Masih Bersama


'honest hearts produce honest actions'


Perlahan lahan aku mendekati dia. Dengan perlahan aku kembali ke dakapan dia. Sukar untuk aku melakukannya kerana ia seolah asing pada aku. Aku belum cukup berani untuk bermanja dengannya semula. Belum cukup ringan mulut ini untuk mengadu banyak perkara kepadanya. Belum cukup kuat untuk bermain kata cinta bersamanya. Dulu ia rutin. Kemudian, menjadi kadang. Dan sekarang, aku tidak mahu ia menjadi, langsung tiada.

Sudah berapa lama tidak dilafazkan tiga perkataan itu. Berdebar hati aku bila dia melafazkan itu. Iye, aku rasa lega. Hati aku kembali mekar. Masih ada dia dalam dirinya. Masih ada harapan lagi. Kerana aku masih dalam hatinya. Mungkin aku tidak seistimewa dulu. Tapi syukur, aku masih bersama dia.

Dulu iye, tiap masa bersama. Kemudian dia beralih ke fasa seterusnya. Payah untuk aku terima. Payah untuk aku melaluinya. Apa yang menguatkan aku, janji janji dia. Aku pegang kata dia. Aku ingat hasrat dia. My Dream With You.

Biar banyak kenangan manis yang boleh aku kenang. Supaya aku tidak mudah melupakan cinta ini. Walau dia tiada selama mana, sekurangnya masih ada kenangan bersama sebagai penguat. Kata kata semangat kadang sudah cukup untuk buat aku terus kekal bertahan. Bukan kata kata kasar yang membuat hati patah, retak sejuta. Bicara lembut, akan aku turuti. Bicara kasar, akan aku menjauh. Kerana apa. Kerana aku telah menyakitinya. Aku terlalu berani menaikkan darah dia. Aku, pentingkan diri sendiri.

Aku akui, banyak perbuatan terasa janggal. Salah siapa jadi begini. Bukan siapa siapa. Ini kerana fasa, situasi, masa yang sering kali merenggangkan kami. Aku pilih untuk dicepatkan masa dari diundurkan masa. Biar cepat disatukan. Supaya aku boleh membahagiakan dia. Pada masa yang sama aku akan dibahagiakan dia. Bila waktu itu akan tiba. Bila aku dan dia sentiasa kuat, susah dan senang lalui bersama.

"... what really matters is that he will love you, that he will respect you,
that he will be absolutely true to you, that he will give you the freedom of
expression and let you fly in the development of your own talents. 
He is not going to be perfect, but if he is kind and thoughtful, if he knows
how to work and earn a living, if he is honest and full of faith, the chances are
you will not go wrong, that you will be immensely happy..."
-Gordon B. Hinckley-



Dan sekarang, walau apa jua kesakitan yang akan saya rasa, saya tidak akan pernah menyesal menyayangi awak. Buat selamanya