Tanda Tanya


Barang hilang, orang beli baru
Orang hilang, tak semua ganti baru


Sudah berapa lama hubungan ini terhenti. Terhenti atau masih berterusan. Adakah hati aku dan dia masih bersatu lagi. Persoalan dalam hati, masih sayangkah dia pada aku.

Aku tahu. Aku mengerti apa yang kau lakukan di sana. Semuanya aku tahu, mengerti. Hari demi hari aku cuba kekalkan persaan ini. Semakin lama dia semakin kabur dalam pandangan. Dia semakin menghilang. Suara dia, jelas mengatakan semuanya. Aku berhenti melihat dia. Aku berhenti mendengar dia. Berhenti memikirkan dia, seandainya aku boleh..

Tiap hari mendengar kisah percintaan sahabat lain. Hati berhujanan. Hanya senyum, riak wajah ceria. 'Seronoknya kau, untunglah (': ' Hati aku menjadi lebat. Sahabat aku, semoga kau kekal bersama pasangan kau. Kau akan kekal bahagia hingga akhirnya. Aku tahu. Sebab kau ada segalanya.

Bila duduk bercerita mengenai pasangan, hati aku sayu. Hati aku layu. Aku terbayangkan dia. Mata aku penuh permata. Sahabat lain main peranan. Mengingatkan aku 'dia sibuk belajar kat sana' 'dia bukan taknak layan kau, dia sibuk' 'dia buat tu semua sebab kau, untuk kesenangan kau' 'jangan nangis, dia sayang kau'. Permata itu aku simpan. Aku tahan

Dalam fikiran penuh tanda tanya. Mahu bertanya, tapi takut akan kebenarannya.

Salam kasih