Rainy Days


"You've got to stay strong to be strong in tough times"




Sambungan  rasa.

Rainy days? Harian dalam kehujanan. Seseorang yang tidak berpihak, tapi dipandang seolah dia berpihak pada yang lain. Sedangkan diri ini cuma yakin percaya hanya pada seorang insan. Hati terhiris dengan tusukan kata yang hanya direka tanpa sedar oleh mulut juga khayalan manusiawi. 

Hari hari perit, pertahankan diri. Kaki aku kuatkan untuk berdiri kukuh. Tapi akan tetap jatuh sekiranya tiada insan genggam erat, paut lengan untuk langkah bersama. Orang lontar prasangka buruk, dia telan dan hadam. Aku dilontar prasangka? Aku perempuan, hilang kesabarannya.

Apa ini kehidupan harian ku hingga penghujungnya? Sukar sekali perjalanan ini. Lihat yang lain, mudah perjalanannya. Mengapa? Kadang tertanya. sampai bila dugaan ini akan berakhir? Tepuk dada, muhasabah diri, apa silapnya? Aku diam. Aku tahu.

Pernah rasa berada di dalam situasi, kau menjadi orang tengah? Ini bukan soal kebudakan yang konon gaduh sama teman sebab teman ada kawan baru. Ini hal serius berkaitan kerjaya dan kehidupan. Hubungan persahabatan terus hancur disebabkan satu mulut berbisa. Dua pihak salah. Akhirnya masing masing lupa tanggungjawab. Terlalu ikutkan hati, tidak fikir langsung rasa hati orang lain. Apa maksudnya? Selfish.

Mangsanya siapa? Tapi aku relakan hati jiwa. Jujur, kadang aku tidak tertahan. Bukan mudah untuk aku hadapi dengan senyuman. Saat saat getir buatku. Harian tanpa air mata memang tidak akan lengkap. Mujur ada seorang insan yang memahami walau kadang tersasar sedikit dari kepercayaan. Semua jalan yang aku pilih, semuanya bersebab. Ada juga dinasihati, tapi aku fikir ini jalan buatku dan aku yang hadap hadam rasa pandangan orang. 

Percaya aku. Manis senyumanku, punya tawar jika dilihat dekat. Aku punya yang terbaik, tapi bukan yang sempurna. Terbaik buatku, terburuk pada pandangan yang lain. Orang bodoh je yang pilih orang yang bodoh. 

Btw, aku tak bodoh.



Risk



"There will be times in your life where you’re challenged, where nothing seems to be going right, where tragedy strikes and you’re left to pick up the pieces"




Mahu kongsikan satu pengalaman, sebuah rasa, beribu rekahan hati. Banyak dugaan, banyak ketekalan cuba ditonjolkan. Tapi aku bukan superhero mahu pun insan yang kesabarannya tinggi. Bantu aku, bagaimana cara atasi ini semua. Banyak hati harus dijaga. Tapi hati sendiri apa rasa?

Antara kerja atau soal kehidupan sendiri. Tika bekerja, aku menjadi bukan aku. Hingga seseorang meluah rasa, ini bukan aku yang dia kenal. Pihak yang lain, disuruh jadi luar biasa. Luar dari diri aku yang sebenarnya. 

Apa ini dilema. Kuat ke aku hadapi semua ini. Apa kata orang nanti. Aku tersepit antara diri sebenar atau dalam kepalsuan sebenarnya? Tekanan yang aku rasa kadang buat aku rasa mahu putus asa. Tapi tarik nafas sedalamnya. Aku perlu kuat. Biar orang mengata segala asalkan aku tahu kebenarannya. Tapi hakikatnya, terkadang aku tidak kuat menahan peritnya. Jadi bagaimana?

Aku menerima, jadi risikonya aku tanggung. Aku terfikir, apa rasa tiap hari mengata orang, buat andaian sendiri? Paling aku tertanya tanya, apa rasa mencari kesalahan orang? Bukankah itu penyakit hati? Tiada life kah kalian...?

Bantu aku beri kekuatan..


Dilema





Tiga pagi. Dan masih terjaga (:

Semakin dekat dengan tarikh tutup pendaftaran. Pendaftaran ke KPTM Bangi. Itu salah satu tawaran dari kolej yang aku apply. Upu, matrik, politeknik, semuanya belum ada rezeki lagi.Tapi untuk kesemuanya dah buat rayuan. Cuma tinggal tunggu jawapan.

Apa yang buat aku dalam dilema, nak terus daftar kptm ataupun tunggu lagi dua minggu untuk result second intake upu, matrik, politeknik tu keluar. Hati rasa nak tunggu lagi. Tapi risiko sebab andai kata ketiga tiga tempat tu aku tak dapat, mana nak pergi. Bukannya apa, semuanya dalam kecelaruan sebab tarikh tutup pendaftaran 23 Mei. Kalau tak daftar, kira menolak. Daftar bukan hanya hantar borang semua tu, tapi kena bayar dulu duit pendaftaran RM250. Dan seandainya aku diterima masuk ke upu atau selain dari itu, mestilah aku akan pergi dan dengan sewenang wenangnya duit pendaftaran tu burn. No refund.

Tapi ibu cakap daftar je kptm. Redha dan ikhlaskan RM250 kalau dapat tawaran kat tempat lain. Tapi ibu cakap, selama beberapa malam buat solat istikharah, ibu takde dapat petunjuk pun yang aku kena pergi kptm. Allah..

Masa tawaran ke matrik, upu keluar, ramai kawan yang dapat. Semua rezekinya murah. Tapi aku, BELUM ada rezeki lagi dan bukan takde rezeki..


"rezeki orang lain lain. Bezanya, cepat atau lambat"

"apa yang penting, sabar. InsyaAllah"


Itu antara kata kata insan yang tidak henti beri sokongan dan semangat. Tanpa insan insan seperti itu, mungkin tiap hari aku akan menangis mengenangkan nasib bila lah nak sambung belajar. Haha

Tak dapat matrik, maka dapatlah tawaran ke form six, bidang kemanusiaan. Tapi tak pergi sebab, hati kuat mengatakan jangan pergi. Hm tu lah kan dah cakap kalau ikut kata hati, mati. Eh haipp!

Tapi alhamdulillah walaupun tak dapat lagi tawaran belajar, sekurangnya aku tak menganggur. At least, takde la kerja menternak lemak tiap hari atau makan tidur makan tidur tak henti. Dah lebih kurang lima bulan bekerja. Kadang rasa nak resign. Tapi kalau dah resign, apa nak buat kat rumah tu. Rehatkan diri..

Mudah mudahan dengan kesabaran ini, perjalanan aku akan dipermudahkan Allah.
Dengan izin Allah.




Jangan risau

Terasa macam baru semalam je masuk kerja? Cliche. Hari pertama masuk kerja, mestilah rasa nerbes semacam. Jam sembilan pagi dah terpacak kat depan lfs padahal masuk jam 9:30. Nampak tak semangatnya? Tapi datang awal tiga hari pertama masa training je la. Sekarang ni datang kerja em.. kadang terlewat lima minit la apa la. Eh tapi bukan naik lemak okay. Pergi kerja menggunakan kaki dan bukan memandu kenderaan bertayar empat atau menunggang kenderaan bertayar dua. Tiap hari bakar lemak padahal nak tambah berat badan. Dah kenapa.

Orang baru mestilah nak sesuaikan dengan suasana baru. Banyak perkara yang tak tahu jadi perlu la tanya. Kalau kau diam membisu ke rasa malu ke nak tanya, mereput je la kau. Takde siapa yang ringan mulut nak bagitahu nak ajar itu ini kalau usaha kau nak tanya tu takde. Nama pun bekerja, di tempat orang pula tu. Dan bekerja bukan seorang, tapi dengan ramai orang. Attitude, adab sopan semua kena jaga. Bukan nak ajar jadi hipokrit tapi jadi diri sendiri sudah la. Takkan la diri kau tu memang setulennya perangai kurang ajar? Mungkin.

Pada mulanya memang semuanya terasa janggal, kadang diam je. Tapi insyaAllah bila kau dah lama bekerja, ramah dengan orang, dan tak bersifat pentingkan diri sendiri, kau akan rasa keseronokan bekerja dengan partner kerja kau tu. Alhamdulillah, sekarang ni nak pergi kerja pun rasa seronok je sebab tak sabar nak gelak tawa, gurau senda dengan diorang. Ini ikhlas dan sudah mula sayang akan mereka. Terima kasih la pada dua orang sir, empat orang leader, dan staff staff lain yang banyak mengajar dan sudi berkongsi ilmu. Alhamdulillah.

Selain rasa keseronokan, kadang ada juga terselit rasa penat dan malas nak pergi kerja! Apakan daya itu semua lumrah. Tapi kalau kau niatkan kat hati, kau ikhlaskan hati kau untuk bekerja, insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan harian kau. Ini betul dan bukan rekaan. Rutin kau tiap hari akan rasa bersemangat je nak lakukannya sebab kau ikhlas dan terima ketentuanNya. Ini pengalaman pertama bekerja dengan ramai orang. Ada juga pahitnya keadaan tapi kita kena kuat dan biasakan. Dalam kehidupan ni tak semuanya manis kan? Walau apa pun, solat jangan tinggal sebab itu kekuatan iman kita. Kalau kita ditindas, kita kena yakin dan berani pertahankan diri. Jangan  risau.

Allah kan ada (:

Berpaling

Sudah lapan belas tahun satu hari berada di dunia ini, masih berpijak di dunia yang nyata, Alhamdulillah. Harapan untuk umur yang baru agar menjadi seorang insan yang sering menghargai, dan sentiasa ikhlas membantu, juga tidak mudah berikan hati pada sesiapa. Ingin cemerlang dalam pelajaran, dan berikan keputusan yang terbaik buat keluarga. Selain itu, ingin juga berhijrah untuk menjadi seorang muslimah di sisi Allah. Semuanya tu insyaAllah, minta dipemudahkan dan diperkuatkan hati juga diri untuk harungi segala liku tajam dan ombak deras yang mungkin akan melanda.

Terharu buat sahabat dan rakan yang mengingati ulangtahun kelahiran. Hargai usaha mereka untuk beri ucapan ikhlas. Sahabat yang banyak membantu, dan sentiasa ada bila sangat memerlukan. Saat ini, masih juga menanti ucapan darinya. Tapi aku tahu penantian itu tiada gunanya. Aku sedar, aku memang bukan lagi keutamaannya. Sukar untuk percaya. Tapi itulah hakikat sebenar. Fatin Amira, tolong bangun dari mimpi.

Mungkin ini jawapannya. Cinta itu tidak semestinya dimiliki. Sayang itu kadang tidak disayangi semula. Soal hati dan rasa cinta aku perlu letak ketepi. Bantu aku kuatkan hati. Tidak mahu tunjuk pada dunia betapa kecewanya aku pada percintaan yang masih aku pertahankan. Enggan tunjuk kesedihanku. Enggan pertontonkan kelemahanku. Biar aku kekal jadi seorang insan yang sentiasa menjadi tempat luahan kekecewaan orang. Aku ingin membantu mereka dari segi rasa dan perasaan. Nasihati dari apa yang telah aku pelajari. Kadang cinta mengajar kita mengalah untuk mengekalkan perhubungan. Dan kadang cinta mengajar kita untuk berpaling tadah dari pasangan kerana hati tidak kuat pada yang satu.

Cuma ingat, jangan salah anggap dan jangan serkap jarang, tuduh dia curang kalau kau tak pasti kesahihannya. Kalau kau meragui, selami hati dia. Kalau kau betul cinta, kau perlu percaya dia. Dan bila kau berpaling dan berputus asa, itulah pengakhirannya. Kau penat dan enggan pertahankan. Ingin mengubati dan kau pilih cara mudah, kau jaga hati kau dan pergi mencari cinta lain. Dan bila kau gagal dalam percintaan lagi, gagal dan gagal, kau harus kenal pasti kenapa. Saat itu, tolong berhenti. Rehatkan hati. Jangan terus sakiti hati sendiri. Berhenti mencari dan biar ia datang sendiri.

Cukup.