Little Harder


"Not all of us  can do great things. But we can do small things with great love"



Dua hari lagi. Sudah cukup sediakah aku untuk berjuang dalam peperiksaan akhir?

Ini pengalaman pertama, kerana aku baru di semester satu. Hari yang lepas, merupakan penyampaian Anugerah Ketua Jabatan bagi yang layak menerimanya. Terdetik hati, adakah aku antara pelajar yang akan dapat anugerah itu kelak? InsyaAllah seandainya usaha, doa dan tawakal yang berterusan. Tapi jika sudah tertulis takdir bahawa waktu itu bukan rezeki aku, maka terima saja. Yang penting usaha dan masih sedang berusaha lagi. Ini semua buat keluarga. Alangkah indah jika kejayaan kita dapat dijadikan hadiah buat mereka.

Aku diajar ibu dan sentiasa diingati ibu, walau apa jua, solat itu yang utama. Sebaik mana pun hubungan kita sama manusia, semurni apa pun akhlak kita pada masyarakat, jika tiada tiang agama, maka sia sia la iya. Mungkin dulu aku lalai dan kadang tergelincir. Tapi bukan bermakna kita perlu khilaf sepanjang masa. Dunia ini semakin tua, sepertimana usia kita yang kian bertambah. Dekati diri pada yang Maha Esa. Pelajari dan sentiasa cari ilmu agama. Bukan mahu paksa, tapi itu tanggungjawab kita yang sebenar. Ingat semula, tujuan apa dan kerana apa kita dihidupkan di muka bumi ini.

Aku tidak la sempurna. Hanya seorang pendosa yang sedang perkuatkan diri untuk berubah. Tidak lari dari khilaf dan kelalaian. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan dihindari. Tiada istilah tunggu hidayah sampai atau hati terbuka kerana nyawa kita pada bila masa saja boleh ditarik. Iman itu kadang berkurang dan bertambah. Semoga keazaman aku ini kuat dan tidak berpatah. Itu semua peringatan buat diriku. Dalam harapan, jika aku tersungkur, aku tidak akan terus tersungkur.

Semoga kejayaan milik kita semua. Di dunia mahupun akhirat.


No comments: