Izinkan

Guruh, kilat, hujan. Apakah dia dengar itu semua? Kami berdekatan. Tapi kenapa terasa jurangnya terlalu jauh antara kami. Hujan ini mengingatkan aku saat aku dan dia bersama meredah hujan. Buat aku terasa sangat rindu akan dirinya. Benar rindu.. izinkan aku mengimbas memori lama. Aku rasa aku tidak dapat ubah pendirian ini kerana selamanya pasti hanya dia saja di hati. Semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin kuat segala memori bersama dia dalam ingatan aku. Satu persatu aku ingat, aku hayati saat saat indah itu.

Sedar tidak, rupanya lagi dua minggu saja bulan ramadhan akan tiba. Bermulanya untuk umat Islam berpuasa selama sebulan. Tidak terjangka secepat ini masa berlalu. Terasa baru semalam dia bersamaku, saling melafaz rasa cinta. Aku rindu saat saat itu.. pertama kali pada tahun 2011, kami sering IM di facebook. Kadang cuma hanya mahu mengucap kata, selamat berbuka puasa. Aku gelar dia merpati..

Tidak lama, kami terpisah. Aku bersama orang lain. Begitu juga dia. Kemudian, takdir menemukan kami semula. Menyatukan aku dan dia. Hati kami menjadi satu. Saat paling bahagia buat aku. Ada dia sebagai kekasih. Aku gelar dia suami. Permulaan saja sudah dilanda ombak besar. Aku luah segala, jujur semua pada dia. Dia terima aku seadanya. Aku juga terima dia seadanya. Aku mula sayangkan dia yang teramat. Mula mencintai dia setulusnya. Apa pun aku sanggup lakukan untuk menjaga hatinya. Perbagai kesakitan tapi aku perlahan tahan. Sayang aku kepadanya lagi kuat berbanding sakit yang ku rasa. Aku mula cipta angan bersamanya. Masa itu impian kami serupa. Bina mahligai cinta, halal bersatu, tempuhi hidup bersama selamanya. Itu indah kerana dia adalah segalanya.

Kad pertama yang aku beri padanya adalah kad hari jadi. Kad pertama buat dia, 14 disember 2012. Aku memberi ucapan padanya melalui voice record. Dua tahun aku lakukan itu. Aku mahu dia dengar dan ingat suara aku. Aku lakukan itu kerana aku mahu satu hari nanti bila kami bersama, aku akan membuat kek hari jadi untuknya hasil dari air tangan aku dan mahu menyanyikan lagu selamat ulang tahun kelahiran di hadapannya. Angan aku.. aku mahu tiap tahun lakukan itu.. tapi sayang, aku cuma sempat lakukan hanya sebanyak dua kali. Kad hari jadinya untuk 14 disember 2013 juga tidak kesampaian.. harapan lapan tahun lagi semuanya musnah.

Pelbagai cara aku telah lakukan untuk dia agar dia sentiasa ingat aku. Aku lakukan itu semua juga kerana aku ikhlas. Benar sayang dia. Tidak pernah pun aku terasa terbeban membuat kad atau apa saja untuk dia. Tidak pernah pun aku merasa bosan bila aku bersamanya.. kini aku cuma dapat sayang dia melalui bayangan ku. Aku punya dia cuma hanya dalam dunia khayalan ku. Maafkan aku yang selamanya tidak akan pernah berhenti sayangkan dia. Aku cuma terbiasa bersamanya. Selama ini, hanya dia harapan dan semangat aku. Aku buat segala hanya untuk dia seorang. Itu kerana bagiku, hanya aku cinta dia seorang.

Ampun.

No comments: