Woebegone


'I pinky promise I will love you forever'


Satu tahun, lima bulan, tiga minggu, empat hari. Tolak gaduh, tolak kesibukan masing masing, tolak satu dua minggu tak bercontact, tolak macam macam lagi. Rasanya setahun tu dapat digapai ke.. lagi tiga hari, monthsary buat kali ke 18 bulan. Rasa takut.. apa pula dugaan yang mendatang pada waktu tu nanti.. moga tiada.

Semalam hari terakhir dia exam. Sebelum ni, hentah kenapa waktu itu lah yang aku tunggu dari dulu. Tapi sekarang, apa yang aku rasa seperti kosong. Paling kurang pun aku harap aku akan rasa gembira tapi tetap, tiada rasa apa. 


Dalam satu hari, aku call dia dua kali. Itu pun aku fikir dua tiga kali samada nak call dia atau tidak. Bukannya apa, aku cuma takut akan mengganggu dia. Tidak mahu bersikap pentingkan diri sendiri. Sebelum ni, call tiga empat kali dalam sehari pun aku tak pernah teragak. Pantang dapat seposen, mesti tangan ni laju je masukkan duit syiling kat public phone dail nombor telefon dia. Seminit tu hanya untuk berkata 'i love you' pada dia. Tapi sekarang bila call, rasanya tak sampai seminit. Lebih banyak berdiam diri dari berkata kata. Niat di hati memang banyak perkara hendak dikongsi. Tapi hentah mengapa, mulut berat untuk berkata. Diam seribu bahasa. Menahan kesedihan semampu yang boleh. Di balik suaraku ada permata sebenarnya.

Rabu, telefon dia kerana aku rindu. Mahu bicara dengannya kerana aku rindu. Aku menanti rindumu. Menanti kata sayangmu. Salah aku kerana menanti. Membuatku menangis di sebalik selimut, waktu hujan turun tanpa henti seperti hati aku. Aku ketagih kata sayang dari dia. Aku telefon buat kali kedua. Aku bertanya, dia jawab mestilah. Sepatutnya aku bahagia. Tapi mengapa hati aku tetap rasa kosong. Aku takut..

Setelah tiga minggu, akhirnya aku pulang. Bahagia, menghilangkan rindu pada keluarga. Aku pulang mencari dia. Dia kata dia rindu aku. Tapi aku kecewa kerana itu bukan dia. Hati aku semakin layu. Aku lihat pemberiaan cinta dia. Aku mengingati kisah kami. Lagu, blog, gambar, email and everything aku lihat, aku dengar, aku baca semula. Aku ingin mengekalkan rasa kasih aku padanya. Kuatkan hati aku untuk menegur dia. Kerana aku rindu dia.

Walau dia tidak seperti dulu, aku mesti yakinkan diri aku bahawa dia tetap orang yang sama. Dia lelaki yang aku cinta dari dulu hingga sekarang. Mungkin aku tidak dicintainya lagi. Aku terima. Biar ikhlas, bukan terpaksa.

My best friend, hubby. Deep, deep, deep in my heart, you're still my hero and I love you