Sebelum

Hampir jam tiga pagi, dan kedua belah mata ni sukar ditutup. Kurang lagi lima jam, aku akan menjawab kertas bahasa melayu satu, spm. Dan saat ini? Mungkin ni kesan kopi super yang sangat efektif. Penat mata ni memakan segala karangan yang panjangnya tak boleh dibawa gurau.

Muhasabah diri. Ingat apa yang dilalui. Pagi semalam bangun dalam keadaan separa sedar, bersiap sebab nak breakfast roti canai. Kenyang sekenyangnya, sambung tarik selimut, gegolek atas katil. Kemudian, buat kali kedua bangun. Nekad mandi, turun makan lunch, bonding time dengan babes, aiskrim kitkat dinikmati sambil melayan perasaan juga bertahan panas kat astaka. Dah puas nikmati, jenguk jenguk dewan peperiksaan. Alang alang terus masuk, duduk acah acah nerbes esok nak sepiem. Sekali sekala buat onar kat dewan peperiksaan.

Petangnya, kedua permata hati datang melawat. Dibawanya ais batu campur, ermphh dapp! Lama bercerita, berbual.. bila dah nak pulang, mula sayup kesedihan terasa. Lama ibu memeluk.. dibacakan doa, diberikan kata kata semangat. Tangan yang digenggam taknak dilepaskan. Anak ibu ayah takut.. takut kalau saya mengecewakan harta dunia akhirat saya.

Malamnya, roll call terakhir buat aku. Saling bermaaf. Meluah apa yang terpendam. Sejujurnya mohon maaf pada semua. Memang kemaafan yang ikhlas.. semakin meningkat dewasa semakin banyak perasa yang dirasa. Selalu ingatkan kat diri sendiri, kalau taknak orang buat jahat kat kita, jadi jangan buat jahat kat orang. Sesakit mana pun rasanya, perlu sabar dan sekuatnya menahan perit. Apa yang kita beri, itulah yang kita dapat. Sedang belajar untuk menerima. Berubah kepada yang baik. Belajar apa yang dituntut.

Akan merindui para sahabat. Cukup disini, kita semua bukan nak berpisah esok hari. Tapi tak lama lagi kita semua nak pergi berperang, menuntut kejayaan.

Semoga berjaya.

Post a Comment