Berkhayal

Aku fikir mahu bawa diri lagi jauh. Aku seperti terasa diberi harapan lagi. Tapi itu hanya kata hati untuk menyedapkan hati. Tidak mungkin akan ada harapan. Semua telah terlambat. Aku akur, pulang ke johor. Ikut ibu pulang ke kampung.

Sampai saja, suasana kampung hambar. Aku sama ibu, keluarga pertama yang pulang. Bantu sedikit urus segala bahan untuk dimasak. Itu semua untuk kenduri tahlil ahli keluarga yang telah menjadi arwah. Al Fatihah. Makin rancak suasana pabila keluarga yang lain berturutan pulang. Semakin seronok aku dibuatnya kerana ada mereka. Walau hanya ada empat kakak saudara yang pulang, sudah memadai untuk aku bermanja mengada. Hilang sunyi tidak aku menyepi lagi.

Saat sedang rewang bersama kaum hawa. Ada saja ceritanya. Lagi satu biasalah, tiap kali ada kenduri pasti ada saja saudara lain membawa calon menantu atau calon ahli keluarga baru. Itu tradisi keluarga ini membawa calon berkenalan sama keluarga sambil saling mengenali. Mula lah pelbagai soalan di tanya mereka pada calon itu. Tergelak aku melihatnya. Aku terbayang saat dia disoal mereka. Pasti ditanya, 'orang mana' 'kerja apa' 'tinggal kat mana' serta bermacam lagi. Bayangan aku terhenti. Dia itu hanya khayalan. Wahai hati sedarkan diri aku.

Tiap tahun pasti ada saudara yang mendirikan rumah tangga. Tahun ini ada seorang. Aku bertanya, tahun depan pula giliran siapa. Semua ibu saudara dan saudara yang lain menjawab 'giliran mira lah. Lepas spm mesti terus kahwin ni'. Itu jawapan kebiasaan aku dengar. Kebiasaannya aku membalas, lapan tahun lagi. Tapi kini terdiam sebentar lantas menjawab, mira lama lagi nak kahwin. Bermacam perkara dibualkan. Kami sudah dewasa jadi turut sama mendengar cerita para ibu. Mendengar kisah saat saat mereka masih bergelar pengantin baru. Mendengar cerita sikap kerjasama antara suami isteri. Saat sedang lalui susah payah bersama. Bermacam. Aku menjadi sayu. Segalanya aku terbayang dia. Dia di dalam dunia khayalan ku. Tidak tertahan, aku undur diri untuk beradu.

Beradu apanya. Dusta. Aku jadi lemah. Apa aku telah lalui aku rahsiakan dari keluarga. Berulang mendengar lagu mendua, astrid. Ombak rindu, adira hafiz. Tentang rasa, astrid. Ku ukir indah namamu. Setiap baris lirik lagu itu, mendalam maknanya. Aku tewas tika mahu perkuatkan hati. Aku ingin cari siapa. Hanya dia yang aku ingin. 'You can always have me'.. saat aku akur pada kata hati, tidak lama kemudian aku tersedar. Mana mungkin aku cari dia. Dia sudah berpunya. Aku tidak boleh. Aku cuma tidak sanggup..

Kenapa aku ini. Buku cinta sudah tertutup rapi tapi kenapa masih berkhayal seolah dia aku yang punya. Apa kerana dia cinta pertama jadi aku susah untuk melupakan? Iya. Tertanya juga aku mengapa cepat benar dia sudah punya pengganti. Aku seksa hati ini. Sudah. Siapa aku untuk bertanya soalan seperti itu. Sedar diri Fatin Amira. Cinta lama tidak mungkin kembali kedakapan. Kata engkau benar ikhlas akan ini semua. Engkau korban cinta engkau demi kebahagiaan dia. Tapi kenapa sekarang engkau berdusta? Engkau benar pendusta. Engkau benar hipokrit pada dunia. Ikhlas kan hati engkau.

Pernah aku bayangkan. Angan aku. Keputusan spm aku cemerlang, 9A&. Ibu ayah bangga akan diri aku cium peluk aku seeratnya. Dari jauh aku lihat ada dia berdiri depan mata sambil bawa sejambang mawar merah. Dia senyum padaku. Senyumannya yang terindah buatku. Aku dengar dia bicara 'congratulations sayang. I bangga dengan isteri i'. Kerana angan itu aku usaha sedaya upaya merealisasikannya. Tapi salah satu angan sudah terpadam. Satu lagi angan seolah sudah tenggelam. Rupanya aku masih berada dalam dunia khayalan percintaan aku dan dia. Aku fikir dia semakin kabur dalam hidupku. Tapi hakikat sebenar, dia semakin jelas kelihatan. Kenapa hanya dia yang ligat bermain difikiranku. ya Allah aku benar tidak tersanggup lalui ini semua..

Bagaimana cara perlu aku hapus dia dari hidupku. Buang segala memori bersama dia saja aku tidak sanggup apatah lagi buang dia dari ingatan.. aku perlu usaha berkali ganda lagi untuk hadapi ini semua. Aku kuat dan perlu tabah. Dia tidak akan pernah kembali bersama aku. Aku harus terima hakikat itu. Aku harus terima walau hati tidak rela. Ikhlaskan hati aku. Seikhlasnya.. tolonglah Fatin Amira.. ikhlaskan hatimu.

No comments: