Abang

Berdebar jantung ini saat aku melangkah masuk ke dalam dorm. Masuk saja, aku melihat gambarnya di katilku. Saat mahu membuka loker, aku melihat dia lagi. Saat ingin mengemas buku, sekali lagi, aku melihat dia. Segalanya di dalam dorm ini, dia. Merata ada dia. Aku disambut masuk ke dalam dorm dengan panggilan 'welcome home mrs nashrek'. Sayu hatiku (:

Sepanjang mengemas barang, air mataku mengalir. Banyak sangat aura dia di sini yang aku wujudkan. Banyaknya tidak terkata.. hampir setiap tempat aku hadirkan dia. Aku senyum. Aku perlu kuat. Takdir aku sekarang ini bukan bersamanya. Aku tanam hasrat, mahu belajar bersungguh hingga dapat keputusan yang bagus demi dia dan kedua orang tua.

Aku mula lakar senyuman seikhlasnya. Bercerita bersama sahabat sahabat ku. Gelak tawa, suka ria. Mereka rupanya rancang sesuatu untuk aku rasa gembira. Mereka bilang mereka siap buat group whatsapp lagi untuk berkongsi idea membahagiakan aku. Aku terharu pabila mereka semua merancang untuk keluar bersamaku supaya aku lupa akan semua perkara buat sejenak. Tapi aku tidak dapat sertai mereka kerana aku tiada. Aku sangat terharu dan mohon maaf.. usaha kalian aku amat hargai. Mereka tidak sanggup lihat aku begini tapi mereka sangat mengenali aku. Mereka tahu aku tidak akan pernah move one kerana mereka tahu aku sangat setia pada yang satu. Selama ini aku selalu bercerita akan dia terhadap mereka. Sering bicara soal kahwin dan kehidupan selepas berkahwin dengannya. Mereka sentiasa dengar dan mengAminkan impian aku itu. Sememangnya mereka pendengar yang setia. Sahabat yang selalu ada tidak kira senang mahupun susah.

Sedang aku sibuk menyiapkan tugasan, tiba tiba abang mahu bicara denganku. Aku bicara juga dengannya. Abang berkata, mesti aku sudah okay dengan dia. Aku tergelak. Abang silap.. segalanya sudah berubah. Abang terkejut dan dia tidak menyangka. Banyak dibicarakan. Hati aku sayu mendengarnya.. dia bagi semangat lagi dan nasihat. Dia kata, kalau benar sayang, jangan pernah putus asa. Itu yang aku sedang lakukan abang.. tapi dia sedang bahagia dan aku tidak mahu mencampuri. Biar aku tunggu dia selama mana. Aku usaha juga. Tapi dalam diam. Doa juga satu usaha. Sedih hati ini.. aku bertanya pada abang, tidak salahkan kalau kita biarkan orang yang kita sayang itu bahagia dengan orang yang dia sayang. Abang cakap tidak tapi sampai bila..

Mungkin untuk selamanya. Tiada siapa yang menghalang aku untuk berterusan begini. Malah mereka menyokong aku dan memberikan kata kata semangat. Mereka hormati aku kerana aku sangat sabar dan tabah mengharungi ini semua. Sememangnya aku mungkin telah hancur jika tiada kalian dan jika tiada dia dalam bayangan.

Aku mahu dia bahagia. Aku tetap akan tunggu dia walau dia bahagia bersama orang lain. Itu adalah aku. Tekad dengan keputusanku.

Selamat berbahagia.

No comments: