Hard Feeling


"have more than you show, speak less than you know"


Assalamualaikum, maaf sebab dah lama tak update blog. Sorry to those yang always waiting for my upcoming post :b Ha Ha. Sekarang baru ada kesempatan untuk menaip. Pada masa yang sama, assignment usul fikh diletakkan ketepi. Shhh.. ini rahsia kita ye. Saya pegang janji awak semua.

Setiap orang punyai cerita hidup yang berbeza. Jadi siapa kita hendak menilai atau menghukum seseorang itu. Mungkin kau lihat dia kaya, pakaian mahal, juga rupawan sekalipun, belum tentu kehidupan dia sebahagia atau se gah yang kau lihat berbanding dengan orang yang sederhana, rupa pun tiada. Tapi hakikat contohnya, dia la manusia paling bahagia walaupun kehidupannya serba serbi sederhana. Bagaimana terjadinya itu? Tepuk dada, lihat cermin. Mana silap mana kurangnya.

Honestly, aku jenis yang susah untuk percaya orang. Even that person is the closest person with me sekalipun, but still, NAY! I'm just learn from my mistakes and i don't really want to repeat it again and make it become twice. I hate it when people and society keep judging me thru my experience instead of not knowing my past stories. Okay bukanlah maksudnya nak diorang semua tahu kisah lampau. What i mean is, kau tak berhak nak judge orang tu cakap orang tu jahat bla bla sedangkan it must have a reason disebaliknya perwatakan atau sikapnya sebegitu. Macam korang yang suka judge orang ni la. You know why korang suka judge orang? Sebab korang punyai satu rasa cemburu atau tidak puas hati dengan kekurangan yang kau ada atau korang ni jenis yang perasan ingat diri sendiri tu dah cukup bagus. Opss, NO HARD FEELING. Just saying and make it example. I'm not assuming you guys like that. By the way, siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Eh!

Itu soal yang suka menilai orang. Tapi bagaimana pula dengan soal yang mempergunakan kawan? Depan bunga, belakang tahi. Alangkah tenang rasanya apabila orang sekeliling punya hati yang ikhlas untuk berkawan dan bukannya saling berkata atau mengata. Setiap orang berbeza dari segi rupa, perwatakan, hati, dan sebagainya. Cubalah letak ditempat orang yang dianiaya atau teraniaya itu. Sekalipun telah terbukti yang dia bersalah, tapi janganlah sampai memutuskan pertalian ukhuwah. Pergunakan orang dengan niat untuk kepentingan sendiri. Pedih rasanya kalau kebenaran terungkai. Tapi kita perlu yakin percaya pada wujudnya kifarah. What goes around, comes around.

Ini baru bermula sebuah kehidupan. Kalau permulaan kehidupan sudah sepayah ini, bagaimana pula untuk aku hadapi perjalanan hidup yang mendatang? Bukan maksud aku untuk mengalah. Tapi, ini realiti. Kuatnya aku pada luaran, tapi hakikatnya, dalaman aku rapuh. Sering dikatakan bahawa, aku seorang yang suka senyum dan sekalipun tidak pernah tak senyum. Don't you know, senyuman itu punyai seribu satu rasa kesedihan yang disembunyikan? 

Just sharing, thanks for reading.


No comments: