These Times


"These times are hard, but they will pass"


Menahan tangisan, hingga bergetar seluruh badan. 

Takdirnya begitu. Hilang sesuatu seperti hilang segalanya. Sukar terima. Akan tetapi, tiada guna untuk diratapi lagi. Kembali pada dunia nyata, Pasti ada sebab yang berjawapan. Takdir kita tersusun cantik olehNya walau terkadang pada pandangan kita, ia memedihkan. Buanglah pada segala yang menghembuskan tiupan negatif. Lihat pada arah tepat, hakikatnya ia indah belaka. 

Mungkin dunia kini canggih dari segi teknologinya. Tapi secanggih apa pun, masih tiada siapa yang mampu putarkan semula masa. Kita belajar apa itu redha. Kita tahu apa itu tawakal, apa itu berserah. Sekadar berserah pada Tuhan tanpa usaha, ia sekadar sia sia, tiada makna. Sentiasa ingat, tiap apa yang berlaku ada sesuatu yang Allah ingin perlihatkan. Ambil ia jadi pedoman, jangan diulangi lagi.

Menangis padaNya, sesuatu perasaan yang tidak terucap. Ketenangan yang tiada tandingan. Menangis, meluah segala rasa hati yang bercampur baur. Allahu Akbar. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ada yang tidak mengerti. Kerana belum cuba seikhlasnya. Cubalah. Ia rasa cinta yang tiada penghujungnya pada Dia. 

Tatkala mengaji, suara bertukar sayu. Teresak menahan tangisan. Aku tahu ibu mendengar segala rasa. Tapi aku tidak tertahan untuk menahan rasa. Aku tahu, ibu menangis gembira kerana aku semakin dekat padaNya. Doa ibu ayah. Aku ingin jadi anak solehah, yang bantu ibu ayah ku hidup di syurga kelak. 

PadaMu aku bersujud. Alhamdulillah



No comments: