Mampu

Salam tengah petang. Kelas habis awal. Jam satu sepuluh sudah bisa pulang. Tapi bukan pulang ke rumah. Hanya pulang ke asrama. Saat ini sedang keseorangan di bilik tv, menekan nekan papan kekunci ini tatkala sedang menunggu baju selesai dibasuh mesin. Ini saja cara yang ada untuk terus berkomunikasi atau terusan memerhatikan dia. Dalam beberapa jam sahaja lagi perlu bersiap. Iftar bersama rakan rakan asrama yang lain di peringkat daerah. Kesudahannya, kami yang terpilih ini harus pulang lewat ke rumah. Kemungkinan jam sepuluh malam, setelah selesai solat terawih. Terima sahaja.

Al kisah malam tadi. Semua berjalan seperti yang dirancang. Aku seorang yang mengawal keadaan, berbicara. Sahabat sahabat yang lain perhati, bagi sokongan serta menyelit sepatah dua kata. Kali ini tidak mahu guna kekerasan. Mahu bicara lembut tapi tegas. Bicara baik seolah cuba mengambil hati mereka. Cara baik kita guna, moga dibalasnya juga baik. Sekali lagi ditekankan, kami menjaga semua. Jadi jangan memberontak atau mempersoalkan mengapa. Ini semua kadang sukar untuk diperjelaskan. Mungkin satu hari, bila kalian ada di situasi kami, rasa apa yang kami lalui serta galas tanggungjawab berat. Masa itu bila  kan tiba, baru kalian tahu semua rasa.

........................

Aku mula bicara dengannya lagi. Bicara seolah dia di depan mata. Pandang dia, cerita semua. Tidak terdengar kata kata. Cuma hanya melalui hati. Berharap agar hati kami masih satu. Sebelum ini, aku bisa luah semua melalui whatsapp rahsia, Dear Pigeon. Tapi kini saat alat komunikasi diambil, jadi sukar. Cuma ada hati yang bisa aku guna. Aku bertanya pada mereka, adakah aku masih berharap. Dijawabnya mereka, seolah iya. Aku takut. Mengapa  rasa terlalu inginkan dia itu sudah kembali. Aku takut bila rasa itu semakin kuat, dia akan mula menjauhkan lagi dirinya dari aku. Dia hanya mahu persahabatan, tapi aku seolah mahukan sesuatu yang lebih. Mengapa. Aku harus elakkan itu dari berlaku. Tidak mahu kehilangan sahabat seperti dia hanya kerana aku menaruh harapan padanya. Bantu aku.

Caranya, menyuruh aku ingat apa yang sakit. Mana mungkin. Tapi itu saja caranya. Katanya.. pernah aku cuba. Sakit. Terlalu sakit. Sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk merasai lagi. Benar perit. Aku jatuh. Aku berhenti. Sakitnya benar sakit. Jadi aku pilih untuk terusan ingat yang manis. Ingat segala yang bahagia.

Tujuan sebenarnya apa. Ingin membantu dia bangkit. Bukannya ingin membantu diri sendiri bangun dari khayalan. Setiap mereka mengatakan, mana mungkin dia lupa semua apa yang pernah terjadi di antara kami. Hampir dua tahun, dan pelbagai perkara dan memori korang cipta dan lalui bersama. Baru sekejap itu, kalian sudah tempuhi bermacam. Lihat saja diri kau. Semua yang lintas depan mata, kau sebut namanya. Segalanya berkaitan dia. Bila kau akan senyap, buang nama dia dari hidup kau? Aku rasa sampai bila pun tidak akan terjadi.

Sudah. Dia sedang pulihkan hatinya. Dia juga sedang berusaha kekalkan hati dia buat perempuannya. Dia benar sayang akan perempuan itu. Jangan menghalang. Aku perlu menyokongnya. Dia tidak berhenti usaha kerana dia benar mahu. Aku hanya mampu membantu. Dari kata kata serta doa. Kebahagiaan dia. Tiap hari yang sama. Berharap dia kuat. Tabah serta sabar. Dia anak yang baik. Sahabat yang baik. Pernah juga dia menjadi suami yang baik. Juga sangat penyayang..


Noktah