SEVEN DAYS



'' My heart tells me it's what i want and my head tells me to take a risk ''




Bismillah..

Macam macam yang terjadi tanpa diduga dalam masa tujuh hari ni.. macam macam dugaan.. berbagai bagai. Kawan yang lama telahpun berubah menjadi lain. Lain yang macam mana itu agak susah untuk aku beritahu. Susah nak bagitau secara lebih detail. Lebih terperinci. Rasa macam nak keluarkan hati ni kejap je tukar dengan hati orang yang nak tahu tu apa perubahannya. Cuba rasa sendiri tengok sendiri dan fahamkan sendiri..

Makin lama rasa kekok. Makin lama rasa makin janggal nak bersama dengan kawan lama tu setiap masa. Tak tahu kenapa.. Tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Aku semakin menjarakkan diri aku darinya. Sampai ada yang perasan atas tindakan aku tu. Jahat kah aku ni memperlakukan kawan lama itu sedemikian rupa? Aku jarang teman dia.. Jarang berbual. Jarang bergelak tawa.. 

Tidak ku sangka hatinya yang kononnya kuat itu akhirnya menjadi luluh. Mukanya yang kononnya 'heartless' itu juga rupanya boleh berubah menjadi sedih. Matanya.. boleh berubah menjadi bengkak. Air mata kawan lama ku itu.. akhirnya aku boleh nampak dengan jelas. Sudah ku tanya kenapa menangis berulang kali.. tapi jawapan yang diberikannya semuanya tak masuk akal. Ahahahaa kawan lama.. mood sedih pun tetap masih boleh tersenyum dan ketawa. Aku kah penyebab kawan lama ku itu menangis? Aku kah yang harus dipersalahkan?

Kawan lama.. mungkin aku tersilap langkah kerana melayani engkau begitu. Sejujurnya aku tidak sanggup melihat engkau keseorangan. Rasa kesian dan serba salah sering kali menyelubungi diriku. Aku minta maaf.. mungkin aku yang berubah. Bukan engkau. Kawan lama, kita jumpa dua minggu lagi. Jaga diri engkau baik baik. Jangan lupa, Lohaa sayang Angie. Selamanya.

* * * * *

Tujuh hari.. Bemula dengan esok. Akan bermula lah hari yang pertama. Hari yang aku tidak tahu apa yang akan berlaku. Selama tujuh hari di negeri orang. Jauh dari keluarga, kekasih hati dan juga sahabat sekalian. Aku pergi bersama tiga orang rakan yang tidak berapa ku kenal. Ini tawaran yang aku ambil setelah banyak kali berfikir. Iyaa.. tahun 2013 ni banyak sangat keputusan yang harus aku buat. Kali ni aku buat sesuatu keputusan tanpa memikirkan orang lain. Aku buat berdasarkan hati aku sendiri. Aku ikut kata hati. Kali ni aku agak pentingkan diri sendiri. Maaf bagi yang terasa hati. Maaf sangat. Maaf..

Peluang kali ni tak sanggup nak dilepaskan. Banyak manfaatnya dan banyak kebaikannya. Lagipun tak lama. Hanya tujuh hari sahaja. Bukan tujuh minggu. Soal hati jangan risau. Hati ini akan aku kekalkan. Tidak akan sesekali aku biarkan hati ini berubah. Aku pergi dengan hati si dia.. dan aku janji pulang pun akan ku pulang bersama hati si dia. Itu janji aku. Jika aku terlupa, tolong ingatkan.

Kasih dan sayang. Cinta dan hati. Sampai bila bila.


Sekian..