang ini digelar konsep Hanya Kawan.
  3. Prestasi kerja atau pelajaran akan turun, serba tidak menentu, dan menyebabkan kegagalan. Yang ini konsep Dare To Fail.
  4. Mula terjebak dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti clubbing, minum arak, bergaul bebas. Konsep ini jelas dikenali sebagai konsep The Biggest Loser.
  5. Mula membenci lawan jantinanya, dan tidak mempercayai mereka langsung. Konsep ini adalah konsep Aku Tak Percaya Cinta, C.I.N.T.A (ala-ala Liyana Jasmay)
  6. Sentiasa berendam air mata, sedih yang teramat, terlalu perit untuk ditanggung, yang ini dikenali sebagai Syndrom Down.
  7. Ni bab berat badan, samada kurus mendadak kerana tidak lalu makan, atau naik berat badan mendadak kerana hilangkan 'tension' untuk makan. Ini dinamakan konsep On Diet.
  8. Ni dari perangai yang sempoi, tiba-tiba kuat memaki, kuat marah-marah, mengamuk tidak tentu pasal. Konsep ini pula dinamakan Period All The Time.
  9. Ni lagi, dari suka bercerita, tiba-tiba jadi pendiam, suka menyendiri, tak peduli orang. Konsep ni adalah Alone In The Dark.
  10. Part ini yang biasa, disebarkan cerita itu ini, memburukkan kekasihnya sebelum ini, dan konsep ini dinamakan konsep Sharing Is Caring.

By Jodohku Jodohmu jua

Kenali apa konsep cinta itu dahulu. Cinta tu lahir dari hati, tanpa dipaksa. Kerana Tuhan yang menghadirkannya dan mustahil kita menolak. Semasa kita putus, janganlah dipaksa untuk melupakannya kerana itu hanya akan menambah perit sahaja Biarlah Tuhan sahaja yang menarik balik rasa itu atau mungkin diganti dengan cinta yang baru. Memang sukar, kadang-kadang kita tersenyum, mengiyakan sahaja seolah-olah 'ok sudah' (: Hakikatnya, hati hanya menahan keperitan itu. Tetapi jika Tuhan mengkehendakinya, mungkin kita tetap akan ada jodoh dengan si dia. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana ianya berlaku.
Ubat kepada hati, yakni adalah Al-Quran. Perbanyakkanlah membacanya dan untuk lebih spesifik, bacalah Yassin dan Taha selain kita memohon untuk ditenangkan hati. Ujian itu datang dari-Nya. Kepada-Nya kita kembali untuk meminta yang terbaik buat kita. Itulah pilihan yang terbaik dengan memperbanyakkan amal ibadat kita. Konsep ini dinamakan konsep Jejak Kasih. Kita mencari keredhaannya, memperbaiki kesilapan yang lalu. Kerana 'couple' itu hanya banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Sekadar renungan buat kita bersama. 
InsyaAllah, You’ll Find The Way (:



Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya kerana yang penting kita tetap percaya akan kewujudannya. Jangan pula kita terlalu menghambakan diri kepada cinta kerana kelak kita pasti akan binasa.

Hanya sekadar ingin berkongsi. Tiada niat untuk menghalang anda anda semua daripada bercinta (: