Believing

"Work hard for what you want because it won't come to you without a fight. You have to be strong and courageous and know that you can do anything you put your mind to. If somebody puts you down or criticizes you, just keep on believing in yourself and turn it into something positive"



Terasa lama sudah tidak menaip di ruangan blog kesayangan ini. Bukan sombong, cuma kadang tidak tersimpan masa untuk menaip. Sibuk dengan harian. Banyak masa dihabiskan di dalam office. Cinema ini seperti rumah kedua bagi aku. Harian sentiasa penat. Kadang bukan anggota yang mengeluh, tapi akal fikiran juga perasaan yang menangis. Ini, mahu dikongsikan.

Rezeki ada di mana mana. Alhamdulillah sekarang berpegang jawatan sebagai Cinema Assistant. Dulu ingat, lagi tinggi jawatan makin goyang la kaki. Ye, kaki memang bergoyang goyang. Tapi otak fikiran terhuyung hayang.

Tapi ini rezeki, jangan merungut. Memang pernah rasa mahu jatuh sebab terasa sungguh berat tanggungjawab ini. Tiap hari mata tidak pernah lari dari follow up segala email. Follow up PO, KDM, DCP, publicity material dan banyak lagi. Tiap malam kena tunggu hingga closing kadang sampai satu dua pagi untuk siapkan closing, hantar report, kira duit untuk bank in pada esok harinya.

Walau kerja dipanggung wayang, banyak pengalaman yang aku hadam. Kerja office, kerja sebagai admin, MOD, alhamdulillah banyak yang telah pelajari. Bagaimana siapkan barang untuk courier, update consignment number, berani dan yakinkan diri untuk call HQ, jawab soalan soalan cepumas dan selainnya. Hasil tunjuk ajar manager yang banyak mengalah dengan perangai cinema assistant dia. Hasil ajaran admin dan leaders yang lain juga. Tidak lupa, kita yang tinggi ini sebenarnya banyak belajar dari staff. Ye, aku juga pernah menjadi staff biasa. Aku mula dari bawah dan akhirnya ini rezeki aku. Alhamdulillah.

Bukan senang untuk biasakan. Dan bukan senang untuk orang lain terima. Perlu ingat, kadang ada orang yang tak boleh lihat kita berjaya. Tapi kalau kita ikhlaskan, kejayaan milik kita satu hari nanti. Soal berjaya, aku belum berjaya lagi. Ada yang kata, ini jalan pintas aku tidak perlu belajar hingga dapat diploma atau degree. Kenapa perlu aku berhenti semata untuk teruskan pelajaran. Jawapan aku, aku sendiri buntu tapi aku percaya pada hasrat ibu bapa aku. Mungkin ini kepuasan aku sebab punya kerja full time yang tetap. Tapi siapa sanggup hampakan hati ibu ayah dia. Ini hasrat mereka. Siapa lagi mahu tunaikan kalau bukan aku yang satu satunya anak mereka.

Tidak mahu menaruh harapan tinggi. Hingga kini masih lagi menunggu jawapan dari mana mana institusi. Masih tunggu sebab aku bukan dari keluarga berpendapatan lumayan. Ini sudah cukup syukur. Takdir dan rezeki kita tak boleh jangka. Ikhlas dan redha pada ketentuanNya.

Tiap hari aku perkuatkan diri untuk melangkah harian. Percayalah, aku perempuan yang berumur lapan belas, hakikatnya belum cukup kuat untuk tempuhi ini semua. Tapi tekad aku tinggi. Kerja keras aku juga payah seperti mereka yang stay up pagi buta untuk dapatkan pointer tinggi. Dan aku cemburu.

Malam dunia.


Post a Comment