Segalanya


"look for something positive in each day, even if some days you have to look a little harder"


Jam satu pagi.

Selesai beberapa urusan. Tangisan terusan ditahan.

Bila kau rasa kau tak cukup kuat nak hadap segala ranjau kehidupan dunya, waktu itu pada hakikat nyata, kau amat perlukan seseorang untuk bantu kau buang segala rasa. Tapi siapa diri kau mahu menagih simpati manusiawi.

Apa yang kau mahu waktu itu, untuk terusan sujud padaNya. Ingin meluah semua rasa, ingin menangis sepuasnya. Hati perasa bercampur. Berkocak tiada hentinya. Cari rahmatNya. Minta ketenangan dariNya. Telan, hadam setiap rasa.

Didik hati, yakinkan hati, percaya pada janjiNya. Allah tidak akan hadirkan sesuatu lebih dari kemampuan kita. Kenapa perlu mengalah sedangkan kita belum melangkah. Seolah kita mempersoalkan ujianNya walhal, itu ujian untuk mengajar kita. Ajar apa itu sabar, apa itu manisnya kesabaran. Apa itu kekuatan, apa rasanya dibantu Tuhan untuk terusan teguh.

Kadang kau tak perlu raih simpati, kerana ada yang telah tahu, dapat rasa apa yang kita rasa dalam diam. Kadang dia tidak perlu bertanya kenapa kau rapuh. Tapi dia terusan peluk dan ucapkan kata, yang sabar. Kadang kau perlu berimaginasi sendiri untuk sedapkan hati jiwa agar tidak terusan hanyut dalam kesedihan. Kadang kita yang perlu pujuk rajuk sendiri. Kerana tiada siapa yang peduli.

Tapi kita juga perlu ingat, dalam kepayahan ada kesenangan. Dalam kesukaran, pasti akan terhasilnya kejayaan. Kerana itu, jalan menuju kejayaan jangan diperlewatkan. Cuba, dan terusan cuba. Kemudian, pasti kau akan terbiasa.

Segalanya, pesanan buat diri sendiri. Jangan jatuh. Dan jangan kau rapuh lagi.

Tawakkal Alallah.




No comments: