Sambungan

Dimana aku. Aku berada di tempat perpisahan. Tempat di mana aku diputuskan. Menghadapi keperitan, tanpa pengetahuan siapa siapa. Di sini aku menjadi pelakon paling terhebat. Menyembunyikan kesengsaraan juga penderitaan. Itu, empat bulan yang lalu. Segalanya terbayang di sini.. menegakkan kebenaran. Memberi kepercayaan. Tapi semua itu sia sia kerana antara kami memang tiada apa yang masih bersama.

Saat dia jatuh, aku memang mahu sentiasa ada. Tidak mengharapkan balasan tapi aku mahukan sesuatu. Dua minggu berlalu, aku dihadapkan dengan kebenaran. Menyaksikan penyatuan dia dan perempuan itu semula. Cukup itu. Aku hanyut dalam kejatuhan. Jatuh buat selamanya.

Bertahun aku dengan dia. Tapi dia lagi pilih perempuan itu, sekali lagi. Enggan persoalkan. Aku penat terima kebenaran yang memedihkan. Buat apa perlu ambil tahu semua kalau itu membunuh hati. Lebih baik bunuh diri dari hati terusan mati.

Sepatutnya perempuan itu menjaga hati. Bertuah awak miliki dia. Dia pilih awak dan awak sepatutnya menghargai. Jangan pandang belakang. Jangan lihat aku jangan sesekali jadikan aku untuk dijadikan kesalahan atau punca pergaduhan. Dia, tidak akan cari yang lain kalau awak bukan yang terbaik. Dia beri kau peluang kedua. Hargai, jangan dipersiakan. Sekarang lihat aku. Langsung tidak diberi peluang untuk bersatu semula. Awak perlu percaya dia.

Keperitaan, kesakitan, banyak. Nak tahu apa yang perit? Sini ambil tempat aku. Serahkan dia pada aku dan awak, rasa sakit yang membunuh ni. Tapi mahu ke awak? Sudahlah. Jangan jadi bodoh. Kebahagiaan depan mata. Nak pilih penderitaan buat apa. Dah kenapa persiakan kebahagiaan buat selamanya. Kalau tak sanggup, buang dia jauh. Jangan buat dua dua rasa tak bahagia. Sia sia.

Ramai cakap, kenapa aku baik sangat. Baik sangat kenapa. Sebab baik ni datangnya dari dia. Dia dah banyak buat aku bahagia. Kasih sayang dia pada aku selama ni yang terusan buat aku sabar. Dan ye, aku masih sayang dia. Tapi aku sedar yang aku tidak akan dapat dia semula. Aku tak berangan nak bersama dengan laki orang. Apatah lagi menyimpan hasrat nak rampas laki orang. Sesakit apa pun yang dia dah buat, selamanya aku tetap sayang dia. Bukan bodoh. Tapi ikhlas. Ikhlas sayangkan orang yang berpaling dan aku, taknak jadi perampas. Sebab aku, sedar diri.

Malas nak jaga hati awak. Cuma nak sedarkan je. Tak perlu ungkit cerita lama. Sekarang ni realiti. Dia dengan awak. Jagalah baik baik. Ingat, aku bukan perampas. Jadi, jangan nak takut sangat.

Sekian.

Tahu apa

I have died countless times. I forgot precisely how many times. My memory is extraordinary thing, but it is not perfect. I am human. Only human.

Tahu apa penyebab hati makin luka berdarah? Saat dia selalu muncul dalam bayangan. Tahu mengapa? Kerana dia suami, dan sekelip mata dia telah pergi. Hidup gelap. Seolah tiada guna untuk teruskan hidup. Tapi kita silap. Kita ditinggalkan bukan untuk menghancurkan kehidupan. Kita ditinggalkan, untuk mengumpul kekuatan menghadapi segala lumrah kehidupan dengan lebih tabah.

Makin perit kerana mengikuti perkembangannya. Dia bermesra lagi bersama perempuan lain. Aku fikir, dia bukan begitu. Tapi seolah, sememangnya dia begitu. Rasa ini, makin kuat. Seperti terasa yakin aku benar tidak diperlukan dia. Berat hati. Tapi aku perlu pergi, untuk mengubati hati.

Mahu melangkah, tapi tanganku terasa dipegang. Seperti dihalang. Aku lemah.. aku memandang ke belakang. Ada dia, aku terlemah.. aku sambut tangan itu, perlu terus bersama untuk bantu dia bangkit. Percaya pada diri, yakinkan dia tidak keseorangan. Kenapa? Kerana dia kekuatan, juga kelemahan buat diriku.

