Perit

Sekali lagi, aku mulakan semuanya. Tidak puas berkongsi kasih, kini bersengketa semula. Orang ketiga punca segala. Sedang aku bersedih akan pemergian orang ketiga, si dia menyalah anggap aku berkasih pada orang ketiga. Mana mungkin. Waktu ini aku sedang sakit, terlepas segalanya. Suhu badan naik, aku perlukan dia. Aku tidak berniat. Bukan itu yang aku maksudkan. Apa yang aku kata itu semua amarah.

Mohon, aku tidak mahu ini berlaku. Mohon, aku mahu dia. Tidak tertanggung rasa perit ini. Ketiadaan dia, aku berduka. Maafkan aku kerana melukaimu. Sungguh, hanya dia di hati aku. Jangan cari yang lain. Dia masih ada dalam hati aku. Sentiasa ada. Aku pula ada, dalam pelukannya.

Masa dibazirkan dengan persengketaan. Masa itu akan pergi. Dia juga akan pergi semula nanti. Kemudian, tinggal aku seorang diri di sini. Menanti dia saban hari. Tanpa henti. Hati tidak akan dapat menahan rindu. Tidak tertahan menyimpan kasih untuknya.

Kasih hati, khilaf aku. Terima maaf aku. Maaf ikhlas dari aku. Aku sayang dia. Aku salah kerana tidak menjaga hatinya. Hati dia terluka, aku makin tikam dalam hati dia. Bodohnya aku kerana tidak henti membunuh hatinya. Aku hentikan. Tersedar dari amarah. Aku ingin mengubati. Menyembuhkannya dengan kasih dari aku.

Aku sayang dia

No comments: