KENAPA ORANG BENCI KITA


hohoi kaw orang ! waduhh , udah lame ya tidak posting posting ny . kesibukan la . oke , oke . ngertik . kesibukan melayan drama korea laa tuh . aha . semestinyer ! kaw orang tengok kat MAADU.COM . senang . taa payah nak tunggu loading macam kat youtube tuh . tengok tuh . baru jeh habes khatam cerite THREE DADDIES WITH ONE MOMMY . oh . awesome .


haha . laki tuh , comell . siket jeh . LEE MIN HO lagi comell . oke . enough . berbalek pade tajok asal kite . KENAPA ORANG BENCI KITA .


benci atau kebencian adalah merupakan sebuah emosi yang sangat kuat dan melambangkan ketidaksukaan , enmiti , atau antipati untuk seseorang . sebuah hal , barang , atau fenomena . hal ini juga merupakan sebuah keinginan untuk menghindari , menghancurkan atau menghilangkannya .

panjang kata , benci itu satu perasaan , rasa atau emosi bersifat negatif yang wujud dalam hati . yelah . betul la tuh . setiap perasaan adalah hak masing masing . tapi perasaan benci ini boleh menyakitkan jika kita yang dibenci begitu ingin mengambil tahu dan melayan rasa benci orang lain sehingga kita sendiri rosak binasa dek perasaannya . itu sesuatu yang tidak patut berlaku dan ianya memang tidak berbaloi-baloi ! ea ?


rase nye , benci ade 3 jenis . kot :
  1. benci kerana cemburu
  2. benci sementara (hilang jika yang dibenci berubah atau hilang dibawa angin)
  3. benci yang sememangnya benci dan takkan berubah sampai bila bila

Benci 1 :


"Eh, dia ingat dia bagus sangat ker? Benci betullah aku tengok dia! Ari2 nak bodek akak senier . Kejap akak fom2 la , fom3 la , fom4 , fom5 la . hish , senang cite dengan sume fom la . Sengaja nak menunjuklah tu! Ingat aku kesah ke?" - si A


"Dia ingat dia lawa sangat ke? Takdelah cantik manapun.. takat muke jeh putih . Eeeeiii !! aku pelek lah , kenapa dalam banyak2 pempuan dalam sekolah ni, pempuan tuh jugak la abang hensem kite nak ngorat! Tak pahamlah! Makin hari makin bertambah2 benci aku tengok dia ! gatai !! Sh**!" - si B


"Korang tau tak, aku memang benci giler ngan dia! Sejak kitorang sekolah dulu.. Korang tau kenapa? Setiap kali pertandingan syarahan ke, kuiz ke, bercerita ke, cikgu mesti nak antar dia. Otak takdelah pandai sangatpun.. Lebih kurang je dengan aku tapi dia pandailah bercakap, pandai bercerita.. Bila dia tak datang ke sakit ke, barulah cikgu semua nak ngelabah suruh aku ganti dia! Time dia ada, tak pandang aku langsung!!" - si C




contoh pembenci A, B dan C sebenarnya mempunyai masalah personaliti dalaman diri yang merbahaya. perasaan tidak suka yang lahir dari mereka adalah suatu bukti kekalahan yang mereka tak dapat terima sehingga melampiaskannya dalam bentuk benci kepada orang lain. mungkin ianya hanya bermula dengan perasaan kecil tetapi makin lama rasa itu diasah sehingga menjadi begitu besar dan kuat. pada mereka jenis ini, walaupun sebenarnya orang tu bukanlah nak menunjuk2 pun, mereka tetap akan rasa begitu terkesan sekali.


mereka fikir dengan membenci orang itu akan dapat menaikkan keyakinan diri sendiri dan menjatuhkan keyakinan orang lain pula. jika mereka fikir itu sudah cukup baik, mungkin!! mungkin juga tidak!! melainkanlah, jenis hidung tinggi yang sungguh tinggi diri nak tambah ketinggian dengan menunjuk2 tak tentu pasal, kan?


Benci 2 :

"hish . aku bencilah kat dia . dah la suke pinjam barang aku tanpa mintak izin . ape dia hengat tuh barang bapak dia yang beli ea . kuang ajar betol . kalau lain kali dia tak mintak izin , memang takkk la aku nak bebaek dengan dia" - D

"syg . abg mintak maaf  sebab mintak putus dengan syg . abg dah tak bole lagi dah dengan syg . maken lame rase kaseh sayang abg dekat syg dah maken siket . tapi , kaseh sayang abg maken banyak pulak dekat kawan rapat syg tuh . abg mintak maaf . mase abg sedeh , dia yg banyak tolong abg . tapi , syg , selalu sebok dengan hal sendiri . abg harap , syg dapat maaf kan dia . jangan lah benci dia . dia kan kawan rapat syg ." - E

"aku tak paham betol la . apesal baek sangat nak ikot peraturan skolah yg entah pape tuh . luros bendol noh . ala stakat makan kat dalam kelas pon tak bole . wey , pegi jahanam la kaw dengan baju biru kaw tuh . hengat kaw bagos sgt la . ala , setakat saman jeh . aku bole buat keje amal la" - F


contoh pembenci D , E dan F ni sebenar nye sedar akan kesalahan dirinya . seperti D . dia harus berfikiran positif .mungkin kawan nya itu terlupa hendak memberitahu kepadanya untuk meminjam barang tersebut . ataupun mungkin juga dia telah memberitahu kamu tetapi kamu tidak dengar atau tidak ingat . dan apayang pasti , kawan kamu itu tidak berniat langsung untuk mengambil barang kamu secare sengaja . 

E pula , dia tahu memang salah dia sebab tak ade semase kekasih nya memerlukan dia . dia cuma rasa tidak puas hati terhadap teman rapat nya yang menjadi kekasih baru kepada teman lelaki nya itu . ape pon , dia redha kerana perempuan itu adalah teman rapat nya dan tidak sanggup membenci nya kerana perempuan itu sangat baek dan banyak menolong nya diwaktu susah . 

 dan F , kawan pengawas kamu juga mungkin rase bersalah kerana terpakse melakukan tugas nya . jika kamu tidak melakukan kesalahan , dia pasti tidak akan mereport kan nama kamu kat guru disiplin . dalam hal ini , kamu tidak seharusnya membenci dia kerana dia tidak tahu mana yang harus dia pilih sama ada tanggungjawab dia atau kawan .


Benci 3 :

benci jenis ini hanya lahir dari seseorang yang pemarah . pemarah yang penuh dengan dendam , kesumat dan amarah. mereka memang tidak boleh berubah menjadi orang yang lebih baik melainkan dengan keinsafan yang penuh di dada juga dengan kehendak Allah yang satu . mereka tegar membenci , membuang , memusnah dan menghilangkan sesiapa yang mereka benci !

aku tidak pasti tapi aku berharap semoga Allah menjauhkan aku dari sifat pemarah yang boleh menyesatkan aku ke jalan kebencian ! aku berdoa semoga pembenci2 tegar di seluruh dunia akan beroleh petunjuk dan berubah menjadi seseorang yang lebih lembut dan pemaaf..

p/s =kenyataan di atas tuh sume aku carik dekat wikipedia . ade la yang aku ubah sikit . tapi kebanyakkan penjelasan tuh , aku copy paste . saje jeh na share dengan kaw orang . and know what , AKU TERASE .


chaw ...


Post a Comment