EXAM FEVER


'' everything is subject to change ''





14 Mei 2012 - 25 Mei 2012

Dua minggu tu memang mata aku ni tak reti reti nak tutup. Memang jarang sangat sangat nak tidur malam. Mesti stay up sampai ke pagi. Tapi bila time exam, haaa amek kau tersengguk sengguk aku menjawab soalan paper paper tuh. Paling tak boleh fokus masa exam paper geografi dengan sejarah. Menyesal sangat sangat sebab tak tidur malam ):

Tapi exam kali ni mungkin agak senang daripada exam yang lepas. Banyak hint dapat. Ini semua atas jasa sahabat sahabat sejati di twitterjaya. Hihii semua sebuk mintak apa hint untuk sejarah lah agama lah geografilah.Ada hint yang kitorang dapat tuh betul dan ada juga yang tak betul. Hermmm biasalah. Kita tak boleh sangat nak percaya seratus peratus kat hint yang kita dapat tuh. Sebagai contoh, paper Agama Islam )': okay sudah. Memang menyesal sangat sangat ! Tapi apakan daya... redha sajalah yaaa (':

Minggu yang ke-dua. Minggu tu lah semua paper killer subject berkumpul. Memang bermatian matian bersiap sedia untuk berperang. Berperang dengan mata, hati dan juga emosi. 




Mata
- Sering berjaga dari malam sehingga ke pagi. Buku kurang dibaca sebaliknya sibuk menyiapkan buku buku latihan yang telah dibeli di kedai buku SBC. Iyaaa perbanyakkan lah latih tubi kerana sememangnya ia banyak membantu kita. Percayalah sayang (':

- Akibatnya rasa mengantuk yang amat akan mula menyerang kita pabila detik detik menjawab soalan peperiksaan dimulai. Memang tak dapat nak disangkal langsung lah kan. Bila dah ngantuk yang membuak buak tuh, memang takkan dapat fokus langsung. Apa yang kita belajar hentah masuk ke tidak. Hentah ingat ke tidak. Hermm hentahlah......


Hati
- Hati ini kurang berkeyakinan untuk menjawab exam kerana sangat memerlukan pendamping di sisi terutama sekali pabila menjawab soalan matematik. Memang sangat memerlukan Siti Hajar Lee pada waktu itu. Dialah pemberi semangat. Dialah pengajar. Dialah pembimbing. Guru Matematik saya (':

- Akibatnya masa jawab paper matematik tuh kurang berkeyakinan sangat masa jawab. Tapi bila teringat kata kata jajar... kay kita mesti yakin dengan diri kita. Kita mesti yakin dengan jawapan kita (:


Emosi
- Emosi ni memang memainkan watak yang sangat penting dalam diri aku ni haaa. Akibat emosi yang kurang stabil atas sebab sebab yang berlaku di masa lampau... Sedikit terjejas yaa. Perkara yang berlaku pada masa lampau memang tak dapat nak dilupakan. Panahannya sangat hebat hingga tak terkata.

- Akibatnya ketika sedang mengulang kaji pelajaran pasti akan mula teringat akan peristiwa yang lalu.. Tiba tiba perasaan benci yang teramat mula menguasai diri untuk membenci dia. Ia menimbulkan persoalan mengapa benci sedangkan dahulunya sayang :|



Yaaa hari yang ditunggu tunggu telahpun tiba. Hari Jumaat 25 Mei 2012. Ia merupakan hari yang terakhir bagi pelajar tingkatan tiga yang berkenaan untuk menjawab soalan peperiksaan kertas Sains satu dan juga dua. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar (': Kami semua mengakhirinya dengan senyuman lebar hingga ke telinga dan juga sorakan tangan kaki tidak dilupakan dengan jeritan nyaring tanda kegembiraan yang tidak terhingga yaaa. Alangkah bahaginya kalau PMR....




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TWO RIPPLE FACE. TWO FEELINGS


Dua riak muka yang berbeza. Dua perasaan yang berbeza. Riak muka yang pertama, gembira yang amat sebab exam dah habis. Lepasni boleh tidur dengan lena tanpa gangguan. Riak muka yang kedua, sedikit sedih dan sebak sebab dua minggu tak sekolah. Mesti rindu kat semua sahabat sahabat yang berkenaan )':


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Upcoming Post : 

'' Sadness taught me what happiness never could ''



---> When you truly care for someone, their mistakes never change your feelings because it's the mind that gets angry but the heart still cares.



No comments: