LIFE TOO SHORT TOO BLEND IN


''Life is too short to take things for granted. Be thankful you're still breathing because someone out there just took their last breath''

gambar sekolah rendah. 2009 

THINGS ARE BETTER IF WE COVERED

'' Ya Allah, peliharalah hatiku. Jangan biar ia dikotori lagi ''

Hanya dengan balasan komen  ''maaf. comel? merepek sebenarnya. jangan sangkakan kecomelan digambar sama dengan kecomelan luar daripada gambar. fikirkan (: '' telah menimbulkan satu isu dimana ramai orang befikiran negatif. Mungkin. Hanya dengan balasan komen seperti itu diriku ini digelar perempuan 'kerek'. Sejauh mana tahap kesabaran dan ketabahan aku hanya Tuhan sahaja yang tahu.


'' Siapalah kita untuk menilai hati manusia. Kan hati itu misteri, rahsia yang hanya Penciptanya mengetahui ''

Mengapa harus bertindak sedemikian sedangkan aku cuma hendak memberitahu bahawa janganlah enkau mudah menilai seseorang itu daripada gambar itu kerana belum tentu fizikalnya begitu. Hanya ingin menguji si dia tetapi sahabat sahabatnya yang lain seolah olah ingin menghentam aku.


'' Kadang aku kuat, kadang aku lemah. Ya Allah, peliharalah hatiku ini ''

Diri ini bukan sebarang manusia yang mudah dipermainkan. Perempuan ini bukan perempuan sebarangan yang mudah bergaul mesra dengan lelaki yang tidak dia kenal. Perempuan ini telah banyak makan asam dan garam. Telah banyak perkara pahit yang telah dilaluinya. Bersikap yang kononnya dikatakan 'kerek' ini adalah sebagai langkah berjaga jaga. Diri ini terlalu takut dan masih lemah terhadap lelaki. Diri ini pernah hanyut pada ketika dahulu dan hakikatnya, dia masih trauma lagi. Janganlah kalian mengutuk, menghentam aku sedemikian rupa.

Terpaksa memberanikan diri, menguatkan diri membalas komen tersebut. Membalas kerana ingin membuktikan kepada kalian bahawa insan ini tidak lemah. Insan ini tidak pengecut. Tetapi sebenarnya insan ini sangat takut. Ya, dia seorang yang penakut. Takut kepada laki laki yang sering membawa dia ke arah jalan yang songsang. 


'' Astagfirullah... Ye aku tahu, tidak semua lelaki seperti itu ''

Seperti yang aku cakap, ia sebagai langkah berjaga jaga. Jangan ingat diri anda sudah 'hot', boleh buat mengikut sesuka hati sahaja. Jangan ingat diri anda sudah hot, ramai yang akan tunduk kepada anda. Jangan ingat diri anda sudah hot, perempuan yang anda tegur itu akan merasa bangga dan mulai tergila gilakan anda. Maaf kalau ayat aku sudah mula menimbulkan kepanasan di hati. Tidak bermaksud begitu. Mohon jangan tersalah faham lagi. 


'' Jual mahal sayang. Lagi mahal, lagi berharga. Lagi dihargai, lagi dijaga rapi ''

Jangan ingat orang 'like' itu bermaksud orang itu suka pada anda. Maaf. Di sini ada sedikit penipuan. Jujur aku cakap, aku suka melihat gambar gambar engkau di facebook. Aku sering kali membuka profil facebook engkau. Aku seperti suka akan keperibadianmu itu. Tapi ia tidak bermaksud bahawa hati ini telah mulai menimbulkan bait bait cinta kepada insan itu. Tidak (: Hanya ingin menghulurkan tangan tanda ingin memulakan suatu ikatan persahabatan sahaja. Sebab itu aku ingin menguji si dia. Ya, mungkin aku ni terlalu cerewet. Terlalu memilih rakan. Sifat cerewet dan terlalu memilih rakanlah yang sedang aku amalkan sekarang. Maaf jika tiada yang suka. Boleh pergi undurkan diri


'' Ya Allah, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk ''

Banyak lagi isi di hati yang ingin ku luahkan. Tapi, biarlah ia menjadi rahsia yang hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Aku tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Adakah betul mereka katakan bahawa semua itu gurauan? Atau adakah mereka nekad ingin menghentam aku lagi. Aku bukan tandingan mereka dan mereka bukan lawan aku. Aku tidak kuat ingin melawan laki laki seperti mereka. Sudah semestinya aku pasti akan kalah.


'' Sebelum berterima kasih kepada orang, berterima kasih dulu kepada Allah kerana kebaikan itu diberikan oleh Allah kepada kita melalui orang tersebut ''

Di sini, aku ikhlas ingin memohon kemaafan kepada kalian ke atas sikapku yang 'kerek', sikapku yang seperti berlagak, sikapku yang mungkin agak menyakitkan hati, sikapku yang mungkin tidak matang atau segala jenis sikap yang kalian tidak gemar. Mohon maaf dipinta. Diri ini tidak sempurna. Diri ini sedang berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik lagi kerana khuatir akan perkara lampau yang sangat pahit....... Terima kasih (:


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Smile is one of the easiest sunnah. Smile is one of da'wah

comel macam girl generation kan? terima kasih