Aku buntu lagi. Dia perlu aku sebagai sahabat. Dia melayani aku, sekadar sahabat. Tapi kenapa, aku yang melebih. Aku buat dia seperti suami lagi. Berkau aku, itu semua kadang tidak sanggup. Seolah aku tidak menghormatinya.. dia perlu teman, jadi aku perlu usaha lagak seperti teman. Itu bukan aku. Tapi sanggup lakukan, kerana dia.

Ingin akhiri, tapi hati ini tidak ikhlas. Tertanya, apa makna semua ini. Apa yang tersirat di balik kekeliruan ini. Apa jodoh aku dengannya tiada. Atau ini dugaan, buat aku dan dia? Dugaan kehidupan kami. Sebelum kami bersatu yang halal. Apa begitu? Sudah. Jangan mengharapkan. Nanti hati kau sendiri yang sakit. Kau kecewa nanti kau seksa diri kau. Cuba bersederhana. Ingat..

Saat ini sahaja terasa sunyi keseorangan. Cuba lihat esok. Pasti ada orang lain yang bahagiakan dia..

Tidak sanggup aku melihat.

Kan sayang

Sudah lama menahan. Banyak kali juga ingin jujur, mengeluarkan semua. Tapi aku masih kuat. Masih kuat menahan segala kesedihan. Tapi tidak malam ini. Dengan tidak sengaja, air mata secara tiba mengalir. Semakin lama semakin deras. Sesak dada ini. Menarik nafas dengan perlahan. Mahu hentikan air mata. Tapi tetap berterusan mengalir. Satu persatu, semua terbayang dalam ingatan.

Perkenalan, bergurau senda, bermanja. Saling mengenali, kenal dengan lebih mendalam. Pelbagai janji dicipta, saling berjanji. Mula lakar kehidupan bersama untuk masa mendatang. Impian dan angan menjadi satu. Segala masalah dikongsi. Masa terluang, diisi bersama. Kerja banyak, kadang dibantu. Jiwa resah, diubati dan diambil hati. Sedang marah atau merajuk, dipujuk dan dibelai. Bermain cinta, dibalasnya juga cinta. Buat salah, ditegur dan dimaafi. Bila rindu, akan sentiasa ada. Sibuk kerja, mengerti dan menunggu. Aku menunggu, dengan setia menunggu kerana mahukan dia. Persalahfahaman berlaku, sukar untuk terima dan percaya. Berkali cuba meyakinkan, keyakinan semakin tipis. Tidak berhenti usaha, terusan mengambil hati. Lama kelamaan, kian ditolak ketepi. Aku menanti, dia sudah punya pengganti aku. Tidak lama, aku telah mati.

Peritnya, aku dapat rasa lagi. Kesakitan yang dipendam, buatkan hati aku berdarah tidak berhenti. Baru sahaja mencantum dan diubati. Tapi lihat sekarang. Telah menjadi serpihan sekali lagi. Terlalu sayang, lama kelamaan aku lupa. Kerana sayang, aku fikir yang bahagia. Dia sayangkan, terkejarkan perempuan lain. Hancur. Tapi aku simpan. Kan sayang. Itu pengorbanan. Aku menjauh. Tapi kini dia ditinggalkan. Aku seolah cuba mendekati. Mendekati dan aku sendiri tersakiti. Segala cara yang pernah aku lakukan untuk dia, dilakukannya pada orang lain. Cara aku untuknya, digunakan pada orang lain. Itu benar sakit. Seolah aku ini, selamanya bukan siapa siapa. Tapi aku senyap. Kan sayang. Aku senyumkan. Semangat untuk dia.

Ramai berkata, tabahnya aku. Kekuatan aku dipersoalkan mereka. Kenapa aku begitu kuat. Kuat memberi semangat padanya. Semangat buatnya untuk terusan usaha kejarkan perempuan lain. Kali ini perempuan mana pula, aku sendiri tidak ketahuan. Kadang beri kata kata kekuatan. Terus kuat dan tabah. Aku ada, tapi dia tidak mencari. Lama lama, aku sakiti diri sendiri. Terlalu berharap. Diri sendiri yang kecewa. Kan sayang. Sembunyikan sayang itu. Kan dia lagi bahagia. Berbulan dia tanpa aku. Apa yang dia rasa? Aku rasa rindu.

Tiada guna aku berharap jika cinta sudah mati. Hakikatnya hati mati atau aku yang telah mati? Sayangi diri baru sayangi orang lain. Aku sedang berusaha ke arah itu. Saat ini aku lemah. Tiada diakah yang ingin beri kata semangat? Aku tidak terdaya ni. Tapi apa dia peduli. Peduli dia pada orang lain. Kan sayang. Jangan bersedih jika dia tiada di saat kita sangat perlukan dia.

Hati hancur berderai. Dunia terasa seperti tidak bermakna. Apa yang kau fikirkan ini? Apa kerana kau sudah gila? Waraskan akalmu. Fikir positif. Jangan sampai emosi kuasai diri. Jangan menyendiri kerana itu akan buat kau terfikirkan perkara yang bukan bukan. Teruskan persahabatan walau kian pudar. Sayang tidak semestinya akan disayangi. Dan cinta tidak semestinya dimiliki.

Kuatkan hati

Mampu

Salam tengah petang. Kelas habis awal. Jam satu sepuluh sudah bisa pulang. Tapi bukan pulang ke rumah. Hanya pulang ke asrama. Saat ini sedang keseorangan di bilik tv, menekan nekan papan kekunci ini tatkala sedang menunggu baju selesai dibasuh mesin. Ini saja cara yang ada untuk terus berkomunikasi atau terusan memerhatikan dia. Dalam beberapa jam sahaja lagi perlu bersiap. Iftar bersama rakan rakan asrama yang lain di peringkat daerah. Kesudahannya, kami yang terpilih ini harus pulang lewat ke rumah. Kemungkinan jam sepuluh malam, setelah selesai solat terawih. Terima sahaja.

Al kisah malam tadi. Semua berjalan seperti yang dirancang. Aku seorang yang mengawal keadaan, berbicara. Sahabat sahabat yang lain perhati, bagi sokongan serta menyelit sepatah dua kata. Kali ini tidak mahu guna kekerasan. Mahu bicara lembut tapi tegas. Bicara baik seolah cuba mengambil hati mereka. Cara baik kita guna, moga dibalasnya juga baik. Sekali lagi ditekankan, kami menjaga semua. Jadi jangan memberontak atau mempersoalkan mengapa. Ini semua kadang sukar untuk diperjelaskan. Mungkin satu hari, bila kalian ada di situasi kami, rasa apa yang kami lalui serta galas tanggungjawab berat. Masa itu bila  kan tiba, baru kalian tahu semua rasa.

........................

Aku mula bicara dengannya lagi. Bicara seolah dia di depan mata. Pandang dia, cerita semua. Tidak terdengar kata kata. Cuma hanya melalui hati. Berharap agar hati kami masih satu. Sebelum ini, aku bisa luah semua melalui whatsapp rahsia, Dear Pigeon. Tapi kini saat alat komunikasi diambil, jadi sukar. Cuma ada hati yang bisa aku guna. Aku bertanya pada mereka, adakah aku masih berharap. Dijawabnya mereka, seolah iya. Aku takut. Mengapa  rasa terlalu inginkan dia itu sudah kembali. Aku takut bila rasa itu semakin kuat, dia akan mula menjauhkan lagi dirinya dari aku. Dia hanya mahu persahabatan, tapi aku seolah mahukan sesuatu yang lebih. Mengapa. Aku harus elakkan itu dari berlaku. Tidak mahu kehilangan sahabat seperti dia hanya kerana aku menaruh harapan padanya. Bantu aku.

Caranya, menyuruh aku ingat apa yang sakit. Mana mungkin. Tapi itu saja caranya. Katanya.. pernah aku cuba. Sakit. Terlalu sakit. Sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk merasai lagi. Benar perit. Aku jatuh. Aku berhenti. Sakitnya benar sakit. Jadi aku pilih untuk terusan ingat yang manis. Ingat segala yang bahagia.

Tujuan sebenarnya apa. Ingin membantu dia bangkit. Bukannya ingin membantu diri sendiri bangun dari khayalan. Setiap mereka mengatakan, mana mungkin dia lupa semua apa yang pernah terjadi di antara kami. Hampir dua tahun, dan pelbagai perkara dan memori korang cipta dan lalui bersama. Baru sekejap itu, kalian sudah tempuhi bermacam. Lihat saja diri kau. Semua yang lintas depan mata, kau sebut namanya. Segalanya berkaitan dia. Bila kau akan senyap, buang nama dia dari hidup kau? Aku rasa sampai bila pun tidak akan terjadi.

Sudah. Dia sedang pulihkan hatinya. Dia juga sedang berusaha kekalkan hati dia buat perempuannya. Dia benar sayang akan perempuan itu. Jangan menghalang. Aku perlu menyokongnya. Dia tidak berhenti usaha kerana dia benar mahu. Aku hanya mampu membantu. Dari kata kata serta doa. Kebahagiaan dia. Tiap hari yang sama. Berharap dia kuat. Tabah serta sabar. Dia anak yang baik. Sahabat yang baik. Pernah juga dia menjadi suami yang baik. Juga sangat penyayang..


Noktah



Sekadar

Salam petang yang suram. Saat ini, baru sahaja selesai menyiapkan folio akaun, Perkongsiaan Fionashrek. Begitu mencabar, segala makian serta cacian kerap kali dikeluarkan. Paling tercabar bila segala akaun yang dibuat, tidak seimbang. Fahamkan lah. Atau mungkin, pelajar akaun sahaja yang mengerti. Tapi sekarang alhamdulillah. Semua sudah selesai. Hembusan nafas lega boleh dihembus hingga puas.

Bila diingat perkara semalam, rasa macam nak sumpah seranah. Bukan tidak mengaku salah, semestinya bersalah. Kami semua bertanggungjawab dengan apa yang kami lakukan. Tapi pabila tahu disebalik semua ini, satu baruah puncanya, memang terus menyirap darah ni. Tapi disabarkan sahaja, bertenang. Cool down. Kita dah besar, ’senior’. Jadi buatlah cara senior, cool gitu. Selama ni kami menjaga, menyimpan segala keburukan dan kesalahan. Tapi apa yang dibalas mereka. Sangat berat tanggungjawab yang dipikul kami. Aku sebagai biro disiplin ni pun, sama juga beratnya. Cuma kadang terasa lebih sedikit. Segala disiplin pelajar, kesalahan, yang akan dijawabnya siapa? Akulah, semestinya. Kadang tiada segelintir pun menghargainya. Apa mereka fikir kami buat ini semua hanya kerana suka suka? Tidak fikir otak nak marah atau menegur atau seumpamanya? Ingat kami gila kuasa dengan jawatan kami dan juga kesenioran kami? Ergh tolonglah bersihkan mind set tu. Kami tak batak. Tak batak seperti kalian yang masih lagi rempitz. Eeuww

Jadi ini yang kami terima? Baiklah. Nantikan sahaja apa yang diberikan kami. What you give, you get back. Bukan nak membalas. Tapi nak mengajar. Ada akal fikiran, guna. Satu kau buat, seribu kami bagi. Malam ni, kau tunggu saatnya. Jangan nanti menyesal, terasa malu dipandang serong. Aku peduli apa. Aku sedar, dan fikir baik buruknya. Cara ni boleh digunakan. Untuk bagi kau pengajaran. Jadi, buat kali ini, tolong hargai. Sekali lagi kau ingkar, Sebanyak kali mana pun aku boleh tolong perjelaskan lagi semua. Satu je, takyah nak over sangat wei. Kau takat budak kecik lagi yang baru nak up, ada hati nak mencabar. Kita tengok siapa yang terduduk diam nanti.

Dah. Tukar topik

Rasa kejanggalannya. Tiada gadget di tangan, kadang kecewa. Kecewa kenapa? Sebab tidak dapat melihat dia. Tidak dapat mengikuti perkembangannya. Kecewa juga sebab, tidak dapat update segala. Mana tahu dalam diam diri ini sedang diperhatikan juga. Haha gelak sikit. Ni Cuma perasaan yang perasan. Risau juga kadang kalau dia bersedih atau apa. Malam tadi je, seperti banyak  kali mimpikan dia kerana banyak kali terjaga. Itu maksudnya dia rindu aku atau sebaliknya. Tiada jawapan.. tapi apa yang pasti, aku tersangat rindukan dia. Mimpikan dia, terasa seolah aku bersama dia. Apa bisa aku bersamanya buat selamanya? Itu sentiasa aku selitkan dalam doa. Perkuatkan hubungan kami. Amin

Sahabatku, jangan pernah jatuh lagi ye. Andai awak terjatuh lagi, bangkitlah. Jika awak tidak terdaya, panggil saya. Saya akan bersama bantu awak bangkit. Pimpin tangan awak, tolong awak terusan maju kehadapan. Mahu terusan setia bersama awak walau hanya sekadar kawan. Saya kawan awak. Tapi bagi saya, awak bukan sekadar kawan. Bagi saya, awak masih segalanya. Jangan risau, saya tidak terlalu mengharapkan. Awak, dengan kehidupan awak sendiri. Saya cukup mengerti semuanya. Apa yang saya mahu, hanya melihat awak tersenyum bahagia. Kuatkan hati awak. Perhiraukan segala yang sakit. Nikmati hidup sepuasnya. Saya ada, perhatikan awak, dalam diam..


Selamat berbuka puasa, Merpati