After SPM


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Verily with every hardship comes ease



Bismillah. Ini perkongsian saya pada yang bertanya. Moga nukilan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan menghargai segala peluang dan juga pentingnya kesabaran itu.

Result SPM saya tidak la perfect dan tidak la pula teruk. Cuma sedang sedang sahaja selaras dengan hasil usaha yang saya berikan. Perasaan mengambil keputusan SPM adalah sangat berbeza dengan keputusan PMR dan UPSR. Kerana harapan saya untuk UPSR dan PMR adalah tinggi selaras dengan usaha yang berlebihan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Dan alhamdulillah, straight A untuk kedua ibu bapa saya.

Saya tahu, untuk menjawab SPM adalah sukar sebab ada beberapa subjek (kimia, fizik) sudah banyak ketinggalan dan tidak meletakkan komitmen yang tinggi pada peperiksaan tersebut. Jadi,saya reda dengan keputusan yang saya dapat walaupun rasa sedikit kecewa dan menyesal. Ibu ayah, maafkan saya.

Saya mendapat tawaran Form Six di STARP dalam bidang perdagangan. Tapi saya tolak. Dapat form six maka tak dapat la matrik. Sedangkan waktu tu ramai sahabat saya yang dapat sambung ke matrik. Tika itu, perasaan sedih dan cemburu saya sangat kuat. Bertuahnya mereka.

Saya ambil risiko dengan menolak tawaran itu dan teruskan dengan penantian. Beberapa bulan kemudian, saya mendapat tawaran ke KPTM Bangi dalam bidang perakaunan. Tapi saya tolak juga sebab kos terlalu tinggi walaupun dapat pinjaman.

Kecewa macam mana pun, saya tidak berhenti dari membuat permohonan semula di matrik, uitm, politeknik. Pada bulan Oktober, 2015 saya mendapat tawaran ke Politeknik MetRo JB dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam. Alhamdulillah, itu pilihan saya yang pertama. Dan kemudian pada masa yang sama, saya dapat juga tawaran dari UITM Lendu Melaka dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Alhamdulillah, itu pekerjaan yang saya minat.

Dan akhirnya saya pilih untuk sambung pelajaran di PMJB sebab bidang tersebut saya tersangat minat. Dan memang keinginan saya untuk bekerja di bank. Tersirat, saya pilih perbankan Islam kerana saya ingin mempelajari semula mengenai Islam. Di semester satu, saya dapat belajar mengenai empat sumber hukum utama iaitu AlQuran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Saya dapat pelajari bahasa arab walaupun sekadar asas. Juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai segala permasalahan, usul fiqh. Jujur saya katakan, saya sangat gemari kelas kelas tersebut. Sedikit sebanyak dapat mengubah saya dan beri keazaman untuk berubah pada yang lebih baik. Itu sedikit perisian mengenai kos tersebut bagi yang tertanya tanya.

Apa yang saya ingin kongsikan, seteruk apa pun keputusan SPM kita, tidak semestinya tiada tempat untuk kita sambung belajar. Bergantung pada kemampuan, keinginan, niat di hati. Dan ingin saya tekankan disini, setiap orang punya rezeki masing masing. Bezanya sama ada cepat atau lambat. Di situ la Allah menduga kita sekuat dan setabah apa kita pada waktu itu. Bagaimana usaha kita untuk tidak terus mengalah. Jalan apakah yang terbaik buat kita. Dan bagaimana kita menghargai setiap peluang yang diberikan.

"Going through hardship is challenging. It's a time when our faith is being tested. It's a time to remain strong and steadfast"

Sepanjang penantian, tidak la saya menjadi penganggur yang berjaya. Tapi saya bekerja hampir setahun, dan Alhamdulillah rezeki dan pengalaman merasai bekerja dari bawah dan berjawatan tinggi. Kadang tiap yang pahit itu ada juga yang manisnya. Ingin saya perkatakan, bekerja itu lagi sukar dari belajar. Bergantung pada pekerjaan dan kerana itu, untuk peroleh yang terbaik, perlu la kita bersungguh mendapatkannya. Paling utama adalah keikhlasan. Ikhlas mendatangkan berkat. Ini antara luahan kekecewaan masa tak dapat tawaran lagi. Boleh la baca kalau ingin menyelami, klik 'be tested'.

Belajar ini merupakan pahala yang berterusan. Sedangkan kita bekerja pun merupakan 'learning process'. InsyaAllah, dengan rezeki dan peluang ini, saya tidak akan persiakan. Tapi perlu kita ingat, walaupun kita dah buat yang terbaik, tapi seandainya keputusan mengecewakan, ikhlaskan la hati untuk terima hakikatnya. Katakan pada hati, belum rezekinya lagi. Semoga diri ini juga sentiasa mengingati kerana tidak semua yang kita hendakkan, pasti akan dapat.

Terima kasih atas kesudian. Mudah mudahan kejayaan buat kita di dunia mahupun di akhirat.


No comments: