SORROW



'' Sorrow is easy to express and so hard to tell ''



Bismillah..

29 Januari 2013. Sukar untuk melelapkan mata.. Memang pada kebiasaanya seperti ini. Cuma yang tidak biasanya ialah.. aku terjaga pada masa begini tanpa ada peneman yang teman. Ahahaha sayang (': Si dia penat sangat agaknya. Penat bekerja..

Masa masa begini.. dengar ayat ayat Al-Quran. Ya Allah.. sayu je hati.. 

Terkenangkan memori.. bersama sama dengan sahabat. Sahabat selamanya. Ada yang akan pergi bersekolah di sekolah baru. Berpisah jauh dari kami. Kami.. yang ditinggalkan di sekolah lama ini. Tapi tak mengapa. Kami terima.. Kami redha atas pemergiaan kamu semua. Jaga lah diri kalian baik baik. Jangan lupakan kami yang ditinggalkan ini. Iya, niat di hati kalian semua adalah untuk belajar. Begitu juga dengan kami. Jadi, belajar lah bersungguh sungguh. Jangan lupakan perjuangan kita semua di sekolah lama.. PMR yang telahpun lepas (: Dan.. jangan dilupakan juga.. kenangan kita semua. Sahabat sekalian yang bakal pergi meninggalkan kami, kami semua pasti akan merindui kalian semua. Sahabat till Jannah (':

Hidup aku sejak akhir akhir ini.. tidak pernah rasa sunyi. Ada pun.. jarang sekali. Sekarang ini, Aku masih punyai peneman. Ibu dan ayah (': Kekasih hati juga. Selepas ini.. akan jarang sekali dapat ditemani oleh mereka semua. Terpaksa tinggalkan mereka. Tinggalkan mereka dalam keadaan hati aku yang terasa berat sangat.. Sukar sangat nak tinggalkan mereka. Walau jarak yang terpisah antara kami ini bukan beribu batu jauhnya.. tapi ia tetap terasa bagai aku berada jauh dari mereka. Ibu ayah masih tidak begitu rela.. begitu juga dengan sayang.

Kadang-kadang aku terfikir. Adakah betul keputusan yang aku buat ini. Sukar nak tentukan.. Atas nasihat sahabat, dia suruh aku buat solah istikharah. Alhamdulillah.. dah tiga kali aku buat solat istikharah. Sekali lagi, Alhamdulillah.. aku semakin yakin. Aku nekad. Aku pergi. Aku buat keputusan begitu atas sebab sebab yang tertentu. Harap ada yang mengerti.. 

Lagi satu.. rindu.

Kalau rindu jangan bagitahu tuan punya hati, bagitahu Pencipta hati. Sedekahkan al-fatihah untuk pemilik hati. InsyAllah berkesan.

- Norashikin Meseri - 



Sekian..