Student Life - part one


“Be a student as long as you still have something to learn, and this will mean all your life.”




Bagi mereka yang mengikuti luahan hati di blog ini, kali ini aku berkongsi pengalaman sebagai seorang student freshie macam aku. Kalau kalian sedari, sebelum ini aku berkongsi kesedihan sebab tidak dapat menyambung pelajaran. Tapi alhamdulillah. Rezeki aku sudah tiba (:

Aku pelajar jurusan Diploma Islamic Banking and Finance, menuntut di Politeknik Metro Johor Bahru. Pilihan aku yang pertama, diterima. Hari pertama, aku merupakan orang kedua yang mendaftar. Sahabat pertama aku, Iffah Syafiqah dan dia juga merupakan roommates aku. Dia seorang yang bersederhana dan pemalu orangnya :b 

Minggu suai kenal diadakan di AKLI Kota Tinggi. Banyak menerapkan nilai nilai patriotisme. Banyak soalan mengenai negara dan perlembagaan negara. Habis puas memerah otak dan ingatan tapi gagal. Masa kat sekolah dulu memang ada belajar dalam subjek Sivik. Cikgu sivik tu suka buat kuiz sebab tu la dulu susah payah salin kat kertas kecil selit bawah meja. Dan sekarang ni baru rasa erti penyesalan. Sejujurnya, sebagai seorang rakyat, kadang malu juga sebab banyak tidak tahu soal apa yang terjadi di negara sendiri. Berita pula jarang tengok. Perkembangan yang berlaku juga sifar. Akan dipertingkatkan untuk pengetahuan umum buat diri sendiri.

Perasaan bercampur baur untuk terusan menjadi peramah atau duduk memberi senyuman sahaja. Mungkin masih lagi biasakan sebab sekeliling masih ada ramai lagi rakan yang tidak dikenali. Bermacam ragam, sifat dan sikap yang aku lihat. Ada sesetengah yang tidak sombong dan membalas senyuman. Tapi ada juga beberapa orang yang sebaliknya. Ada juga yang memilih rakan dari segi luaran dan mengendahkan yang sebaliknya. Senyum kan saja pada mereka yang sebegitu. Tidak mahu menilai dan siapa aku untuk menilai mereka. Lihat diri sendiri, cerminkan.

Semangat untuk memulakan fasa baru dalam kehidupan. Harap ramai rakan dapat menerima aku sebagai rakan mereka. Harap semuanya ikhlas untuk berkawan dan bukan dipergunakan. Target aku untuk semester pertama, adalah cuba dapatkan four flat. Memang bukan senang, tapi insyaAllah usaha tidak akan pernah berhenti. Kalau sudah stabil dalam pelajaran, mungkin akan aktifkan diri untuk join MPP. Jangan takut untuk mencuba kalau tidak kita yang rugi. Peluang dan rezeki ada di mana mana. Jangan pernah berhenti.

Teruskan usaha.



No comments: