Salam tengah petang. Kelas habis awal. Jam satu sepuluh
sudah bisa pulang. Tapi bukan pulang ke rumah. Hanya pulang ke asrama. Saat ini
sedang keseorangan di bilik tv, menekan nekan papan kekunci ini tatkala sedang
menunggu baju selesai dibasuh mesin. Ini saja cara yang ada untuk terus
berkomunikasi atau terusan memerhatikan dia. Dalam beberapa jam sahaja lagi
perlu bersiap. Iftar bersama rakan rakan asrama yang lain di peringkat daerah.
Kesudahannya, kami yang terpilih ini harus pulang lewat ke rumah. Kemungkinan
jam sepuluh malam, setelah selesai solat terawih. Terima sahaja.
Al kisah malam tadi. Semua berjalan seperti yang dirancang.
Aku seorang yang mengawal keadaan, berbicara. Sahabat sahabat yang lain
perhati, bagi sokongan serta menyelit sepatah dua kata. Kali ini tidak mahu
guna kekerasan. Mahu bicara lembut tapi tegas. Bicara baik seolah cuba
mengambil hati mereka. Cara baik kita guna, moga dibalasnya juga baik. Sekali
lagi ditekankan, kami menjaga semua. Jadi jangan memberontak atau
mempersoalkan mengapa. Ini semua kadang sukar untuk diperjelaskan. Mungkin satu
hari, bila kalian ada di situasi kami, rasa apa yang kami lalui serta galas
tanggungjawab berat. Masa itu bila kan
tiba, baru kalian tahu semua rasa.
........................
Aku mula bicara dengannya lagi. Bicara seolah dia di
depan mata. Pandang dia, cerita semua. Tidak terdengar kata kata. Cuma hanya
melalui hati. Berharap agar hati kami masih satu. Sebelum ini, aku bisa luah
semua melalui whatsapp rahsia, Dear Pigeon. Tapi kini saat alat komunikasi diambil,
jadi sukar. Cuma ada hati yang bisa aku guna. Aku bertanya pada mereka, adakah
aku masih berharap. Dijawabnya mereka, seolah iya. Aku takut. Mengapa rasa terlalu inginkan dia itu sudah kembali.
Aku takut bila rasa itu semakin kuat, dia akan mula menjauhkan lagi dirinya
dari aku. Dia hanya mahu persahabatan, tapi aku seolah mahukan sesuatu yang
lebih. Mengapa. Aku harus elakkan itu dari berlaku. Tidak mahu kehilangan
sahabat seperti dia hanya kerana aku menaruh harapan padanya. Bantu aku.
Caranya, menyuruh aku ingat apa yang sakit. Mana mungkin.
Tapi itu saja caranya. Katanya.. pernah aku cuba. Sakit. Terlalu sakit.
Sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk merasai lagi. Benar perit. Aku jatuh.
Aku berhenti. Sakitnya benar sakit. Jadi aku pilih untuk terusan ingat yang
manis. Ingat segala yang bahagia.
Tujuan sebenarnya apa. Ingin membantu dia bangkit.
Bukannya ingin membantu diri sendiri bangun dari khayalan. Setiap mereka
mengatakan, mana mungkin dia lupa semua apa yang pernah terjadi di antara kami.
Hampir dua tahun, dan pelbagai perkara dan memori korang cipta dan lalui
bersama. Baru sekejap itu, kalian sudah tempuhi bermacam. Lihat saja diri kau.
Semua yang lintas depan mata, kau sebut namanya. Segalanya berkaitan dia.
Bila kau akan senyap, buang nama dia dari hidup kau? Aku rasa sampai
bila pun tidak akan terjadi.
Sudah. Dia sedang pulihkan hatinya. Dia juga sedang
berusaha kekalkan hati dia buat perempuannya. Dia benar sayang akan perempuan
itu. Jangan menghalang. Aku perlu menyokongnya. Dia tidak berhenti usaha kerana
dia benar mahu. Aku hanya mampu membantu. Dari kata kata serta doa. Kebahagiaan
dia. Tiap hari yang sama. Berharap dia kuat. Tabah serta sabar. Dia anak yang
baik. Sahabat yang baik. Pernah juga dia menjadi suami yang baik. Juga sangat
penyayang..
Noktah