THANK YOU ALLAH


'' Alhamdulillah for everything, as He indeed knows best '' 



FLASHBACK..

Bismillah...

19 Disember 2012. Tarikh bersejarah. Hari yang sangat bermakna. Hari yang paling mendebarkan. Debarnya tidak henti henti. Tidak henti henti memikirkan apa keputusan pmr yang bakal aku dapat. Ya Allah debarnya... Rasa takut.. Rasa sedih.. Macam macam rasa yang aku rasa.

Imbas Kembali...

Jam dua belas tengah hari lebih.. Mula lah rasa kecut perut. Air mata bertakung. Sedih. Sebak. Hiba.. Memang masa tu dalam hati cakap, tawakal je lah. Redha. Ikhlas (:


. . . . . .

Saat apabila cikgu memanggil nama nama pelajar yang dapat perfect score.. *dalam hati* ''Ya Allah.. kenapa ramai sangat yang dapat perfect score.. Masih cukup ke kuota untuk aku, peluang untuk aku dapat perfect score..'' Saat apabila cikgu memanggil pelajar cemerlang untuk kelas 3B.. *cakap kat anis* ''Anis.. nanti dah naik pentas cepat cepat turun tau.. jangan tinggalkan aku.. berulang kali. '' anis.. aku nak 8A untuk ibu aku je anis. untuk ibu aku sorang je.. anis.. ''

Saat apabila nama aku dipanggil.. ya Allah terkejut sangat.. Bersyukur sangat. Alhamdulillah.. Tapi rasa sedih sikit sebab ibu dengan ayah takde kat dalam dewan tu.. tak dapat tengok aku naik pentas. Hermm cedihh )': Tapi takpe lah. Allah kan ada (: Terima kasih ya Allah..




'' Aku tak pernah bermimpi untuk dapat 8A.. Benarlah janji Allah. Sesiapa yang berusaha dan bertawakal kepada Nya maka kejayaan pasti tercapai. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah (': ''



Lepas turun dari pentas je, Anis cakap ibu aku call. Ibu call guna phone dia. Arghh masa ibu tanya aku dapat berapa...... tiba tiba air mata ni mengalir.. ya Allah rasanyaa... lega sangat dapat cakap 8A. Dapat buat hati ibu lega.. Memang inilah yang ibu bapa nak sangat dari anak anak mereka. Keputusan yang cemerlang, berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat (':




Alhamdulillah atas kurniaan Mu ya Allah..

'' Semoga dengan kejayaan yang aku perolehi ini tidak melalaikan aku dari mengingati Mu dan meningkatkan keimananku terhadap Mu ya Rabbi.. ''


Terima kasih Allah. Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Terima kasih cikgu cikgu. Terima kasih, sayang. Terima kasih abang. Terima kasih kakak. Terima kasih sahabat sahabat ku sekalian. Terima kasih semua. Terima kasih sangat. Terima kasih yang amat (:

Insya'Allah dengan kejayaan yang aku perolehi ni, aku akan terus berusaha dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk masa hadapan. iyaaa. SPM.. SPM is waiting for me (: Bring it on ! come on ! yeahhhh !! hahahhahaa

133 orang pelajar yang dapat perfect score. Alhamdulillah (':
haa nengok. ghamai gilo owang yang nak hamek gambo kitorang yang pemesss ni. hikk. kahkahh :b


Alhamdulillah. Thank you for everything Ya Rabbi (':



THE END. BYE