Hanyut

Diri ini perlu tepukan gemuruh dari ramai orang. Aku rasa aku pelakon terhebat. Ada sesiapa mahu sponser aku pingat atau piala? Aku mahu rasa bangga akan diri ini. Berjaya membutakan mata ramai orang. Tiap hari lakar senyuman pada mereka yang memandang. Gelak tawa, riang ria seperti diri ini rasa tersangat bahagia.

Malam ini aku mahu menangis sekuat hati. Tiada siapakah yang sudi hulur bahu? Haha tidak mungkin ada yang sudi. Banyak air mata aku telankan. Berhari aku cuba menahan tapi kini kuantitinya di tahap maksima. Tidak bisa aku tampung lagi lalu mengalir deras semua. Teresak esak aku membalasnya. Aku cuba menyedapkan hati dia. Sumbang segala idea. Beri nasihat berdasarkan pengalaman. Ada siapa mahu rasa apa yang aku rasa saat itu? Mahu diam membisu tapi aku tidak sanggup lihat dia begitu. Aku perlu lakukan sesuatu untuk lihat dia tersenyum bahagia.

Pedih hati ini membaca perasaan sayang dia pada kasih barunya. Pedih hati aku siapa mahu ubati? Siapa lagi kalau bukan diri sendiri. Untung kekasihnya dapat dia yang berlembut hati, sabar melayan kerenahnya. Aku ini untung apa? Untung dapat meluang masa bersama dia walau sebagai penasihat dia. Dapat juga aku rasa nikmat gembira yang sebetulnya walau waktunya cuma singkat. Sedaya upaya aku kuatkan hati ini. Peritnya memang tidak terkata. Bicara soal hubungan dia.. paling terguris bila dia tersalah hantar pesanan. Saat itu apa yang bertakung mengalir dengan deras. Tapi aku kuatkan juga diri. Tetap setia melayan dia. Hebatkan aku.

Aku perlu hentikan ini semua. Kenapa aku masih saja ingin menjaga hati dia. Kenapa aku masih kisahkan perasaan dia. Dan kenapa hati dan perasaan ini aku letak ketepi. Engkau dah korbankan cinta engkau dan kini engkau mahu korbankan hati dan perasaan engkau? Akal engkau dimana letaknya hingga engkau abaikan diri engkau sendiri. Apa kerana dia masih lagi yang terpenting dalam hidup engkau, engkau sanggup lakukan ini semua? Iya. Jawapan aku untuk soalan dia itu tidak benar. Aku mahu tapi aku takut aku akan menyakiti dan mengecewakan dia lagi. Aku tidak sanggup lihat dia dilukai.

Aku fikir malam ini dia hanya mahu bicara soal aku dan mahu menjaga perasaan aku. Tapi rupanya ada perkara lagi penting dari itu. Dia benar hanyut dalam percintaannya. Cinta aku terhadapnya dulu pasti sudah terbang ditiup angin. Hilang begitu saja dan terus dilupakan. Aku sudah penat berfikiran positif. Malam ini segala unsur negatif semua menyerap ke diriku.

Pejam mata, tarik nafas sedalamnya. Hentikan esakan. Hentikan air mata. Jangan hanyutkan pula diri ku kedalam keperitan ini. Aku kan tersangat kuat kenapa secara tiba aku lemah semula. Sudah diikhlaskan hati tapi kenapa masih saja sukar menerima, melalui ini semua. Ini kerana aku tersangat sayang akan dia. Aku cinta dia aku cuba buang tapi payah. Cari lelaki lain pun tiada guna sebab aku hanya terbiasa bersama dia. ya Allah sampai bila aku akan berterusan begini. Sampai bila derita ini mendera aku. Aku takut kalau iman aku lesap sekali lagi. Ampun kan aku ya Allah..

No comments: