Hanya

Dalam keheningan malam, aku seolah rasa bahagia. Aku seolah terasa ada bersamanya. Walau hakikat dia telah tiada, selamanya tetap aku akan rasa dia sentiasa di sisi. Itu kerana mungkin dari dulu aku telah terbiasa membayangkan itu semua. Khayalanku seolah realiti. Kerana itu aku selalu percaya padanya. Percaya aku, kesetiaan aku juga sepenuhnya terhadapnya.

Tapi secara tiba, hati aku sekali lagi terasa hancur. Aku ditegah dia untuk bicara soalnya di mana mana laman sosial. Sesak nafasku saat itu. Benar terkejut.. bagaimana jua, aku harus turuti.. aku sudah berjanji pada diri. Walau apa pun, dia masih lagi terpenting. Kebahagiaan dia keutamaanku. Itu kerana aku masih cinta dia. Mungkin untuk selamanya. Saat dulu aku yakin percaya, hati aku hanya dimiliki dia seorang. Aku tidak terdaya mengubahnya. Aku cuba, tapi tetap tidak bisa.

Sedang teresak esak menahan keperitan, ada sahabat lama hubungi aku. Saat tepat diwaktu aku perlu peneman. Aku mengawal nada, bicara nada bahagia. Dia seolah kenal benar akan diri aku. Dia suruh aku tidak menjadi hipokrit dengannya. Dia bertegas suruh aku meluah. Tidak terdaya. Aku terluah dengan air mata.. dia mendengar tiap tangisan aku hingga dia juga turut menangis. Aku sangat hiba.. rupanya aku punyai sahabat sejati yang benar merasai apa yang ku rasa. Dia jujur padaku. Dia tidak sanggup lihat aku begini. Menyiksa diri. Memaksa hati menerima semua. Dia tidak tertega melihat aku suka berkhayalan pada insan yang aku lihat hanya dari bayangan. Tergamam aku mendengar itu semua..

Apa benar katanya perbuatan aku ini seolah aku masih mengharap akan si dia. Salah aku kah kerana telah meletakkan harapan tinggi akan hubungan itu. Aku lakukan itu kerana aku fikir keyakinan untuk menjadi halal satu hari nanti adalah benar. Aku buat segala seperti yang diinginkannya. Apa kerana dia merasa kebosanan bersamaku atau kerana aku bukan jelitawan.. tapi aku benar usaha lakukan apa sahaja untuk kebahagiaannya.

Aku tidak mengganggu mereka. Kadang aku serba salah kerana masih mencintai dia yang sudah dimiliki orang. Tapi cinta ini mahu terusan bernafas. Salahkah aku mencintai dia dalam diam.. aku tidak teniat mahu meruntuhkan apa yang telah baru dia bina. Aku tidak mahu menjadi orang ketiga atau punca keretakkan. Mungkin aku tidak bisa memiliki dia lagi tapi izinkan aku untuk berterusan hidup bersama bayangan dia. Hanya dia kekuatan yang aku ada..

Maafkan aku kerana aku telah terlemah buat seketika..

No comments: