Noktahnya

Assalamualaikum. Lama sudah blog ini dibiarkan. Bukan sengaja, cuma faktor kekangan masa dan juga keikhlasan nak meluah tu kadang tiada. Jangan kecil hati bebybloggie. Your mommy ada ni. Hendak meluah isi hati yang berbaki.

Kebelakangan ini, hidup memang sentiasa sibuk. Kadang sibuk dengan pelajaran, kadang sibuk dengan urusan asrama. Paling sibuk dengan urusan hati. Urusan untuk memulihkan hati serta mencantum serpihan hati dengan perlahan. Mula melangkah ke dunia luar dengan lebih jauh. Mula mengenali serta menghulur tangan tanda persahabatan pada semua. Sebelum ini, hendak menyapa pun kadang tak berminat. Mahu keluar bersama rakan rakan pun kadang rasa tidak penting. Itu dulu, sewaktu masih terikat dengan dia. Semuanya dijaga, sikit pun tidak mahu menyakiti hatinya. Kadang tidak sengaja, aku menyakitinya. Maaflah.. itu semua dulu aku lakukan bukan kerana terpaksa. Tapi kerana aku sayang dan menghormati dirinya sebagai seorang suami.

Ingin aku teruskan dengan cara itu. Tapi ada sahabat lain menegur, sampai bila aku mahu kurung diri dalam dunia sendiri. Sampai bila aku harus berpura yang aku ini masih milik dia. Lama kelamaan, aku akur. Cuba untuk mencari kebahagiaan buat diri sendiri. Bahagia diri sebagai sahabat. Satu hari nanti aku akan bahagia sebagai isteri.

Sekarang ini aku tiada masa untuk mencari pengganti. Malah hendak bercinta lagi pun rasa hati sudah tawar. Jika ada, pasti sukar. Masih ada dia di tempat yang sama dalam hati ini. Jangan ditanya kenapa. Payah untuk aku menjawabnya. Kalau benar ingin tahu, sini masuk dalam hati aku. Cuba rasa, cuba lihat semua. Dia masih ada lagi di merata.

Ramai sahabat menyuruh aku melupakannya. Ada yang suruh aku mencabut segala memori yang berkaitan dengannya yang aku wujudkan di rumah kedua. Tidak. Dia masih lagi yang tersayang. Aku tahu dia memang tidak akan kembali padaku. Tapi tolong, jangan paksa aku lupakannya. Aku sayang dia. Dan tidak akan pernah berhenti menyayangi dia.

Terlalu sayang hingga aku sanggup merelakan. Mendoakan dia bahagia bersama orang yang dia sayang. Kadang perit. Kerana aku bukan orang yang dia sayang.. pedulinya aku terhadap dia hingga sanggup berterus terang. Aku sangat menyayangi persahabatan kami ini. Sebak aku.. kenapa pabila terputusnya percintaan, ikatan persahabatan juga perlu diputuskan. Aku sangat peduli akan dirinya. Aku sentiasa mahu dia gembira dan bila dia sakit, aku mahu mengubati. Tapi itu semua hanya angan.. aku cuba. Dan sekali lagi, telah gagal.

"Tulis satu nama yang kamu rindukan saat ini" aku tulis nama dia. Dan dia tulis nama.. antara saat paling hancur. Rupanya aku ini masih menaruh harapan lagi ke. Janganlah.. dia terlalu sayang pada kekasihnya. Tahan diri, jangan mengganggu. Banyak lagi cara untuk aku meluah rasa sayang pada dia. Salah satu, mendoakan kebahagiaan dia..

Teman meluah, abang juga telah melalui situasi yang sama. Cuma beza, dia lelaki dan aku perempuan. Sama sama rasa sakit. Sama sama hancur. Rupanya hati lelaki juga mudah hancur. Mungkin bezanya, lelaki kuat. Tapi dalam kekuatan, ada juga kelemahannya. Hingga sampai satu tahap, kau dah taktahu nak buat apa lagi. Semua jadi berantakan. Jadi tak tentu hala. Ini semua kerana terlalu sayang. Ada yang benar benar menyayangi dan mencintai, kenapa perlu pergi untuk orang ketiga. Apa kerana kau percaya yang ketiga tu lagi menyayangi kau. Dalam hidup ni kadang tak boleh nak demand sangat. Apa yang kau ada, tolong jaga. Cuba hargai, belai dengan kasih sayang. Nanti satu hari, tak mustahil kau akan rasa benda sama yang dia rasa sekarang ni. Hidup ni berputar. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.

Susah kadang nak menoktahkan semua. Dia sayang kau. Kau sayang orang lain. Payah kan. Kenapa perkara yang sama terjadi pada semua. Boleh dikatakan, kebanyakan orang telah rasa peritnya cinta. Dah tahu perit, kenapa kau ulang lagi silap yang sama. Cubalah kau duduk diam. Kau pejam mata. Kau imbas balik satu demi satu memori lama. Saat saat bahagia. Cubalah hargai apa yang pernah kau ada selama ni. Dan sampai satu masa bila kau dah takde rasa apa, itulah noktahnya.

Bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma pasti aku akan lagi bahagia jika saat ini aku masih bersamanya. Malam, dunia.

No comments: