speak my mind and not care what people think about it


Don't ever judge anyone. You don't know their story and what's really going on. 
A smile can hide so much





H.O.P.E
Hold On, Pain Ends


Sekali lagi hati ini telah dikecewakan oleh seorang lelaki yang sangat disayangi. Sukar untuk menerima segala keputusan yang telah dibuat olehnya. Betullah cakap orang, jika sesuatu hubungan tidak direstui oleh mana mana pihak yang rapat dengan kita, maka tidak lama dan tidak kekallah hubungan itu. 


Perasaan sayang kali ini agak berlainan. Sangat berlainan hingga aku terpaksa mengambil masa yang lama untuk melupakan dia. Agak berat dan agak sukar. Tidak sangka dengan pemergian dia telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada diri aku.

Diri ini sangat lemah. Tidak kuat bila dia tiada disisi. Diri ini tidak sekuat dia. Dia seperti hantu yang menghantui diri aku. Begitu hebat tamparan yang dia tinggalkan untuk aku.



''how can i forget all that when you're the one who make me smile you'll always be apart of me how i wish you were still mine''


Cemburu melihat dia bahagia dengan orang lain. Di saat dia bahagia, di saat itulah aku menahan tangisan. Tapi malangnya, tangisan itu tidak dapat ku tahan. Akhirnya ia mengalir jua ke pipi dengan perlahan.

Hampir tiga minggu aku menangis hanya disebabkan dia. Air mata aku mengalir hanya semata mata untuk dia. Ohh betapa bodohnya aku. Menangis hanya disebabkan lelaki? Lelaki yang telah tinggalkan aku. Bodoh ke maksudnya? Hermm, mungkin.


Sepanjang tiga minggu tu, semangat nak belajar semangat nak pergi sekolah tak ada. Tapi terpaksa pergi, kuatkan diri. Hari hari pergi sekolah mesti mata bengkak. Kadang kadang kat dalam kelas mesti rasa nak nangis sebab teringatkan dia. Sampai tak sedar yang air mata dah pun mengalir kat pipi. Kadang kadang aku madah marah orang jeh. Madah serius. Gurau sikit pun tak boleh. Maaf kepada anda anda semua. Tapi terpaksa senyum sebab nak jaga hati mereka.

Ramai yang marah dengan cara aku tuh. Ramai yang suruh aku lupakan dia. Ramai yang suruh aku buktikan yang aku ni boleh hidup tanpa dia. Mereka semua ingatkan aku tentang PMR. PMR? ye, aku patut lupakan dia. Aku patut fokus kat pelajaran aku. 


Terima kasih kepada anda anda yang sentiasa ada disamping aku. Terima kasih sebab beri aku semangat. Terima kasih sebab marah aku atas perkara perkara yang tak sepatutnya aku buat. Terima kasih sebab bagi nasihat yang berguna kat aku. Terima kasih abang. Terima kasih kakak. Terima kasih adik. Terima kasih kawan. Terima kasih lawan. 


'' Babe , sabar sayang . Kau jangan buat kerja gila . Pelajaran kau tuh acane ? Guna akal jangan guna hati . Lupakan dia . Aku tahu kau kuat . Engat fatin tahun ni kau pmr . Engat tuh FA !!! ''

'' Kk. If you need someone to talk to, im here okay ''

'' Hyee adek. Mai akak jadi semangat adek ;) heee~ buat yang terbaik exam nanti. Buktikan dekat semua orang, couple tak menjejaskan. Wuu~ buktikan dekat DH yang adek boleh berjaya walaupun tanpa dea. Jangan fikir sangat. Sebab akak pasti suatu hari nanti dea akan menyesal sebab buat adek macam nie. You can do it fatin amira ! You go girl. Chaiyokk :D ''

'' Kak fatin oke? akk kuatkan semangat akak ea? kite tak ske larh tngok akk mcm nie. akak dah tk happy mcm selalu. mana kk fatin yg kite kenal? yg ske senyum tuh? yg ske main mata dgn kite? kite rindu kk fatin yg dulu ;( ''

'' FA please be strong :) ''

'' Hm dik, seriously abang taktahu mcmmana adik nak kena lupakan diaa, sebab adik yg couple dgn diaa, bukan abang, k? Hm cuba buat something happy (: ''


'' AND MORE ''


Teringat akan kata kata sahabat dunia akhirat

'' mohon tiada pengganti lain selepas kau putus dengan dia. mohon sangat ''

Maksudnya disini ialah dia tak sanggup tengok aku menangis disebabkan lelaki lagi. Dia sangat marah bila aku tiada semangat nak belajar hanya disebabkan lelaki. Banyak maksud yang tersirat disebalik ayat itu. Ye sayang, aku faham apa yang kau cuba sampaikan kat aku. Aku tersentap tau sebenarnya. haha

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KHAS UNTUK ABANG YANG MENYURUH AKU UNTUK MENERIMA DIRINYA


ehem. seram sikit ni. tak berani nak bersuara. jadi hanya disini lah yang mampu adik suarakan.

Abang, perlu ke kita menerima seseorang itu hanya semata mata nak jaga hati dan perasaan orang itu? perlu ke bang? 

Kita tak sepatutnya terima orang itu hanya semata mata nak jaga hati dan perasaan dia kan? tak salah kan kalau kita pentingkan diri sendiri? untuk kebaikan kita jugak kan bang?

Maaflah abang. adik tak dapat terima abang. adik masih sayangkan dia. harap abang faham. bukan senang nak sayang seseorang itu dan bukan senang nak buat seseorang itu sayang kita. harap abang faham.


SAD PART IS... I STILL LOVE YOU


Okay dahh. aku rasa kan kann dah cukup jiwang dah post yang aku buat kali ni. kan kann? haha. okay, sebenarnya masih lagi dalam proses untuk lupakan dia. susah gile kay nak lupakan dia. hari hari madah contact. sengal kan? kay abaikan. yang penting, aku dah ada semangat sikit dah. semangat nak belajar. alhamdulillah (: 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HEY BABES, DUDES. EXAM JUST AROUND THE CORNER. COME ON. SHOW ME YOUR BOOKS. LETS STUDY TOGETHER GETHER. haha tebiat aku ni

buat yang terbaik. lupakan segala yang tidak berkaitan. 


GOOD LUCK UNTUK SEMUA

SEMOGA BERJAYA (:




No comments: