Salam petang yang suram. Saat ini, baru sahaja selesai
menyiapkan folio akaun, Perkongsiaan Fionashrek. Begitu mencabar, segala makian
serta cacian kerap kali dikeluarkan. Paling tercabar bila segala akaun yang
dibuat, tidak seimbang. Fahamkan lah. Atau mungkin, pelajar akaun sahaja yang mengerti.
Tapi sekarang alhamdulillah. Semua sudah selesai. Hembusan nafas lega boleh
dihembus hingga puas.
Bila diingat perkara semalam, rasa macam nak sumpah
seranah. Bukan tidak mengaku salah, semestinya bersalah. Kami semua
bertanggungjawab dengan apa yang kami lakukan. Tapi pabila tahu disebalik semua
ini, satu baruah puncanya, memang terus menyirap darah ni. Tapi disabarkan
sahaja, bertenang. Cool down. Kita dah besar, ’senior’. Jadi buatlah cara
senior, cool gitu. Selama ni kami menjaga, menyimpan segala keburukan dan
kesalahan. Tapi apa yang dibalas mereka. Sangat berat tanggungjawab yang dipikul
kami. Aku sebagai biro disiplin ni pun, sama juga beratnya. Cuma kadang terasa
lebih sedikit. Segala disiplin pelajar, kesalahan, yang akan dijawabnya siapa?
Akulah, semestinya. Kadang tiada segelintir pun menghargainya. Apa mereka fikir
kami buat ini semua hanya kerana suka suka? Tidak fikir otak nak marah atau
menegur atau seumpamanya? Ingat kami gila kuasa dengan jawatan kami dan juga
kesenioran kami? Ergh tolonglah bersihkan mind set tu. Kami tak batak. Tak
batak seperti kalian yang masih lagi rempitz. Eeuww
Jadi ini yang kami terima? Baiklah. Nantikan sahaja apa
yang diberikan kami. What you give, you get back. Bukan nak membalas. Tapi nak
mengajar. Ada akal fikiran, guna. Satu kau buat, seribu kami bagi. Malam ni,
kau tunggu saatnya. Jangan nanti menyesal, terasa malu dipandang serong. Aku
peduli apa. Aku sedar, dan fikir baik buruknya. Cara ni boleh digunakan. Untuk
bagi kau pengajaran. Jadi, buat kali ini, tolong hargai. Sekali lagi kau
ingkar, Sebanyak kali mana pun aku boleh tolong perjelaskan lagi semua. Satu
je, takyah nak over sangat wei. Kau takat budak kecik lagi yang baru nak up,
ada hati nak mencabar. Kita tengok siapa yang terduduk diam nanti.
Dah. Tukar topik
Rasa kejanggalannya. Tiada gadget di tangan, kadang
kecewa. Kecewa kenapa? Sebab tidak dapat melihat dia. Tidak dapat mengikuti
perkembangannya. Kecewa juga sebab, tidak dapat update segala. Mana tahu dalam
diam diri ini sedang diperhatikan juga. Haha gelak sikit. Ni Cuma perasaan yang
perasan. Risau juga kadang kalau dia bersedih atau apa. Malam tadi je, seperti
banyak kali mimpikan dia kerana banyak
kali terjaga. Itu maksudnya dia rindu aku atau sebaliknya. Tiada jawapan.. tapi
apa yang pasti, aku tersangat rindukan dia. Mimpikan dia, terasa seolah aku
bersama dia. Apa bisa aku bersamanya buat selamanya? Itu sentiasa aku selitkan
dalam doa. Perkuatkan hubungan kami. Amin
Sahabatku, jangan pernah jatuh lagi ye. Andai awak
terjatuh lagi, bangkitlah. Jika awak tidak terdaya, panggil saya. Saya akan
bersama bantu awak bangkit. Pimpin tangan awak, tolong awak terusan maju
kehadapan. Mahu terusan setia bersama awak walau hanya sekadar kawan. Saya
kawan awak. Tapi bagi saya, awak bukan sekadar kawan. Bagi saya, awak masih
segalanya. Jangan risau, saya tidak terlalu mengharapkan. Awak, dengan
kehidupan awak sendiri. Saya cukup mengerti semuanya. Apa yang saya mahu, hanya
melihat awak tersenyum bahagia. Kuatkan hati awak. Perhiraukan segala yang
sakit. Nikmati hidup sepuasnya. Saya ada, perhatikan awak, dalam diam..
Selamat berbuka puasa, Merpati