Kan sayang

Sudah lama menahan. Banyak kali juga ingin jujur, mengeluarkan semua. Tapi aku masih kuat. Masih kuat menahan segala kesedihan. Tapi tidak malam ini. Dengan tidak sengaja, air mata secara tiba mengalir. Semakin lama semakin deras. Sesak dada ini. Menarik nafas dengan perlahan. Mahu hentikan air mata. Tapi tetap berterusan mengalir. Satu persatu, semua terbayang dalam ingatan.

Perkenalan, bergurau senda, bermanja. Saling mengenali, kenal dengan lebih mendalam. Pelbagai janji dicipta, saling berjanji. Mula lakar kehidupan bersama untuk masa mendatang. Impian dan angan menjadi satu. Segala masalah dikongsi. Masa terluang, diisi bersama. Kerja banyak, kadang dibantu. Jiwa resah, diubati dan diambil hati. Sedang marah atau merajuk, dipujuk dan dibelai. Bermain cinta, dibalasnya juga cinta. Buat salah, ditegur dan dimaafi. Bila rindu, akan sentiasa ada. Sibuk kerja, mengerti dan menunggu. Aku menunggu, dengan setia menunggu kerana mahukan dia. Persalahfahaman berlaku, sukar untuk terima dan percaya. Berkali cuba meyakinkan, keyakinan semakin tipis. Tidak berhenti usaha, terusan mengambil hati. Lama kelamaan, kian ditolak ketepi. Aku menanti, dia sudah punya pengganti aku. Tidak lama, aku telah mati.

Peritnya, aku dapat rasa lagi. Kesakitan yang dipendam, buatkan hati aku berdarah tidak berhenti. Baru sahaja mencantum dan diubati. Tapi lihat sekarang. Telah menjadi serpihan sekali lagi. Terlalu sayang, lama kelamaan aku lupa. Kerana sayang, aku fikir yang bahagia. Dia sayangkan, terkejarkan perempuan lain. Hancur. Tapi aku simpan. Kan sayang. Itu pengorbanan. Aku menjauh. Tapi kini dia ditinggalkan. Aku seolah cuba mendekati. Mendekati dan aku sendiri tersakiti. Segala cara yang pernah aku lakukan untuk dia, dilakukannya pada orang lain. Cara aku untuknya, digunakan pada orang lain. Itu benar sakit. Seolah aku ini, selamanya bukan siapa siapa. Tapi aku senyap. Kan sayang. Aku senyumkan. Semangat untuk dia.

Ramai berkata, tabahnya aku. Kekuatan aku dipersoalkan mereka. Kenapa aku begitu kuat. Kuat memberi semangat padanya. Semangat buatnya untuk terusan usaha kejarkan perempuan lain. Kali ini perempuan mana pula, aku sendiri tidak ketahuan. Kadang beri kata kata kekuatan. Terus kuat dan tabah. Aku ada, tapi dia tidak mencari. Lama lama, aku sakiti diri sendiri. Terlalu berharap. Diri sendiri yang kecewa. Kan sayang. Sembunyikan sayang itu. Kan dia lagi bahagia. Berbulan dia tanpa aku. Apa yang dia rasa? Aku rasa rindu.

Tiada guna aku berharap jika cinta sudah mati. Hakikatnya hati mati atau aku yang telah mati? Sayangi diri baru sayangi orang lain. Aku sedang berusaha ke arah itu. Saat ini aku lemah. Tiada diakah yang ingin beri kata semangat? Aku tidak terdaya ni. Tapi apa dia peduli. Peduli dia pada orang lain. Kan sayang. Jangan bersedih jika dia tiada di saat kita sangat perlukan dia.

Hati hancur berderai. Dunia terasa seperti tidak bermakna. Apa yang kau fikirkan ini? Apa kerana kau sudah gila? Waraskan akalmu. Fikir positif. Jangan sampai emosi kuasai diri. Jangan menyendiri kerana itu akan buat kau terfikirkan perkara yang bukan bukan. Teruskan persahabatan walau kian pudar. Sayang tidak semestinya akan disayangi. Dan cinta tidak semestinya dimiliki.

Kuatkan hati

No comments: