SORROW



'' Sorrow is easy to express and so hard to tell ''



Bismillah..

29 Januari 2013. Sukar untuk melelapkan mata.. Memang pada kebiasaanya seperti ini. Cuma yang tidak biasanya ialah.. aku terjaga pada masa begini tanpa ada peneman yang teman. Ahahaha sayang (': Si dia penat sangat agaknya. Penat bekerja..

Masa masa begini.. dengar ayat ayat Al-Quran. Ya Allah.. sayu je hati.. 

Terkenangkan memori.. bersama sama dengan sahabat. Sahabat selamanya. Ada yang akan pergi bersekolah di sekolah baru. Berpisah jauh dari kami. Kami.. yang ditinggalkan di sekolah lama ini. Tapi tak mengapa. Kami terima.. Kami redha atas pemergiaan kamu semua. Jaga lah diri kalian baik baik. Jangan lupakan kami yang ditinggalkan ini. Iya, niat di hati kalian semua adalah untuk belajar. Begitu juga dengan kami. Jadi, belajar lah bersungguh sungguh. Jangan lupakan perjuangan kita semua di sekolah lama.. PMR yang telahpun lepas (: Dan.. jangan dilupakan juga.. kenangan kita semua. Sahabat sekalian yang bakal pergi meninggalkan kami, kami semua pasti akan merindui kalian semua. Sahabat till Jannah (':

Hidup aku sejak akhir akhir ini.. tidak pernah rasa sunyi. Ada pun.. jarang sekali. Sekarang ini, Aku masih punyai peneman. Ibu dan ayah (': Kekasih hati juga. Selepas ini.. akan jarang sekali dapat ditemani oleh mereka semua. Terpaksa tinggalkan mereka. Tinggalkan mereka dalam keadaan hati aku yang terasa berat sangat.. Sukar sangat nak tinggalkan mereka. Walau jarak yang terpisah antara kami ini bukan beribu batu jauhnya.. tapi ia tetap terasa bagai aku berada jauh dari mereka. Ibu ayah masih tidak begitu rela.. begitu juga dengan sayang.

Kadang-kadang aku terfikir. Adakah betul keputusan yang aku buat ini. Sukar nak tentukan.. Atas nasihat sahabat, dia suruh aku buat solah istikharah. Alhamdulillah.. dah tiga kali aku buat solat istikharah. Sekali lagi, Alhamdulillah.. aku semakin yakin. Aku nekad. Aku pergi. Aku buat keputusan begitu atas sebab sebab yang tertentu. Harap ada yang mengerti.. 

Lagi satu.. rindu.

Kalau rindu jangan bagitahu tuan punya hati, bagitahu Pencipta hati. Sedekahkan al-fatihah untuk pemilik hati. InsyAllah berkesan.

- Norashikin Meseri - 



Sekian..



MISERABLE


'' I hate the moment when suddenly my anger turns into tears ''


Bismillah..


Fikiran aku bercelaru. Serabut. Pening. Susah sangat nak buat keputusan. Sejak akhir akhir ni aku selalu rasa sedih. Ya, sedih. Kadang kadang tak sedar yang air mata mengalir.. Banyak sebab, banyak perkara yang buat aku rasa sedih sangat. Okay tak banyak sangat sebenarnya. Cuma dua. Sahabat sahabat dan juga kesayangan..

Ramai sahabat aku yang akan pindah ke sekolah lain. Sedih rasanya. Tapi.. takkan nak halang diorang pergi. Apa hak aku? Berhak ke aku menghalang diorang semua? Tak. Jawapannya tidak. Dah berkali kali aku cuba terima hakikat ni. Kawan kawan pergi sebab dah rezeki mereka dah takdir mereka macam tu. Memang dah terpaksa pergi. Apa yang sepatutnya aku buat ialah doakan untuk kejayaan diorang. Support diorang. Bagi semangat. Sokong dari belakang. Tapi bukannya selalu menangis.. benci diorang sebab diorang pergi.. salahkan diorang.. tak. Tak boleh. Tak boleh buat macam tu. 

Dah. Aku taknak cakap banyak pasal tu. Semuanya aku dah cerita dah.. dah bagitau dah segala luahan hati aku kat post yang pertama. Cuma takdirnya untuk dipublishkan belum ditentukan lagi. Sekian

Okay. Tujuan sebenar. Aku dah buat keputusan semasak masaknya untuk tinggal di hostel. Mula mula memang nak mohon hostel tu. Tapi niatnya dah terbatal pulak. Tapi.. sejak sayang dah start kerja ni.... aku banyak lalai.. Maaf. Jadi aku dah pasang niat dah. Niat kali ni takkan terbatal. Aku nak mohon hostel. Nak tinggal kat hostel. Banyak sebab sebenarnya kenapa aku nak sangat tinggal kat hostel. Aku buat keputusan ni tanpa rela ibu dan ayah dan juga kesayangan. Memang aku yang nak.. Ibu dengan ayah tak galakkan. Kalau boleh diorang memang taknak aku tinggal kat hostel tu.. Begitu juga dengan sayang. Sayang memang taknak aku stay hostel pun sebenarnya.. Aku tahu. Aku dapat baca isi hati dia. Sebab apa? Sebab hati aku dengan dia dah bercantum jadi satu. Boleh percaya?

Susah sebenarnya nak buat keputusan.. Nak buat keputusan untuk tinggal di asrama atau tidak. Dah banyak kali dah niat nak pergi pejabat sekolah nak amek borang nak isi borang asrama tu. Tapi madah tak jadi je. Sebab apa? Sebab tiap kali aku nak masuk pejabat tu.. Aku mesti teringat sayang. Aku tak rela nak tinggalkan dia.. Keadaan tu sama lah macam aku dah banyak kali dah niat nak pergi kedai gunting rambut nak potong rambut yang panjang gila ni. Tapi madah tak jadi je. Sebab apa? Sebab rasa sayang...

18 Januari aku pergi pejabat sekolah. Isi borang permohonan.. nak duduk asrama. Baliknya je terus dapat call. Kerani tu cakap 21 Januari ni dah boleh amik borang kat pejabat asrama dah. Dah boleh tengok listnyaa bla bla bla. Tuh maksudnya apa? Dah boleh check-in hostel terus lah kan? Tapi.. aku tak bersedia. Tak ready nak tinggalkan.. So aku dah buat keputusan nak masuk masa 1 Februari nanti

Haraplah keputusan yang aku buat ni betul. Harap sangat. Dan.. aku juga harap takkan ada orang yang kecewa dan bersedih dengan keputusan yang aku buat ni. Maaf..



THE END. BYE



SO FAR SO FUN


'' Real friends are treated like family ''



Bismillah.. 

12 Januari 2013. Sabtu. Post pertama yang aku update bagi tahun 2013. Arghhhh excited ! ahakss

Alhamdulillah. Permulaan tahun yang baik. Januari. Bulan yang bahagia. Penuh dengan kebahagiaan. Bahagia dengan keluarga. Bahagia dengan cinta hati. Bahagia dengan sahabat sahabat. Lagi sekali, Alhamdulillah (:

Seronok Januari ni. Seronok je. Tak cakap seronok sangat pun. Tak cakap seronok sikit juga. Hanya seronok sahaja. Seronok dapat classmates baru. First time masuk kelas memang agak hambar jugak lah. Yelaa semua masih kekok lagi masih segan silu lagi nak bertegur sapa memekak menjerit semua. Mungkin. Hahahahaha. Tapi selang beberapa hari... Alhamdulillah. Semua dah tunjuk belang masing masing dah. Ada yang loya buruk. Ada yang gay. Ada yang suka pergi tandas. Ada yang suka berjalan. Ada yang menjengkelkan. Yang paling penting. Ada yang suka menyanyi... ehhh? Macam terasa )': uhuk uhukkk. Dan ada juga yang bla bla blaa dan sebagainya (: 

Setakat ni pergi sekolah rasa happy je. Rasa gembira. Even senanyaa penat.. Penat turun naik tangga turun naik kayangan -.- Arghh makin kurus lah aku camni nampaknyaa )': Alaaaaaa tak cun arr badan wa cam ni. Tak dokk bentuk S )': kahkahkahh :b Kerja sekolah pun.. lahai makin hari makin banyak. Kalau banyak, tahu nak buat takpe. Ni banyak, pastu taktau nak buat, pastu akhirnyaa terbengkalai dan jadilah bukit atau gunung yang tidak berapa nak stabil tu (: yeahhhh tahniahh ! 

Seronok. Ye seronok lagi sebab selalu nya mesti sayang akan teman aku buat kerja sekolah. Even tak selalu dia dapat teman, tapi rasa seronok jugak. Kalau ada yang tak tahu mesti aku tanya dia. Tapi kalau dia pun tak tahu jugak.... terpaksalah tanya orang lain. Almaklum lah.. Dia kan dah lama tak pergi sekolah. Dah berkarat sikit agaknya otak dia tu :b Hikk gurau je :* Lagi pun.. dia dah nak start kerja dah. Minggu depan. Hari Rabu. Kat Famous Amos, Airport Senai. Kayy silakan datang melawat dan yang penting jangan lupa beli yaaaa (: Ahahahahhahahaha 

Cukup. Apa apa pun seronok sangat dapat jumpa dapat menggila dengan kawan kawan yang gila kat sekolah. Dapat jumpa Team Omey :* Memang madah gelak tanpa henti. Alessa. Afiqah. Arissa. Bariah. Syahidah. Henecia. Wani. Atikah. Izzatur. Khadijah. Anis. Fatihah. Khalidah. Shikin. Farah. Akma. Izwani dan ramai lagi (:

Ohh ya. Kurang dari dua jam lagi dah hari Ahad kan? 13 Januari 2013 kan? 130113 (: Haa comel kan tarikh tu? Sesiapa yang lahir tarikh 13 Januari tu memang comel. Kan (: Ha,ahhh. Comel sangat sangat :b 

Okay. Seronok. Bahagia. Alamdulillah..


THE END. BYE


THANK YOU ALLAH


'' Alhamdulillah for everything, as He indeed knows best '' 



FLASHBACK..

Bismillah...

19 Disember 2012. Tarikh bersejarah. Hari yang sangat bermakna. Hari yang paling mendebarkan. Debarnya tidak henti henti. Tidak henti henti memikirkan apa keputusan pmr yang bakal aku dapat. Ya Allah debarnya... Rasa takut.. Rasa sedih.. Macam macam rasa yang aku rasa.

Imbas Kembali...

Jam dua belas tengah hari lebih.. Mula lah rasa kecut perut. Air mata bertakung. Sedih. Sebak. Hiba.. Memang masa tu dalam hati cakap, tawakal je lah. Redha. Ikhlas (:


. . . . . .

Saat apabila cikgu memanggil nama nama pelajar yang dapat perfect score.. *dalam hati* ''Ya Allah.. kenapa ramai sangat yang dapat perfect score.. Masih cukup ke kuota untuk aku, peluang untuk aku dapat perfect score..'' Saat apabila cikgu memanggil pelajar cemerlang untuk kelas 3B.. *cakap kat anis* ''Anis.. nanti dah naik pentas cepat cepat turun tau.. jangan tinggalkan aku.. berulang kali. '' anis.. aku nak 8A untuk ibu aku je anis. untuk ibu aku sorang je.. anis.. ''

Saat apabila nama aku dipanggil.. ya Allah terkejut sangat.. Bersyukur sangat. Alhamdulillah.. Tapi rasa sedih sikit sebab ibu dengan ayah takde kat dalam dewan tu.. tak dapat tengok aku naik pentas. Hermm cedihh )': Tapi takpe lah. Allah kan ada (: Terima kasih ya Allah..




'' Aku tak pernah bermimpi untuk dapat 8A.. Benarlah janji Allah. Sesiapa yang berusaha dan bertawakal kepada Nya maka kejayaan pasti tercapai. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah (': ''



Lepas turun dari pentas je, Anis cakap ibu aku call. Ibu call guna phone dia. Arghh masa ibu tanya aku dapat berapa...... tiba tiba air mata ni mengalir.. ya Allah rasanyaa... lega sangat dapat cakap 8A. Dapat buat hati ibu lega.. Memang inilah yang ibu bapa nak sangat dari anak anak mereka. Keputusan yang cemerlang, berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat (':




Alhamdulillah atas kurniaan Mu ya Allah..

'' Semoga dengan kejayaan yang aku perolehi ini tidak melalaikan aku dari mengingati Mu dan meningkatkan keimananku terhadap Mu ya Rabbi.. ''


Terima kasih Allah. Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Terima kasih cikgu cikgu. Terima kasih, sayang. Terima kasih abang. Terima kasih kakak. Terima kasih sahabat sahabat ku sekalian. Terima kasih semua. Terima kasih sangat. Terima kasih yang amat (:

Insya'Allah dengan kejayaan yang aku perolehi ni, aku akan terus berusaha dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk masa hadapan. iyaaa. SPM.. SPM is waiting for me (: Bring it on ! come on ! yeahhhh !! hahahhahaa

133 orang pelajar yang dapat perfect score. Alhamdulillah (':
haa nengok. ghamai gilo owang yang nak hamek gambo kitorang yang pemesss ni. hikk. kahkahh :b


Alhamdulillah. Thank you for everything Ya Rabbi (':



THE END. BYE


WORTHLESS TEARS


'' There is no value in life except what you choose to place upon it and no happiness in any place except what you bring it to yourself ''




Sedih. Sedih memikirkan beberapa perkara yang kian ligat bermain difikiran. 

Takut. Takut perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Air mata ini, dengan mudahnya ia mengalir. Sedang aku merasai kebahagiaan, ia mengalir. Sedang aku memikirkan akan seseorang, ia mengalir. Sedang aku membayangkan keputusan PMR aku yang bakal keluar, ia mengalir. Sedang aku duduk termenung seorang diri tanpa memikirkan apa apa, ia mengalir. Paling parah bila hendak tidur melelapkan mata ini, ia turut mengalir juga.. Tidak tahu kenapa dan mengapa begitu mudah untuk aku mengalirkan air mata. Adakah ini yang diperkatakan bahawa hati perempuan sangat lembut dan ia mudah tersentuh? Adakah ini punyai kaitan dengan apa yang aku lalui sekarang ini?

Percaya atau tidak, sekarang ni pun aku sedang menangis. Hentah kenapalah dengan air mata aku ni. Non stop mengalir. Nampaknya air mata aku ni dah macam tak bernilai lagi dah. Madah mengalir je. Ikut suka hati dia je tau ! Hukk cedih )':

Sedihnya sedihnya sedihnya sedih ! Rindunya rindunya rindunya rindu ! Sayangnyaaa....