Jalan bersahaja


“None but ourselves can free our minds.”


Terasa seperti mahu menjerit sekuat hati. Melepaskan segala perit dan pahit. Penat dengan segala sifat ragam tiap manusiawi. Apatah lagi diri sendiri yang terkadang sukar untuk tangani.

Ada satu masa pabila kita kurang keyakinan melihat orang lain berwajah jelita, rupawan. Kita merasakan diri kita tidak layak untuk bersemuka dengan tiap makhluk Allah. Cuba pelbagai cara untuk menjadi setanding mereka, tapi kita terlupa. Rupa ini sementara. Dan yang menjadi utama adalah hati sebagai pengukur. 

Bicara soal hati. Kadang hati juga boleh buat tiap orang tertipu. Mungkin dia pada pandangan semua orang adalah yang terbaik. Tapi siapa tahu baiknya dia cuma lakonan di mana hanya dia dan hati dia sahaja yang tahu rahsia disebaliknya. Kerana itu, pada insan yang telah dianggap jahat atau kurang baiknya, aku cuba perkuatkan rasa untuk tidak menghukum atau mempercayai segala kritikan atau ceriteranya.

Mungkin pada pandangan aku seolah yakin percaya dan mengiyakannya. Tapi ada satu masa, luangkan bersama akal fikiran. Ditemani hati yang punyai lembut bicaranya. Kadang bukan sengaja mahu jadi seperti itu. Dan terkadang lain yang kita niatkan, lain pula orang salah ertikan. Jauhkan aku dari beranggapan sebegitu. Perkuatkan usaha untuk aku berhenti dari saling mengata.

Mulut orang sukar ditutup. Tiap masa yang berlalu pasti ada yang berkata. Cuba balikkan pada diri. Apa kita juga sering membuka mulut dan saling berkata? Jika iya, latihkan diri supaya mulut orang lain juga tertutup dengan kekuatan kita untuk berdiam dan mengendahkannya. Jangan saling berbalas, tapi bersabar la kita.

Amarah yang dilemparkan bersebab. Terutamanya perempuan yang sering beremosional. Dan para lelaki kesabarannya perlu tinggi. Para perempuan juga perlu bersabar kerana kita saling mengerti dengan perasaan tersebut. Memang perit pabila kita dimarah atau diuji. Tapi dengan lafaz Bismillah dan tahap kesabaran iman, kita cuba hadapi. InsyaAllah dengan perlahan pasti menjadi mudah dan terbiasa.

Kenyataan, tiap manusia tiada yang sempurna. Tidak lari dari membuat kesalahan dan mengumpul dosa. Tapi yang dinamakan usaha itu adalah solusi kita untuk tanganinya. Memang ada kala kita terjatuh sungkur dan mengulangi silap yang sama. Kerana itu sahabat dan keluarga perlu main peranan untuk saling bantu, tuju ke arah yang diredaiNya. Bukan biarkan dan jalan bersahaja.

Mendatang akan kongsikan kekurangan yang buat kita rasa hampa. 





No comments: