To Tell


"sabr, silence, smile"



Ketika ini, atas katil di dalam Floha's Bedroom. Terasa seperti sudah lama tidak nikmati masa senggang di rumah sendiri. Rasa nyaman, tersenyum aku. Dah sakit baru nak berehat. Apakan daya. Ibu dirumah mengurut dan menyuapkan. Alah sayang teringat pula dulu masa masih kecil merengek mahu disuapkan. Padahal dah tua bangka ni pun masih minta disuap. Ini bukan mengada, tapi manja. Bahagia rasa.

Menghitung hari. Lagi tujuh hari resign sebagai Cinema Assistant. Dan lagi sepuluh hari bakal bergelar Student. Alhamdulillah, rezeki Tuhan berikan. Dulu rasa kecewa sebab tak dapat tawaran sambung belajar. Lagi sekali alhamdulillah, kalini dapat dua tawaran dari dua institusi berbeza. Ingat, sekali kita sabar, dua rezeki mendatang kita dapat. Tambahan lagi, rezeki Tuhan berikan untuk aku merasai pengalaman bekerja dan merasa pangkat tinggi. Kini aku sedar, rupanya aku bertuah. Aku merasai payah bekerja dan kemudian aku niatkan untuk belajar bersungguhnya. Tiada kerja yang senang dan tiada rezeki mendatang kalau usaha sifar.

Aku merasai pelbagai emosi ketika bekerja. Marah, sedih, stress, gembira, sakit hati, penat, seolah beribu perasaan aku rasai. Ini dikira bertuah kerana punyai majikan yang masih boleh berkompromi. Tapi soal kerja, jangan dimainkan. Ada satu masa, terasa hati dengan kata kata majikan. Bukan senang untuk menahan rasa lagi lagi perempuan seperti aku yang punyai berjuta perangai. Hargai yang fahami dan terima seadanya.

Ditawarkan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat di UITM Kampus Alor Gajah, Melaka. Ditawarkan juga Diploma Kewangan dan Perbankan Islam di Politeknik Metro JB, Johor. Alhamdulillah, rezeki sampai juga. Tapi dugaan seterusnya, pilihan yang mana harus aku pilih. Ramai juga yang berkongsi pendapat. Terima kasih buat mereka. Dan pendapat aku, aku sudah punya pengalaman bekerja di pejabat sebagai admin, office assistant, cinema assistant malahan kadang dikira sebagai PA juga. Bukan sahaja tahu cara mengendali office, tapi aku juga belajar cara siapkan payment voucher, GRN, ordering, dan sebagainya. Aku juga punyai surat recommendation dari majikan yang bakal bantu aku untuk diterima bekerja. Jadi aku berfikir, mengapa tidak aku memilih kewangan perbankan. Aku belajar lebih mendalam dalam perbankan dan aku masih menyimpan pengalaman soal pengurusan pejabat.

Masa mendatang nanti, andai sukar untuk bekerja di mana mana bank, aku boleh mohon perkerjaan sebagai admin di tempat yang lain berbekalkan surat recommendation yang aku dapat. Tapi ini cuma perancangan. Hakikat mendatang tiada siapa yang tahu. Orang kata, pilih apa yang kita minat. Dan apa yang aku minat dan inginkan sejak dahulu lagi, bekerja di sebuah bank. Angan itu impian. Dan tak mustahil impian menjadi realiti. Cuma jangan mengalah dan ingat di mana kita mula. Saat jatuh, ingat kenapa kita pilih jalan ini. Bangun seteguhnya.

Sekarang ini semangat rasa mahu mulakan fasa baru sebagai seorang pelajar. Semua barang diperlukan sudah disediakan. Padahal tiap bulan sudah dibeli konon confirm dapat tawaran belajar. Semua barang keperluan dibelanja dengan duit sendiri. Hasil titik peluh sendiri. Antara perasaan bahagia, bila hujung bulan kau check baki duit dalam akaun kau bertambah. Omg omg boleh shopping. Even masa untuk pergi shopping tu kadang tiada sebab sibuk bekerja, tapi online shopping kan ada. Habis pening pula kepala ibunda tiap hari ada posmen datang hantar barang. Hehe

Sambung nanti.


No comments: