Kuatkan

Ketenangan pada hari ini sangat meresap ke dalam jiwa. Lihat suasana sekeliling, indahnya kehidupan pabila sudah berkeluarga. Lagi indah bila dalam perhubungan, tiada sengketa selamanya. Tapi itu semua tidak mungkin. Kehidupan yang kita jalani ini akan sentiasa ada perasa. Pelbagai perasa, manis, pahit. Keretakan juga pasti ada. Jika kita kuat menempuhinya insyaAllah segalanya tidak sia sia.

Hidup manusia tiada yang sempurna. Walau hidup senang, pasti akan ada juga kesusahannya. Seperti aku dalam kesedihan, insyaAllah kemudian hari kebahagiaan yang akan aku kecapi. Aku menyakiti diri aku. Aku terlihat gambar dan komen dia. Sakitnya memang perit. Aku sedar aku langsung tidak punyai rupa. Tapi aku juga punyai perasaan.. mungkin salah aku kerana bersangka buruk. Berhenti menangis. Fikir positif. Aku percaya dia. Dia berkata dia hanya main main saja. Aku percaya. Duhai hati, percayakanlah dia selamanya.

Berhari membawa diri, hingga aku lupa akan kesihatan diri. Berhari cuma minum air sahaja. Makanan langsung tidak ku usik. Ibu ayah aku risau sampaikan ibu nak suapkan aku. Tapi aku enggan.. aku bukan menyeksa diri. Tapi sumpah, aku langsung tiada selera mahu makan. Tak menafikan, memang perut aku kelaparan, berbunyi. Tapi sumpah.. aku tidak lalu untuk makan.. aku hanya mahu dia..

Usaha aku untuk kali ini, haraplah berakhir dengan kesyukuran. Lambat laun, isi hati yang tersirat mesti diluahkan juga. Jujur, aku belum bersedia untuk melalui semua ini. Tidak sesekali pernah untuk bersedia.. aku takut aku tidak dapat menerima. Aku takut akan takdirMu yang menyimpang dari impianku.. namun, aku harus juga kuatkan semangat aku. Kuatkan hati aku.. aku harus reda. Aku harus menerima dengan ikhlas akan ketentuanMu.

Andai semua ini benar berakhir, akan aku memaksa diri menjauhi dia. Aku takut kehadiran aku di bumi ini akan membuat dia membenci aku.. andai benar, itu pengorbanan yang akan aku lakukan. Menerima segala keputusannya. Melihat dia bahagia dari jauh. Moga dia dapat melupakan aku untuk dia menjalani hidup yang lebih sempurna. Semestinya, bukan mudah untuk aku melakukan semua itu. Jadi, aku perlu mengumpul kekuatan ku dari sekarang..

Semoga segala yang akan berakhir tidak akan terjadi. Pertahankanlah hubungan ini. Doa aku selama ini, pertahankan hubungan kami hingga kami bersatu, hingga akhir nafas. Tidak aku rela berdoa sepertinya, jika benar dia jodoh aku, Kau kuatkanlah perasaan sayang aku terhadap dia dan jika bukan, Kau buangkanlah perasaan sayang aku terhadap dia. Maafkan hambaMu kerana aku cuba untuk mengubah takdirMu. Akan aku bersedia untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku mulai saat ini..

No comments: