Fair Enough


"breathe through it, and release anything that does not serve you"



No evening class. So, spending my time, watching two love movies with the sad ending. Me Before You, and The Fault In Our Star. Both of the movies, the hero died.

Exactly same as my life. Some people that i used to call my soulmate, died for many times in my life. Leaving me all alone. Hanya metafora. Akan tetapi, tiap orang yang pergi sering beri kehidupan yang baru untuk aku teruskan. 

Tiada siapa yang cakap kekecewaan itu membahagiakan. Lagi lagi bila kau berharap dan pernah lalui harian dengan perancangan untuk bersatu. Melupakan tidak la semudah kau bernafas. Kadang tiap hembusan nafas, menggambarkan kekuatan untuk teruskan kehidupan.

Setiap pergerakan kadang tidak berdaya kerana menahan peritnya kecewa. Hendak pamerkan senyuman lagi payah kerana di sudut hati, ada teriakan tangisan. Pujuk rajuk diri. Tanpa hentian semangat berbisikan pada jiwa.

Peritnya derita hingga hati tiada perasa. Cukuplah. Aku hentikan segalanya. Aku buang jauh tanpa sempat aku ratapi atau imbas segala kenangan. Imbasan lampau hanya buat hati aku menangis. Segala memori hanya buat jiwa aku jadi rapuh. 

Langkah diteruskan, dengan keazaman yang baru. Aku percaya pada rahsia jodoh. Berpasangan memberi aku banyak pengajaran. Tiada yang kekal mungkin itu adalah petunjuk buat aku. Perjalanan kehidupan aku sekarang, bukanlah untuk kekalkan percintaan. Untuk apa aku kejar pada cinta yang ingin pergi. Sedangkan kejayaan untuk kesenangan kehidupan, sering melambai lambai merayu pada aku untuk kukuhkan tekad.

Apa yang sering terjadi, sentiasa aku fikir sebab dan kenapa ia berlaku. Berkali kali aku rasai kekecewaan, sekarang baru tersedar dari lamunan. Ada yang lagi penting untuk dikejarkan. Semangat dan tekad, bertubi tubi menyerap ke hati dan minda.

Semuanya tidak la mudah. Pertolongan diri sendiri itu tersangat penting. Jauhi dari kesunyian. Dekati diri dengan segala aura positif. Mencari segala motivasi kehidupan. 

Kenapa bahagia tidak kekal lama? Muhasabah sebentar. 

Dalam apa jua yang kita buat tika ini atau pada masa mendatang, semuanya akan diredhai dengan adanya keberkatan.

You want the best mate in your life? Please, do something with yourself first. Be the best one in your family, then you will deserve to get the very best lovemate. Fair enough.

LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST . . .


A Fresh Start


"be sincere. Allah knows what's in the heart"


Alhamdulillah, seorang Amira telah berjaya mencari kekuatan. Seorang Amira tidak lagi kalah pada air mata dan tidak cuba untuk melawan takdir.

Aku semakin yakin dengan apa yang terjadi kepadaku. Yakin percaya ini adalah yang terbaik, petunjuk dariNya. Kerana aku semakin bahagia dan lapang dada, tanpa perlu tangisi atau meratapi segala ketentuan.

Kata janji manusia jarang sekali ditunaikan. Bahkan tiada yang mustahil tiap kata janji manusia itu hanya dusta semata mata. Janji yang pasti, hanya janji Allah.

Aku ikhlas pada segalanya. Di mana, tiada lagi penghalang untuk aku berubah menjadi insan yang diredhaiNya. InsyaAllah, dipermudahkan dan dikekalkan niat ini.

Aku mahu rehatkan hati dari terusan mencintai manusiawi. Dan ingin memperkuatkan cintaku pada Tuhan, kemudian aku akan menghargai tiap insan yang menyayangi ku sepenuh jiwa, dengan penuh keikhlasan.

Aku bukanlah yang terbaik. Malah penuh dengan segala kecacatan dan dosa lampau. Ye, aku seorang pendosa yang cuba untuk berubah, menjadi yang terbaik, yang diredhaiNya. Walau banyak tergelincir dari landasan, aku akan terusan kembali mengejar impian.

InsyaAllah, dengan izin Allah.


Bersedih lalu Menangis


"he who has nothing has Allah. and he who has Allah has everything"



Perkongsiaan pertanyaan saya pada seorang sahabat:

'Apa nak buat kalau kita bersedih dan macam mana nak elakkan daripada menangis?'

Dan jawapannya:

Manusia adalah makhluk yang Hebat, yang Istimewa, yang Unik, yang Sempurna dan yang lebih segala galanya, yang diciptakan oleh Sang Khaliq iaitulah Allah Azza wa Jalla.. dan hebatnya manusia ni semasa penciptaan dia, menurut ulama', Allah telah membekalkan beberapa perkara kepada manusia sebagai suatu wasilah atau jalan dalam memahami hakikat dirinya, mengapa ia ada dan wujud di alam ini. Maksudnya daripada TIADA kepada ADA. Dahulu kita TIADA, sekarang ini kita ADA, dan nanti kembali KEPADA ASAL IAITU TIADA, dan Allah bangkitkan semula kita di AKHIRAT kelak iaitulah akan HIDUP dalam istilah akan ADA kembali.. 

Baik.. apa yang Allah bekalkan pada kita??
Iaitulah RUH, AQAL dan PERASAAN..

Khusunya PERASAAN. Perasaan ini macam macam ada, perasaan suka, gembira, sedih, benci, kasih, marah dll..

Amira tnya kenapa kita sedih dan macam mana nak hilangkan sedih itu.. secara analoginya, bila sedih mesti akan menangis.. itu insan normal..

Pertama, kita msti tahu punca atau sebab mengapa kita sedih. Adakah disebabkan hal hal keduniaan umumnya, atau disebabkan dosa dosa kita yang masih membelenggu atau macam macam lagi..

Air mata amatlah mahal, tidak sepatutnya ia disia siakan dengan menumpahkan ia kepada hal hal yang tidak sepatutnya, putus cinta umpamanya, ni misalan sahaja.. tak dapat benda itu ini yg kadang kadang bersifat duniawi semata...

Jarang dan amatlah jarang umtuk air mata ini menangis kerana tak khusyuk dalam solat, kerana banyak mengabaikan perintah Agama, kerana kurangnya masa untuk telaah ilmu Syariat Allah berbanding ilmu keduniaan, kurangnya berfikir masalah ummat yg semakin merinding sekarang ini, kurangnya rasa cinta dan sanggup berkorban untuk RASULULLAH berbanding sanggup berkorban untuk manusia yang dikasihi selain Rasulullah, kurangnya melapangkan masa untuk memahami Agama Allah berbanding banyaknya waktu untuk urusan dunia yag tak pernah berpenghujung dan lain lain lagi..
Allahu..

Tapi, menangis itu bukanlah semata mata menunjukkan lemahnya seseorang itu, tidak sama sekali.. Allah jamin orang yang menangis kerana takut akan dosa dosanya yang lalu, Allah haramkan api neraka daripada menyentuhnya, dan Saidina Umar al Khattab, tiap tiap malam menangis menyesali diri kerana takutnya cuai dan leka dengan kuasa yang ada sehingga ada rakyatnya yang jahil Agama, rakyatnya yang kebuluran, rakyatnya yang merempat dan lain lain.. Allahu..

Memang setiap insan itu jatuh bangunnya kita tak tahu.. banyak mana dia menangis, banyak mana kesabarannya, banyak mana kekuatan yang harus dia bina untuk mendaki sehingga tegak di puncaknya kembali.. Allahuakbar.. hanya Allah yang tahu..

Tapi, setiap sesuatu itu pasti akan disusuli tindakan jika sebab sebab yang demikian sangat sangat menyentuh hati kita..

#KitaUmmatAkhirZaman
#UmmatYgLeka
#KitaMestiKembali
#MestiSedar
#MestiBangkit

Kasihani diri dan mak ayah kita...


Wallahua'lam.. tiap tiap orang ada kekuatan dan disamping itu banyak lemahnya sebenarnya.. hanya Allah tempat kita merujuk dan kembali..


Pushing Me Down


"walk patiently through this troubled world and you'll find a great treasure"


Bismillah..

So here we go. Another day, another story, another feelings. Unwanted feelings trying to conquer my life. Pushing me down, let me felt useless, worthless.

Sejak akhir akhir, banyak bermain dengan perasaan. Kekuatan untuk menahan air mata sangat goyah. Kadang tidak tertahan jadi ditelan sahaja. Terasa seperti mahu pergi dari semua orang. Ingin bersendirian. Tapi hakikat nyata, diri ini sangat memerlukan akan seseorang. Mujur ada yang ikhlas bantu aku bangkit semula.

Tapi sampai bila mahu bergantung pada orang. Sedangkan kita tahu, orang datang dan pergi. Pasti hati hancur pabila tiada tempat untuk kita mengadu. Perasaan yang kita pendam seorang diri. Akhirnya melepaskan segalanya pada Allah. Itu ketenangan,

Banyak yang berlaku, luar dari jangkaan. Ada yang manis, kita akan senyum. Ada yang pahit, kita telankan kepahitan, ukirkan senyuman. Cuba ikhlaskan setiap kejadian. Mengambil hikmah dan pengajaran. Ada waktu hati terluka, tapi bersangka baik mungkin bukan dengan sengaja.

Kerana itu, tika ini diri sendiri menjadi penguat. Diri sendiri yang banyak lontarkan kata kata semangat. Memberikan motivasi untuk jadi yang terbaik walaupun hakikat sebenarnya diri ini hanya la insan yang paling lemah. Cuba untuk bangkit dari kegagalan. Tidak mahu terusan tersungkur kerana bila sekali tersungkur, bukan mudah mencari kekuatan untuk bangun semula.

Maaf pada mereka yang hatinya telah aku lukai. Kerana hati aku juga telah tersakiti.


After SPM


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Verily with every hardship comes ease



Bismillah. Ini perkongsian saya pada yang bertanya. Moga nukilan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan menghargai segala peluang dan juga pentingnya kesabaran itu.

Result SPM saya tidak la perfect dan tidak la pula teruk. Cuma sedang sedang sahaja selaras dengan hasil usaha yang saya berikan. Perasaan mengambil keputusan SPM adalah sangat berbeza dengan keputusan PMR dan UPSR. Kerana harapan saya untuk UPSR dan PMR adalah tinggi selaras dengan usaha yang berlebihan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Dan alhamdulillah, straight A untuk kedua ibu bapa saya.

Saya tahu, untuk menjawab SPM adalah sukar sebab ada beberapa subjek (kimia, fizik) sudah banyak ketinggalan dan tidak meletakkan komitmen yang tinggi pada peperiksaan tersebut. Jadi,saya reda dengan keputusan yang saya dapat walaupun rasa sedikit kecewa dan menyesal. Ibu ayah, maafkan saya.

Saya mendapat tawaran Form Six di STARP dalam bidang perdagangan. Tapi saya tolak. Dapat form six maka tak dapat la matrik. Sedangkan waktu tu ramai sahabat saya yang dapat sambung ke matrik. Tika itu, perasaan sedih dan cemburu saya sangat kuat. Bertuahnya mereka.

Saya ambil risiko dengan menolak tawaran itu dan teruskan dengan penantian. Beberapa bulan kemudian, saya mendapat tawaran ke KPTM Bangi dalam bidang perakaunan. Tapi saya tolak juga sebab kos terlalu tinggi walaupun dapat pinjaman.

Kecewa macam mana pun, saya tidak berhenti dari membuat permohonan semula di matrik, uitm, politeknik. Pada bulan Oktober, 2015 saya mendapat tawaran ke Politeknik MetRo JB dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam. Alhamdulillah, itu pilihan saya yang pertama. Dan kemudian pada masa yang sama, saya dapat juga tawaran dari UITM Lendu Melaka dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Alhamdulillah, itu pekerjaan yang saya minat.

Dan akhirnya saya pilih untuk sambung pelajaran di PMJB sebab bidang tersebut saya tersangat minat. Dan memang keinginan saya untuk bekerja di bank. Tersirat, saya pilih perbankan Islam kerana saya ingin mempelajari semula mengenai Islam. Di semester satu, saya dapat belajar mengenai empat sumber hukum utama iaitu AlQuran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Saya dapat pelajari bahasa arab walaupun sekadar asas. Juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai segala permasalahan, usul fiqh. Jujur saya katakan, saya sangat gemari kelas kelas tersebut. Sedikit sebanyak dapat mengubah saya dan beri keazaman untuk berubah pada yang lebih baik. Itu sedikit perisian mengenai kos tersebut bagi yang tertanya tanya.

Apa yang saya ingin kongsikan, seteruk apa pun keputusan SPM kita, tidak semestinya tiada tempat untuk kita sambung belajar. Bergantung pada kemampuan, keinginan, niat di hati. Dan ingin saya tekankan disini, setiap orang punya rezeki masing masing. Bezanya sama ada cepat atau lambat. Di situ la Allah menduga kita sekuat dan setabah apa kita pada waktu itu. Bagaimana usaha kita untuk tidak terus mengalah. Jalan apakah yang terbaik buat kita. Dan bagaimana kita menghargai setiap peluang yang diberikan.

"Going through hardship is challenging. It's a time when our faith is being tested. It's a time to remain strong and steadfast"

Sepanjang penantian, tidak la saya menjadi penganggur yang berjaya. Tapi saya bekerja hampir setahun, dan Alhamdulillah rezeki dan pengalaman merasai bekerja dari bawah dan berjawatan tinggi. Kadang tiap yang pahit itu ada juga yang manisnya. Ingin saya perkatakan, bekerja itu lagi sukar dari belajar. Bergantung pada pekerjaan dan kerana itu, untuk peroleh yang terbaik, perlu la kita bersungguh mendapatkannya. Paling utama adalah keikhlasan. Ikhlas mendatangkan berkat. Ini antara luahan kekecewaan masa tak dapat tawaran lagi. Boleh la baca kalau ingin menyelami, klik 'be tested'.

Belajar ini merupakan pahala yang berterusan. Sedangkan kita bekerja pun merupakan 'learning process'. InsyaAllah, dengan rezeki dan peluang ini, saya tidak akan persiakan. Tapi perlu kita ingat, walaupun kita dah buat yang terbaik, tapi seandainya keputusan mengecewakan, ikhlaskan la hati untuk terima hakikatnya. Katakan pada hati, belum rezekinya lagi. Semoga diri ini juga sentiasa mengingati kerana tidak semua yang kita hendakkan, pasti akan dapat.

Terima kasih atas kesudian. Mudah mudahan kejayaan buat kita di dunia mahupun di akhirat.